Monday, December 07, 2009

Petua Hari Ini

Sakit Hati

i) Bawang putih sepuluh ulas, garam jantan sebuku, sedikit jemuju dan sehelai daun sirih bertemu urat. Tumbuk lumat ramuan tersebut dan bubuhkan air panas sebelum diminum. Amalkan selama tiga pagi, dan ambil segengam garam serta goreng sangan (goreng tanpa minyak), bungkuskan ke dalam kain bersih serta tuamkan kebahagian hati di atas dada.

ii) Sentiasalah menjadi orang yang baik dan budiman, bersyukur dengan kelebihan atau kekurangan diri, jangan iri hati hasat dengki, jangan berdendam, tidak mencari kesalahan orang lain malah sedia memaafkan orang lain dan mengamalkan semua sikap serta sifat yang baik dan mulia. InsyaAllah hati tidak akan menjadi sakit.

Moshuchi Kata : Selamat mencuba...

Saturday, December 05, 2009

Perjalanan Ini...Sampai Bila?

Perjalanan hidup ini. Aku tidak tahu sampai bila. Sampai bila aku akan terus berjalan. Aku juga tidak pasti sebanyak mana bekalan yang telah aku bawa bersamaku kini. Terasa sangat ringan. Kerana itu juga perjalanan aku seperti memijak batu-batu panas dibakar terik mentari. Aku sedar aku tersangatlah kerdil dan ada kalanya hanyut. Tetapi syukur aku masih ingat di mana permulaan langkahku. Aku sentiasa ingin kembali pulang malah sentiasa berusaha ke arahnya. Tapi aku juga sedar aku sangat lemah.

Ketika waktu kecil, ibu selalu berpesan. Sebelum tidur memejam mata di malam hari, ingat kembali perkara-perkara yang telah dilakukan sepanjang hari, baik atau buruk. Dan bermohonlah doa kepada Tuhan. Kemudian tidurlah dengan aman. Pesanan itu sentiasa di hati. Tetapi kadangkala ia hilang begitu saja, dan tidurku seperti kosong dengan memuaskan nafsu mataku.

Aku dilahirkan dari keluarga yang baik-baik. Aku diterapkan dengan didikan agama yang baik dan lengkap sedari kecil. Aku didedahkan dengan perilaku yang berperi dan manis. Ibu dan ayah telah menjalankan tanggungjawab mereka dengan sempurna. Tetapi aku...aku tetap manusia biasa. Kadangkala tertewas.

Moshuchi Kata : Sentiasa ingin menjadi seorang yang budiman..kepada diri sendiri, orang-orang yang tersayang, orang di sekeliling dan paling penting kepada Tuhan.

Monday, November 30, 2009

'Belalai Anu' Telah Dipotong

1. Lucah ke tajuk entri aku tu? Ermm..tak kan? Apapun itulah ungkapan yang aku suka sebagai entri. Berkhatan, Masuk Jawi, Bersunat tu dah biasa sangat hehe. Tengahari tadi, upacara berkhatan beramai-ramai dan salah seorang dari budak-budak (yang muka masing-masing kecutt je) tu adalah anak buah aku, si Wan. Dia ni kategori lasak budaknya. Bila kena berkhatan..haa ambik kau muka dah macam itik nila sedut racun rumpai. Tahu takut. Tapi aku dok bagi semangat kat dia tak putus-putus. Dia okay (pada mulanya je).


2. Biasalah musim-musim cuti sekolah ni, selain abang-abang dan kakak-kakak (yang telah lama berkhatan) nak 'bersatu', budak-budak berusia seawal 10 tahun ni juga kebanyakkannya akan dikorbankan 'belalai anu' mereka. Menariknya majlis ni ialah ia upacara berkhatan secara tradisi..menggunakan Tok Mudim. Lepas tu ada marhaban dan takbir selawat ke atas Nabi lagi. Teringat zaman aku menjadi 'mangsa' dulu hehe..tapi masa tu aku cuma berdua saja, dengan sorang kawan. Majlis tadi pula hampir 40 orang budak. Dua orang lari dekat-dekat kawasan situ je dan seorang lagi lari sangat jauh. Tapi semuanya berjaya ditangkap dan dipotongkan 'belalai' mereka hehe.


