Semasa di zaman sekolah, bila tengok cikgu lelaki pakai tali leher..wahh bestnya. Mula la bercita-cita nak pakai juga. Tup tup bila dah senior sikit dan berkelakuan terpuji, dilantik menjadi pengawas perpustakaan. Dapat pakai tali leher. Seronok tak terkira walaupun tali leher tu tidaklah cantik warnanya dan tercongok seketul logo sekolah yang besar. Tapi tetap seronok.Bila dah makin senior dan berada di tahap tinggi sijil pelajaran, tali leher juga adalah uniform wajib. Kali ni lebih cantik dan bergaya. Warna juga cantik. Sekali pandang macam cikgu muda. Maklumlah, uniform lain sikit..seluar warna hitam tak lagi hijau ala tentera tu. Fuhh apa lagi, selalulah menjadi perhatian junior-junior perempuan terutama yang menengah rendah. Selalulah sapaan 'abang' tu didengari sepanjang masa di sekolah.
Sekarang bila dah bekerja (bidang ni), umpama cita-cita zaman kecil untuk memakai tali leher seperti dalam filem-filem P.Ramlee telah tercapai. Hahh..tiap-tiap hari bekerja kena pakai. Apatah lagi kalau menghadiri mesyuarat atau program/aktiviti rasmi yang lain..memang wajib pakai. Kadang-kadang sampai terasa rimas dan tak selesa pula jadinya. Sebab tu ada masanya, belum sampai tengahari tali leher sudah berpisah dari bawah lipatan kolar baju.
Tapi bila mengenakan tali leher yang tepat kombinasinya dengan warna baju, dipakai dengan kemas ditambah pula bersama blazer yang sedondon, wahh memang terasa segak dan bergaya sekali. Sebab itu kombinasi tali leher dan warna baju sangat penting, bukan main redah saja. Dan walaupun aku dah ada berbelas tali leher dan berbagai warna serta corak, rasa macam tak cukup saja..nak tambah lagi. Mulalah bercita-cita nak simpan koleksi tali leher yang ada sekarang sehingga berumur 58 tahun (pencen), berapa agaknya tali leher yang ada.Ermm inilah tali yang dok mengikat tengkuk kami (lelaki) selagi berjawatan ini, berada dalam bidang ini. Apapun cukup bersyukur dengan anugerah Tuhan ini berbanding ada sesetengah rakan di luar sana yang tengkuk-tengkuk mereka diikat oleh tali yang lain (hukuman tali gantung - jenayah dadah, bunuh dan jenayah berat lain). Selamat bekerja dan bertali leher.
Moshuchi kata : Dalam banyak-banyak tali leher, yang berwarna maroon lembut jalur-jalur yang paling cantik...


