Thursday, January 29, 2009

Hasil Kerja Yang Baik

Bersetujukah anda bahawa untuk mendapatkan hasil kerja yang baik, seseorang itu mesti beraksi dengan baik di dalam pekerjaannya?
Pasti ramai antara kita sangat sukakan dokumentari seperti National Geography atau Animal Planet, imej-imej yang ditonjolkan sangat mempersonakan kerana mereka memiliki krew/jurugambar yang terbaik di dunia.

Tentunya imej yang diambil oleh jurugambar di atas adalah hasil kerja yang sangat baik (dia pun beraksi dengan baik sekali..hmmm, aksi yang sangat digemari The Sickos).

Cara Lelaki


Otak lelaki terdiri dari ruang-ruang. Berupaya mengasing dan menyimpan maklumat. Lelaki melakukan satu tugas pada satu masa. Pada hari yang banyak masalah, mereka ‘menyimpan’ semua masalah.

Cara otak lelaki beroperasi sebegini menjadikan mereka penyimpan masalah yang terbaik. Lelaki selalu kelihatan macho (kononnya) walaupun banyak masalah kerana mereka mampu menyembunyikan masalah di dalam kepalanya tanpa menunjukkan ekspresi muka.

Mereka akan mendiamkan diri dan tidak bercakap atau menceritakannya. Perempuan yang tahu lelaki mempunyai masalah akan segera bercakap dengan harapan lelaki akan bercerita tentang masalahnya. Ini adalah satu kesilapan kerana cara otak lelaki berbeza dengan cara otak perempuan.

Sebenarnya lelaki tidak suka diganggu ketika bermasalah. Adalah lebih baik perempuan membiarkan lelaki selama 30 minit atau beberapa ketika agar beliau dapat membincangkan masalahnya dengan cara tersendiri. Lelaki akan bercakap dengan dirinya sendiri di dalam kepala otaknya hehe, bertanya pada dirinya, berteka-teki, menilai dan mengkaji dengan akalnya, berbicara dengan diri sendiri, bercakap-cakap di dalam hati dan minda sendiri.

Sewajarnya perempuan biarkan lelaki yang mempunyai masalah menyendiri seketika kerana mereka tidak akan mati atau lemas di dalam masalah sendiri. Sekiranya tidak, perempuan sendiri yang akan sakit hati bilamana lelaki tidak suka membicarakan masalahnya (padan muka). Jika lelaki menemui jawapan kepada masalahnya, dengan sendirinya mereka akan segera datang dan bercakap.

Aku bersetuju sangat. Korang macam mana..lelaki la, tapi kalau yang perempuan nak bagi komen okay juga.

Teks asal adalah dari blog Motivasi Dr. Zulkarnain. Terima kasih juga kepada Miss Pa’e yang menjelmakan info ni.

Wednesday, January 28, 2009

Siapa Harus Dipersalahkan


Lihatlah..siapa harus dipersalahkan dalam hal ni? Macam-macam hal...

Kewajipan - Di Mana Saja





Islam itu agama yang indah, mudah dan sejagat..agama yang tidak membebankan penganutnya demi memberi kesejahteraan kepada seluruh umat manusia. Kewajipan utama kepada yang Esa tidak membataskan tempat dan situasi, walau di mana sekalipun kita, di mana-mana saja. Pernahkah kita mengalaminya? Di mana kita? Di mana anda? Di mana aku?

Kan Bagus Kalau Macam Ni..


Jika di Kuala Lumpur, kawasan parkir memang terhad dan susah terutamanya di kompleks-kompleks membeli-belah..di tambah lagi bayarannya pula yang mahal. Jadi kalau nak 'berkampung' kat sana memang membebankan..seelok-eloknya lepas 'beli' terus 'belah'. Tapi tidak di bandaraya Alor Setar, ada beberapa premis besar yang tidak mengenakan bayaran parkir antaranya Giant-Kompleks Al-Bukhary dan Alor Setar Mall (gambar atas).
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENGHARGAAN

Terima kasih kerana singgah di MOSHUCHI KATA. Selagi nafas bersarang di dada, selagi itu kita akan berkata-kata. Yang baik dijadikan pedoman, yang sebaliknya dijadikan sempadan. Komen-komen/kritikan membina yang ditinggalkan amat dihargai. Senyum-senyum selalu.