3. Taktau dah nak tulis apa. Kepada budak-budak tadi, juga Wan..selamat datang ke dunia lelaki..cehhh hahaha. Mereka sudahpun melepasi satu proses untuk menjadi lelaki yang sebenar, bersedia untuk proses kedewasaan kerana selepas akil baligh (tentulah 'belalai anu' juga telah dipotong) tumbesaran mereka akan cepat/mendadak.


Wan, anak buah aku. Muka toyaa je (kecut perut sebenar tu..hehe) sebelum majlis dimulakan.


Tu dia..yang sudah dipotong, bergantungan. Aku dulu camtu gak. Pastu ada pula yang datang dok selak tengok2..siap komen itu ini lagi. Yang buat merah muka tu, kawan2 kakak aku pun tengok juga..hampehh betul.


Wan (kiri) sedang menunggu giliran. Muka makin cuak bila ada budak2 lain yang mula meraung..lari dan sebagainya.

Aahahahaa..akhirnya. Terputuslah 'belalai anu' kau Wan oiii. Selesai sudah.

Hahahahaa...menangis konon.


Moshuchi Kata : Masih tersilau cahaya pisau lipat Tok Mudim masa nak potong 'belalai' aku dulu. Boleh juga baca http://moshuchikata.blogspot.com/2009/02/kisah-burung.html

Wednesday, November 25, 2009

Perasaan...

Selepas seminggu berpening kepala dengan kursus berkaitan keganasan, pengurusan krisis dan ketenteraman awam kat Air Keroh, aku tak terus balik ke Kedah kerana emak dan ayah akan sampai dari Pahang untuk menghadiri upacara tamat latihan Harry kat Sungai Besi. Cerita pasal Harry akan aku tulis di lain entri sebab gambar-gambar berkaitannya belum dapat lagi (Cik Gobu tentu tengah menilai satu persatu agaknya...).

Ahad malam, aku meninggalkan Kuala Lumpur untuk pulang ke Alor Setar. Kekasih hati juga ditinggalkan buat sementara waktu. Pertemuan kali ini menciptakan beberapa episod menarik yang hanya kami berdua saja yang tahu hehe..jangan marah. Cukup manis.

Isnin pagi, masuk je ofis..fuhhh bertimbun kerja yang tak nampak timbunnya. Masa banjir sibuk dengan Bilik Gerakan Negeri, selepas banjir sibuk pula nak bagi bantuan kepada rakyat. Yang ni yang kadang-kadang buat poning kepala. Apapun, Rakyat Didahulukan... Takpe, sabar pakcik, makcik, abang kakak, bantuan tetap ada..semua dapat ya. Apapun semuanya hanya cabaran dalam kerja. Berkhidmat Untuk Negara..juga untuk rakyat.

Lepas tu ada Menteri pulak yang nak 'turun'..Datuk itu Dato' ini dan macam-macam lagi. Namun semuanya berjalan lancar, semuanya dalam 'suasana bencana'. Walaupun letih juga dibuatnya, tapi hati tetap puas. Namun kerja masih banyak. Untuk esok masih ada..juga lusa, tulat, kulat, mulat... Hal kerja sampai mati pun tak habis. Kerja kerana Allah, insyaAllah semuanya baik-baik saja nanti.

Dan kerana itu juga aku berkorban. Aidiladha disambut di sini, di Alor Setar. Cuti tidak disentuh. Cukup harinya, masuk kerja seperti biasa. Tak mengapalah. Tangan mak dan ayah telahpun aku sembah kucup. Mungkin juga tidak terasa kesyahduannya kerana pertama; Aidiladha tidak semeriah Aidilfitri, keduanya hati turut berbunga sebab dapat beraya dengan kekasih hati di sini. Malam ni dia bertolak balik. Semoga selamat sampai.

