Tuesday, September 06, 2011

7 Syawal

semalam, 7 syawal. genap sudah setahun usia pernikahan aku dan isteri. terasa seperti baru semalam kami bernikah hehehe. esok pula 9 syawal genap setahun usia perkahwinan kami.

terima kasih kepada si isteri kerana mengingatkan aku tentang semalam. jujurnya aku memang terlupa, mungkin kerana ingatan terarah kepada tarikh dalam kalendar masihi sehinggakan terlupa pada kalendar hijrah. "lelaki memang begitu selalu lupa.." perli si isteri hehehe.

kami bernikah pada 16 september yang juga merupakan hari malaysia dan diberikan cuti umum. jadi secara tak langsung kami boleh meraikan hari tersebut setiap tahun sambil bercuti. tahun ni kami akan meraikannya nun di seberang laut sana. cerita lanjut nanti2 lah.

jadinya malam tadi kami keluar makan malam ala2 romantik gitu kat restoren garden, alamanda hehehe. dekat je. restoren ala2 inggeris yang berwarna putih dan banyak daun2 menghijau tu oke la. tempat tenang. sesuai untuk pasangan yang dalam proses mencucuk-cucuk (memikat) hehehe.

si isteri pesan ayam teppanyaki sama air longan, aku pulak nasi goreng telur masin sama cappucino latte. lidah melayu ni payah sikit nak makan yang pelik2 ala2 barat tu. apa bleh buat kan. ermm makanan kat sini bolehlah tahan, sedap juga. yang penting kat sini tempatnya tenang sesuai nak bincang2 perkara penting atau santai2 sambil alas perut.

kami tak bercanda lama kat garden tu sebab bergegas pulak masuk panggung wayang yang kat sebelah tu je untuk layan cite colombiana. wahh cite ni bagi aku memang best jugak la. jarang2 ada filem yang angkat wanita sebagai watak utama/hero. aksinya pun best ala2 cite perisik 007 je. filem ni menceritakan tentang misi membalas dendam oleh seorang anak perempuan ekoran kematian ibubapanya yang dibunuh kejam semasa beliau masih kecil. pegi la layan bila ada masa.

























hari ni kelulusan keluar negara telahpun diproses. pasport perjalanan antarabangsa pun telah siap.

ermmm entah kenapa mood raya tahun ni tak berapa nak kuat, tapi makan kuih raya sangat kuat hehehe. masih ada empat lima balang lagi kat umah hehehe.

kepada isteri, selamat hari ulangtahun pernikahan. sayang kamu selalu.

moshuchi kata : syukur alhamdulillah...

Friday, August 26, 2011

Salam Kemerdekaan Ke-54

tahun ini kita berkesempatan menyambut dua hari kebesaran dan kemenangan secara serentak.

pertamanya kita menyambut hari raya aidilfitri, hari menandakan kemenangan kita dalam mengatasi segala hawa nafsu dan sifat-sifat yang tidak baik melalui amalan puasa yang dijalankan selama sebulan di bulan ramadhan. semoga kita menjadi insan dan hambaNya yang lebih baik dari sebelumnya.

keduanya, kita juga turut akan menyambut hari kemerdekaan negara yang ke-54, hari menandakan kemenangan negara kita menuntut kemerdekaan, kebebasan dari cengkaman penjajah melalui pengorbanan jiwa dan raga seluruh anak watan selama bertahun-tahun lamanya. semoga kita menjadi warganegara yang tulen dan sejati demi kelangsungan kemerdekaan ini.

percayalah,
aidilfitri begitu indah jika kita menunaikan rukun islam ketiga dengan penuh kesyukuran dan rendah diri.
dan kemerdekaan itu akan terus terpelihara jika kita mengerti bahawa mewarisi kemerdekaan itu adalah tanggungjawab semua warga dengan penuh kecintaan.
mewarisi kemerdekaan adalah amanah pusaka nenek moyang kita, walaupun ia berat (seperti beratnya menuntut kemerdekaan) kita harus memikulnya (memelihara).

moshuchi kata : kibarkan jalur kemegahan...

Salam Aidilfitri 1432

hari ni masih bekerja. rasa rugi plak kalau ambil cuti walaupun hati nak balik awal ke kampung.
di pejabat pun dah lengang, kebanyakan staf semuanya dah cabut balik kampung masing-masing.

tahun ni balik beraya di kuala rompin, pahang sepenuhnya. giliran suami lah dulu kan hehehe. tahun depan barulah beraya di jitra plak sepenuhnya. begitulah hidup, dulu lain sekarang lain dulu bujang sekarang dah kawen. hehehe macam lagu dato' s.m salim.

tapi walaupun begitu, dalam bulan ramadhan balik juga ke jitra sebagai pra-aidilfitri, berbuka puasa bersama keluarga sebagai mengimbangi kedua-duanya. jika tahun depan beraya di jitra sepenuhnya, dalam bulan ramadhan tu akan balik ke kuala rompin untuk pra-aidilfitri. begitulah kisahnya dan persetujuan yang telah dicapai.

di kesempatan ini aku menghulurkan tangan memohon kemaafan kepada semua rakan-rakan blogger di atas ketelanjuran perbuatan/perkataan yang mungkin menyinggung anda semua seandainya ada, jika tiada pun maafkanlah juga. sebagai manusia biasa ni kita tak terlepas dari membuat kesilapan. aku mohon maaf atas segala-galanya ya.

semoga aidilfitri tahun ini memberikan sejuta rahmat dan kegembiraan kepada kita semua. kepada semua yang akan balik ke kampung jauh dan dekat, berhati-hatilah di jalan raya. patuhi undang-undang insyaAllah semuanya akan selamat.

selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin.
dari aku dan isteri.

moshuchi kata : dah terbayang-bayang dah ketupat daun palas tu..ermmm

Wednesday, August 17, 2011

Permata Untuk Isteri

"telah ku siapkan satu daerah paling sunyi
dalam hati ini untuk kau isi sebagai isteri

untuk kau penuhi dengan kemuliaan seorang wanita
untuk kau beri erti dengan kelembutan
untuk kau hargai dengan kasih sayang

ku ingin kau jadi wanita mulia
yang tahu harga budi dan hati
seorang lelaki bernama suami
kerana kau isteri

ku ingin kau mengerti bahawa hidup ini
tak semudah yang kita janjikan
yang kita janjikan
kerana kau isteri ku".

lirik sebuah lagu yang cukup syahdu daripada kumpulan Kopratasa.
liriknya ringkas, bahasanya mudah namun maknanya sangat dalam.
lagu ini ditujukan khas buat isteriku.

moshuchi kata : sayang kamu..

Monday, August 01, 2011

Selamat Berpuasa

ramadhan tiba lagi tahun ni..syukur kepada Tuhan.
syukur juga kerana masih bernafas untuk menjalani rukun Islam ketiga ni.
semoga ibadah puasa tahun ni lebih baik dari tahun lepas.

barang2 keperluan dapur sudah dibeli.
ermm..penuh rak dan laci.
semoga indah ramadhan ini berpuasa suami isteri.

selamat berpuasa.

moshuchi kata : elakkan pembaziran..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENGHARGAAN

Terima kasih kerana singgah di MOSHUCHI KATA. Selagi nafas bersarang di dada, selagi itu kita akan berkata-kata. Yang baik dijadikan pedoman, yang sebaliknya dijadikan sempadan. Komen-komen/kritikan membina yang ditinggalkan amat dihargai. Senyum-senyum selalu.