Wednesday, February 09, 2011

Kerja Keras...

beberapa waktu ni aku tak berkesempatan langsung untuk duduk bersantai kejap depan pc sambil-sambil layan fb atau pun cuba menulis entri baru dalam blog. kalau di depan pc di ofis pun semuanya 100% hanya kepada soal/hal kerja. bagusnya aku hahaha...

bayangkan aku terlalu tumpukan/menguruskan hal-hal kerja sampai aku jatuh sakit..demam-demam dibuatnya dan merasakan di atas kepala seperti ada seketul batu besar tak jatuh-jatuh atau tak pecah-pecah ishh ishh ishhh. namun aku gagahkan juga. ada ketika tu sehari semalam aku tak tidur langsung.

baru-baru ni 5hb. februari genap 4 tahun aku dalam perkhidmatan awam sebagai pegawai 'tinggi' kerajaan. ermm 4 tahun sudah, kejap je rasanya..namun berpuluh-puluh tahun lagi menanti di depan itupun kalau panjang umur. mungkin masa tu nanti bukan seketul je batu di kepala tapi berketul-ketul dan mungkin juga waktu tu rambut pun dah jarang-jarang serta keputihan hahahaha.

namun segalanya sedikit terubat bila isteri tercinta ada di sisi sebab dia dapat bercuti panjang beberapa hari sempena hari wilayah bersambung pula cuti tahun baru cina. seronok hehehe. tapi terasa kesian juga kat dia sebab aku sibuk..pagi-pagi keluar kerja dan malam-malam baru balik. pernah aku balik ke rumah ketika dia sudah pun tidur. tapi masa yang terluang kami gunakan sepenuhnya sebaik mungkin. terima kasih kerana dia memahami kerja aku.

terkilan juga sebab sepatutnya kami pergi bercuti, telah dirancangkan pun. namun semuanya terpaksa ditunda gara-gara kesibukan dan juga aku yang tak berapa sihat. apa boleh buat kan, takpelah. nanti bila keadaan dah tak mendesak, kami pasti akan pergi juga. aku nak berehat dan nak tenangkan fizikal dan mental seketika. takpe aku akan tunggu waktu itu.

aku tulis entri ni bukan bermakna aku dah tak sibuk dan banyak waktu senggang. ni pun aku 'curi-curi' waktu sibuk berkenaan. kata orang work hard and work smart, sibuk macam mana pun perlu pandai uruskan masa. entahlah, tapi yang pasti aku sekarang memang work hard..dan work smart? mungkin, kalau tak kerja aku semua tak jalanlah.

arrhh aku letih, lain masa tulis lagi.

moshuchi kata : ..sabar..

Thursday, January 27, 2011

Arrrggghhh...

beberapa hari lepas, sekarang...dan beberapa hari mendatang ni, mungkin seminggu dua ni atau mungkin sebulan dua ni adalah waktu yang sangat-sangat meletihkan fizikal dan mental. kesabaran mungkin teruji, emosi tak menentu, perasaan berbaur-baur dan segalanya yang semuanya memberi tekanan dan mengundang stress. walau apapun, semuanya mesti ditempuhi dan tak boleh mengelakkan diri. mesti hadapi.

semoga aku diberi kekuatan dan kesabaran yang tinggi. amin.

moshuchi kata : 'letih'...

Wednesday, January 12, 2011

Saya Merindui Kamu

aku selalu merindui dia, isteriku. setiap hari rindu ini adalah untuknya. sebab berjauhan? mungkin. tapi jika sentiasa di depan mata pun, aku tetap rindukan dia.

tapi hari ini perasaan rindu kepada dia sangat menebal sedari membuka mata di subuh hari. aku sangat-sangat rindukan dia. mungkin ia perasaan yang sepatutnya. mungkin kerana sekarang ini aku sedang berhadapan dengan situasi yang tidak menceriakan (bertekanan). merindui dialah ubat dihati.

moshuchi kata : ramai lagi teman yang bertekanan di luar sana, kita bersabarlah ye...

Thursday, January 06, 2011

Waktu Ini...

subhanAllah...
waktu ini adalah saat-saat yang cukup menguji kesabaran diri.
namun semuanya harus diselesaikan / dihadapi dengan penuh berhemah dan penuh etika profesionalisme.
ya Allah, berikanlah kekuatan kepadaku.

tak sabar untuk melihat semua ini selesai.
kerana ada agenda besar perjalanan kehidupan selepas itu.

moshuchi kata : sabarrr...

Sunday, January 02, 2011

Sambut Tahun Baru di Alor Setar

malam menjelang tahun baru 2011 baru-baru ini, pastinya di mana-mana akan ada puluhan, ratusan malah ribuan manusia yang berkumpul. tujuan berkumpul? entahlah.. mungkin nak tengok konsert nyanyian, tengok bunga api, tengok jam besar detik 00:01 pagi hari dan tahun baru atau apa-apa sajalah.

tidak ketinggalan juga di alor setar. ramai manusia berkumpul di perkarangan balai seni negeri depan masjid zahir, berdekatan menara alor setar. selepas memasuki hari baru dan tahun baru, kumpulan-kumpulan manusia beransur-ansur pulang. tidak ada konsert artis-artis, tidak ada kilauan bunga api yang besar-besar menerangi angkasa malah menara jam besar di situ pun tak bercahaya apatah lagi berdetik/berbunyi seperti jam besar di dataran merdeka. cuma ada letupan bunga api yang kecil-kecil nak melepasi paras pokok kelapa pun nazak.

tak mengapalah, itu cara alor setar menyambut tahun baru. mungkin ramai rakyatnya telah terbiasa begitu. dalam keramaian manusia itu pun ada sekumpulan manusia (dari sebuah parti politik) yang mengedarkan risalah tentang azab berzina/melakukan maksiat dan sebagainya. alhamdulillah. aku pun dapat. pasangan yang dah senior kat sebelah pun dapat juga hehehe.

tapi apa yang paling penting, aku sambut tahun baru di sini bersama isteri tercinta. detik-detik bersama adalah penting biar nak sambut apa sekalipun. tak perlu pancaran bunga api, tak perlu konsert hingar-bingar dan sebagainya. cukup bersama orang tercinta sambil berbual-bual tentang masa depan. itu sudah cukup.

moshuchi kata : polis trafik dan jpj juga 'berpesta' tahun baru malam tu..saman encik jangan tak saman...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENGHARGAAN

Terima kasih kerana singgah di MOSHUCHI KATA. Selagi nafas bersarang di dada, selagi itu kita akan berkata-kata. Yang baik dijadikan pedoman, yang sebaliknya dijadikan sempadan. Komen-komen/kritikan membina yang ditinggalkan amat dihargai. Senyum-senyum selalu.