Perasaan aku ketika ini? Apa yang aku rasa...letih, pening kepala, syahdu. Dalam masa yang sama juga lega..dan gembira. Hidup kenalah gembira kan..carilah kegembiraan.

Wednesday, November 18, 2009

Diulik Puteri

Sekarang ni, hujan renyai-renyai di luar. Aku di bilik PM. Acer nya jugalah aku rampas dan tekan-tekankan untuk siapkan entri ni. Kami diulik puteri di sini. Oh bestnya. Masih tinggal dua hari untuk selesaikan kursus penting ni. Sabar sajalah. Demi masa depan dan keselamatan negara. Uppsss...abaikan.

Aku di Puteri Resort, Air Keroh Melaka kerana menghadiri satu kursus penting. Keadaan banjir di Kedah yang masih belum pulih-pulih juga merisaukan aku. Di sana tanggungjawab di sini juga tanggungjawab. Jadi, sepanjang berada di sini, entri-entri baru mungkin terlewat untuk keluar. Nanti PM kejar aku pulak sebab asyik membelai-belai Acer dia.

Habis kursus ni aku akan ke Sungai Besi pulak untuk melihat gagahnya Kapten Harry berjalan sambil memberi hormat. Mak ayah dan sedikit keluarga dari bumi Pahang juga akan sampai nanti untuk upacara tersebut. Mesti gugup 'tak sangga' ayah bila duduk semeja dengan Panglima Tentera Darat nanti. Aku tak tahu. Semuanya Kapten Harry yang punya pasal.

Tapi seronoknya juga bila dapat bersama dengan si dia, puteri hati. Dalam kesibukan masing-masing, masa yang terluang haruslah diisi sepenuhnya. Untuk entri seterusnya, jumpa lagi di Alor Setar nanti.

Saturday, November 14, 2009

Cinta

Cinta tidak pernah meminta
ia sentiasa memberi.

Cinta membawa penderitaan
tetapi tidak pernah berdendam
tidak pernah membalas dendam.

Di mana ada cinta
di situ ada kehidupan
manakala kebencian
membawa kepada kemusnahan.

- Mahatma Ghandi

Monday, November 09, 2009

Banjiro..Banjiro..Banjiro

1. Ketika keringat para pemain Negeri Sembilan dan Kelantan sedang mencurah-curah di Stadium Nasional Bukit Jalil, hujan lebat juga mencurah-curah di kawasan pedalaman Kedah di Daerah Padang Terap. Jabatan Meteorologi mengatakan bahawa hujan lebat tersebut adalah lebihan/tempiasan dari Kelantan yang dibawa laju oleh tiupan angin monsun. Ada benarnya kerana Kelantan sekarang sedang mengalami banjir besar dan hujan berpanjangan. Mungkin juga hujan semakin lebat setelah pasukan Kelantan tewas kepada N9 3-0 malam tadi (jangan marah Rosli, jangan ko senyum Deham).

2. Semalam, Ahad hari pertama kerja. Jam 8.00 pagi terus buka Bilik Gerakan Negeri kerana banjir sudah merebak ke Daerah Kubang Pasu. Awal-awal pagi lagi suara merdu halus dah 'mengacum' yang rumahnya sudahpun dinaiki air. Di Daerah Kubang Pasu, air senyap-senyap memasuki rumah seawal jam 12.00 tengah malam. Maka sehingga subuhlah para penduduk berhempas-pulas menyelamatkan barang-barang/perabot ke tempat yang selamat/tinggi. Banyak jalan yang terputus dan dinaiki air. Banyak juga motor2 yang aku tengok tersadai kat tepi jalan. Enjin lemas.

3. Tengahari, aku turun padang melawat kawasan bencana. Aku ke kampung-kampung di Daerah Kubang Pasu. Sempat bertanya itu ini dan mendengar keluhan penduduk-penduduk. Kemudian balik ke Bilik Gerakan Negeri yang beroperasi 24 jam. Setiap 4 jam, laporan terkini akan dihantar ke Putrajaya. Jadual bertugas telah aku keluarkan. Giliran aku bertugas dari jam 4.00 petang hingga 12.00 malam. Tapi atas beberapa sebab, aku masih bertugas. Ayat yang terakhir aku tulis ini kira-kira jam 7.15 pagi, 9 November 2009 dan apabila pukul 8.00 pagi nanti, genaplah 24 jam aku kerja, tak tidur lagi, mata dah merah saga..huhuhu.




Aku Di Bella Vista

1. Dari 4 hingga 7 November lepas, aku ke Langkawi lagi. Kali ini mengikuti Kursus Pembangunan Kumpulan dan Kepimpinan yang diadakan di Hotel Bella Vista, hotel ala-ala istana lama Eropah. Ok juga lepak di hotel ni. Dapat mengadap laut yang cantik, tapi ia tak punya pantai berpasir. Nak mandi di pantai memang tak berapa sesuai. Jadi kolam renang tepi pantai itulah sasarannya.

2. Ermm akhirnya cukup juga jumlah kursus/latihan aku untuk tahun ni, lebih lagi pulak tu 2 hari hehe. Alhamdulillah. Antara modul kursus ialah Pemikiran Kreatif dan Inovatif, Kerja Sebagai Ibadah, Siapakah Anda Dalam Organisasi?, Mengenali Potensi Diri dan Peranan & Fungsi MKN (topik khas). Di masa yang lain aku akan kongsikan dengan korang semua. Malas nak tulis panjang-panjang entri ni.

3. Malam ketiga aku di Langkawi, sedang enak melayan Astro kat bilik hotel, mesej masuk..hujan lebat, 3 pusat pemindahan dah dibuka di Padang Terap... Allamak, kat Langkawi ni tak hujan pun. Ermm aku dah dapat agak apa yang sedang menanti bila balik ke tanah besar nanti.




Wednesday, November 04, 2009

Malaysia Boleh

Yeahh..cayalah. Siap silang kaki lagi tu. Aku sendiri tak pasti apakah aku pun berani buat seperti ini. Mungkin agak susah dan hilang keseimbangan kerana aku tinggi, kaki panjang. Tentu tak sesuai berbaring begitu..ermmm. Apa pun tahniah kepada member di atas (juga yang seangkatan yang tiada di dalam gambar).
Foto : The Sun, 1 November 2009

Sunday, November 01, 2009

Tahniah Kapten Harry

1. Tadi petang. Aku terima panggilan dari PULADA (Pusat Latihan Tentera Darat). Harry di hujung talian. Dia mengingatkan aku sekali lagi supaya datang membawa emak dan ayah semasa hari perbarisan tamat latihannya 21hb. nanti. Dua minggu lagi. Aku sentiasa ingat tentang itu dan borang cuti juga telah aku layangkan ke bilik bos. Sambil pada tu, dengan nada gembira yang seperti ditahan-tahan "wey Bang Kot, aku dapat pelatih terbaik keseluruhan". Katanya. Aku tak terkejut sangat kerana aku pernah meramalkan perkara tersebut. Alhamdulillah. "Tahniah..tahniah, aku tau hang mesti dapat punya".

Aku dan Harry dalam tahun 1985. Aku berusi 5 tahun dan Harry setahun (baru boleh duduk).

2. Teringat aku semasa menjalani latihan ketenteraan di Pulada dahulu. Tak sangka, aku terpilih sebagai pelatih terbaik keseluruhan (Sidang C DPA 1/2008) hanya setelah menjalani latihan selama 2 minggu (ehh seminggu je hehe). Tetapi Harry pula terpilih sebagai pelatih terbaik keseluruhan setelah menjalani latihan selama 8 bulan. Tentunya aku berbangga. Tentulah seperti langit dan bumi corak latihan yang Harry terima berbanding aku. Walaupun aku mengerti dan cukup faham bagaimana tatacaranya, tetapi menjadi pelatih terbaik keseluruhan bukanlah sesuatu yang mudah. Tambahan pula dalam situasi Harry, berada dalam sekelompok terbaik di antara yang terbaik. Tentulah persaingan sangat mencabar. Aku sendiri cuba-cuba bayangkan.

3. Harry, adik aku. Empat tahun lebih muda daripada aku. Seorang adik yang cukup baik. Aku masih ingat sewaktu kami ke sekolah dahulu. Waktu itu aku di darjah 5 dan dia darjah 1. Kami pergi ke sekolah dengan menunggang basikal tua yang maha besar (bayangkan basikal tu). Jarak ke sekolah lebih kurang 7km. Waktu itu kami sudah lali dengan ejekan rakan-rakan. Kami tak peduli. Aku percaya, dia juga mengerti apa yang dikatakan ayah suatu ketika dahulu. "Kalau ayah mati, takdak harta yang ayah tinggai kat hangpa semua, hanya pelajaran. Mengajilah sungguh-sungguh".

Harry dan Amy dalam tahun 1993


Aku dan Harry di sekolah sewaktu kejohanan sukan dwi-tahunan dalam tahun 1997. Aku di tingkatan 5 dan dia baru masuk tingkatan 1.

4. Aku perasan dia seperti mengekori aku dari belakang. Ketika aku di tahun pertama di Universiti Malaya (UM), setiap kali balik ke kampung aku dapat melihat kesungguhannya dalam pelajaran. Dia menduduki SPM setahun kemudian. Tangga kejayaan yang aku pijak semasa SPM dan STPM, dia juga turut memijak kemudiannya. Akhirnya dia juga telah melangkah gagah di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

5. Jika aku beruniform putih Tentera Laut di UM, dia pula beruniform hijau Tentera Darat di UKM. Aku ditauliahkan oleh Raja Perlis (DYMM SPB YDAgong dahulu) pada 2003, dia pula ditauliahkan oleh Sultan Terengganu (DYMM SPB YDAgong sekarang) pada 2007. Tetapi ternyata dia jauh lebih cemerlang. Kegagalan aku menempatkan diri sebagai Pegawai Graduan ATM dalam Tentera Laut tidak mematahkan semangatnya. Kini dia menebus kembali kegagalan abangnya dahulu. Walaupun warna uniformnya berbeza, tidak mengapa.




6. Semangat kami juga telah meresap ke dalam diri adik bongsu. Dia juga tidak mahu ketinggalan walaupun haluannya berbeza. Namun dia juga telah berjaya dalam bidangnya. Aku berbangga dengan adik-adik aku. Aku bersyukur kerana telah menjadi contoh yang terbaik buat mereka. Aku masih ingat, aku pernah berkata kepada mereka suatu masa dahulu "aku tak pernah hisap rokok, hangpa pun aku tak mau tengok sentuh rokok". Walaupun ia nampak remeh dan kecil, tapi ia tetap contoh yang terbaik. Sehingga kini, paru-paru dan bibir kami bertiga masih bebas tanpa dicemari rokok. Dan kami selesa begitu.



Amy, aku dan Harry semasa Aidilfitri 2008

Friday, October 30, 2009

Akhirnya Ke MotoGP

1. Akhirnya. Tahun ini 2009 aku berjaya juga menyaksikan MotoGP secara langsung. Tidak seperti tahun-tahun lalu, perancangan untuk menyaksikan perlumbaan terhebat motosikal ini terpaksa diabaikan kerana desakan tugas-tugas penting. Tahun ini, akhirnya mata dapat melihat sendiri Rossi, Pedrosa, Stoner, Lorenzo, Melandri, De Puniet, Capirossi menonggek kiri dan kanan memecut jentera masing-masing. Telinga dapat mendengar sendiri bingitnya bunyi jentera Honda, Yamaha, Ducati, Kawasaki, Suzuki dan sebagainya. Paling seronok bila dapat menyaksikan MotoGP ni bersama si dia. Terima kasih ya.

Menonton dari sudut tepi. Ingin melihat pelumba-pelumba mengambil selekoh-selekoh tajam. K1 lah tempatnya.

Adehh, kena panjat bukit la plak. Pokok hujan dah mengandung. Habis je acara 125cc dan 250cc, hujan pun turun. Nasib baik bawa payung.


Hajat di hati nak tengok aksi pelumba yang terbabas mengambil selekoh. Tapi tak ada yang menyembah litar. Aku kempunan. Dapat seulas cubitan di badan. "Ni nak tengok orang berlumba ke orang jatuh motor?" Adehh..padan muka aku.


Jatuhlah..jatuhlah..jatuhlah. Tak jatuh juga. Sungguh profesional kamu.


Perlumbaan kelas 500cc selepas hujan. Walaupun litar dah basah takde juga yang terjatuh kat selekoh-selekoh ni. Selekoh yang lain ada juga yang terjatuh termasuk pelumba pasukan kegemaran aku Repsol Honda, Dovidiaso.


Wahh, khusyuk sungguh tengok. Puas juga la aku menerangkan itu ini pasal MotoGP. Nampak minat tu memberangsangkan. Bagus, tahun depan datang lagi ya. Hehehe...


Bergambar jangan lupa walaupun perlumbaan sedang rancak di litar. Jangan marah...


Perlumbaan dah selesai. Rossi sah juara dunia kali ketujuh. Mana Boy ni, lambat betul. Bergambar dulu sementara menunggu seorang rakan yang datang bersama.


Rossi si juara dan Lorenzo memerhati dari belakang.


Ada juga yang tegur "abang ni Adam yang berlakon Nur Kasih tu eh, nak bergambar". Ekk elehh adik ni..ke situ plak peginya ko ye. Ermmm lantaklah.

2. Semasa ramai-ramai kat tempat duduk tu, bercampur berbagai bangsa termasuk 'mat-mat salleh', kami pun buatlah 'ombak' beramai-ramai. Itu pun mat-mat salleh tu yang mulakan dulu. Dari mereka berlima, sehinggalah semua yang ada kat situ. Dari hujung sini sehinggalah ke hujung sana tempat duduk membuat ombak. Kata orang kat sebelah "ermm..nak tunggu mat salleh juga yang mulakan benda-benda camni, kita takleh pikir ke untuk meriahkan suasana?" Betul tu.

3. Dah lama pastu. Bila sorakan ombak entah hilang ke mana. Timbul pula sorakan baru. Setiap kali ada couple yang lalu akan disorak. Termasuk couple2 mat salleh. Sehinggakan sesiapa saja yang lalu di lorong tengah tempat duduk akan disorak. Tapi sorakan ini tidak dimulakan oleh mat salleh. Dimulakan oleh orang kita. Mat-mat Rempit barangkali. Ermmm. Orang sebelah berkata lagi "haa, inilah yang orang kita tahu dan pandai mulakan". Teringat sewaktu aku menonton perlawanan-perlawanan bolasepak di stadium, beginilah situasinya. Orang kita.

Meratah Ikan Di Bangsar

1. Sejak sekian lama, dapat juga lepak-lepak dengan Hayati dan Frankie. Maklumlah jarak memisahkan. Apabila ada kesempatan ke Kuala Lumpur, akan cari kesempatan lepak bersama. Lagipun dah lama ingin berjumpa Hayati, sebab ingin mengambil 'duit' negara-negara luar hehehe..dan hadiah yang dibeli dari kota Manila. Terima kasih untuk itu semua.

2. Malam tu lepak di Bangsar Village. Nak makan ikan pula hajat hati bersama. Kedai apa ntah namanya. Meratahlah ikan malam tu. Frankie pulun sakan. Aku pula habiskan separuh je, dah tak boleh masuk dah. Ikan "Solomon' tu aku rasa macam ikan talapia liar je sebabnya ada bau-bau paya hehehe. Tapi okay la sekali-sekala makan.

3. Banyak juga yang dibualkan. Rancak. Banyak topik yang disentuh. Seronok. Namun akan lebih rancak jika brother Hadi ada bersama. Tak mengapalah. Dia tak dapat datang. Mungkin sibuk buat persediaan ke Beijing. Terbang ke Beijing dengan hati yang kurang berbunga nampak gayanya. Sabarlah bro. Tapi sebelum tu aku dah lepak dengan dia bersama MyLovelyFingers.

Hayati, aku dan Frankie setelah selesai meratah ikan dalam kuali.

Perihal Bertemu Dan Berpisah

1. Kenapa nak bercakap perihal bertemu dan berpisah ni?

2. Apa salahnya. Aku pernah mengalaminya. Mungkin anda pun pernah mengalaminya. Semua orang pernah mengalaminya. Dan sebagai seorang Muslim pulak kita tentunya faham dan mengakui bahawa jodoh pertemuan itu ketentuan Tuhan, ajal dan maut juga ketentuan Tuhan Yang Maha Esa. Cuma persoalannya, bagaimana kita menerima sesuatu ketentuan itu?

3. Berbagai-bagai. Bertemu tentu semuanya bermula dengan baik, kan? Namun apabila berpisah, ada yang berpisah dengan cara baik dan sebaliknya. Ada pula yang boleh menerima perpisahan dengan cara baik dan sebaliknya. Perpisahan bukanlah suatu kesalahan kerana ia adalah pilihan. Pilihan pula haruslah bijak dan melalui pertimbangan yang sedalam-dalamnya. Namun, selain faktor diri manusia itu sendiri, perpisahan juga terjadi kerana takdir dan jodoh. Sebagai seorang Muslim kita kena akui dan terima ketentuanNya.

4. Aku tidak ingin menyentuh soal kenapa berpisah? atau faktor-faktor terjadinya perpisahan. Itu kenangan silam masing-masing. Cumanya aku ingin menyentuh penerimaan terhadap suatu perpisahan. Perpisahan bukanlah bermakna hidup ini telah hancur dan gelap. Perpisahan bukanlah 'mematikan' seseorang itu. Memang perpisahan suatu yang menyakitkan dan setiap orang/pasangan tidak mahukan perpisahan. Tetapi seandainya ia terjadi, haruslah menerimanya/menghadapinya dengan waras dan tidak merosakkan diri sendiri. Sedih, kesal, geram dan sebagainya adalah asam garam apabila berlakunya perpisahan. Tetapi sebagai seorang yang bijak, mereka akan menilai diri sendiri mengapa terjadinya perpisahan. Menyalahkan diri sendiri jika puncanya berpusat dalam diri sendiri. Menerima perpisahan itu dengan redha dan bangkit untuk memulakan episod baru kehidupan.

5. Tetapi ada pula yang tidak boleh menerima perpisahan apabila sentiasa mengganggu gugat kehidupan orang lain (bekas pasangan). Perkara ini mungkin terjadi jika perpisahan itu berlaku dalam suasana yang tidak baik. Namun jika perpisahan itu terjadi dalam suasana yang baik dan tenang, terimalah ia dengan hati yang tenang juga. Ada sesetengah orang berpisah dengan cara yang baik. Walaupun tidak ada lagi hubungan kasih sayang/istimewa tetapi masih ingin berkawan dan bersahabat. Ia sesuatu yang mulia. Tetapi ada sesetengah orang tidak boleh menerimanya. Jika tidak boleh terima dan melupakan terus, tidak mengapa kerana ia adalah pilihan. Namun jika ada yang tidak boleh terima tetapi masih mengganggu kehidupan orang lain, itu sesuatu yang sangat tidak baik. Tidak pandai menghormati orang lain.

6. Perpisahan bukanlah menandakan berakhirnya kehidupan. Orang yang bijak akan bangun dari kegagalan lalu untuk mencapai kehidupan yang lebih baik. Kita sebagai manusia biasa kadangkala tewas dalam sesuatu perkara seperti perpisahan. Kerana manusia itu tidak sempurna. Tetapi bagaimana cara kita menerima sesuatu perpisahan itu menandakan di mana aras nilai diri kita sebenarnya. Sesetengah orang bersyukur kerana perpisahan itu memberikan pula sesuatu kebaikkan kepada mereka. Dan orang yang baik, jika berlaku perpisahan dia sentiasa (akan) mengharapkan kehidupan yang baik juga kepada bekas pasangannya.

7. Baik lelaki atau perempuan, terutama yang belum mempunyai ikatan, perpisahan bukanlah bermakna hidup anda telah berakhir. Fikirkanlah bagaimana pasangan yang telah mempunyai ikatan, yang hidup bersama bertahun-tahun, namun ada juga yang terpisah. Sebab itu kita haruslah bijak menerima sesuatu perpisahan jika itu ketentuan Tuhan. Jika sentiasa bermuhasabah diri dan menjaga sesuatu ikatan dengan baik, perpisahan akan menjauhi kita. Mudah-mudahan.

8. Seperkara lagi. Jika berlaku suatu perpisahan, mulut-mulut dan mata-mata disekeliling akan banyak berbicara dan menjeling. Itu perkara biasa. Ada yang bersimpati dan ada juga yang mengeji. Itu juga adalah pilihan masing-masing. Pada pandangan kita, mereka adalah sangat sepadan dan serasi tetapi dalam hati mereka hanya Tuhan saja yang tahu. Jadi janganlah kita memandai-mandai membuat telahan itu dan ini. Jika berpasangan, jagalah pasangan (hubungan) itu elok-elok. Jangan menyibuk hal orang lain lebih dari sepatutnya.

Thursday, October 15, 2009

Cerita Tun Mahathir Dan Rakyat

1. Agak lama entri ni dalam status "draft". Cerita ini aku perolehi ketika aku ke Langkawi hari tu atas beberapa tugas rasmi. Aku ingin berkongsi cerita ni dengan anda semua. Sesuai untuk kita hayati dan fikir-fikirkan.

2. Cerita ini diceritakan oleh seorang pegawai Polis ketika kami berborak-borak tentang Langkawi. Bila bercakap mengenai Langkawi, nama Tun Mahathir mesti ada kaitan. Kejadian ni dah lama, sewaktu beliau bertugas sebagai pegawai pengiring kepada Tun suatu ketika dulu. Waktu itu Tun ingin menghabiskan waktu santainya bersendirian. Hanya Tun, pegawai tadi dan seorang pemandu sahaja. Tidak ada kenderaan pengawal yang lain yang mengekori. Sebenarnya ada tetapi di luar pengetahuan Tun. Biasalah tu kerja Polis.

3. Tun mengajak untuk pergi ke satu gerai makanan kerana ingin menikmati mee rebus. Kata Tun, dari atas kapal terbang tadi lagi beliau dah nampak gerai tersebut. Terkejut juga pegawai Polis tadi kerana gerai yang dimaksudkan Tun agak biasa-biasa saja. Pada fikirannya tentulah tidak sesuai seorang pemimpin besar negara ke situ. Dia mencadangkan gerai yang lain tetapi Tun menolak. Mee rebus dipesan dan makanlah Tun sambil berbual-bual dengan pengusaha gerai tersebut. Orang Melayu. Kemudian Tun terlihat tisu yang disediakan oleh tuan gerai tu ialah tisu bulat (macam tisu tandas). Tun berkata kepada pegawai Polis "tak boleh ni macam ni ni...". Setelah selesai semuanya, Tun pun bertanyakan bayaran sambil mengeluarkan duit untuk membayar. Pegawai Polis tadi cuba menghalang tapi tak terkuasa. Tuan gerai menyatakan jumlah bayaran sambil menyambut not RM10 daripada Tun. Kemudian datang semula membawa baki. Tun masuk ke dalam kereta. Sebelum berlalu, pegawai Polis tadi sempat berpesan kepada pak cik gerai tersebut supaya jangan menggunakan lagi tisu bulat dan juga "apa la hang ni, Perdana Menteri mai makan kat kedai hang yang macam ni pun hang nak berkira..b*d*h". Tuan gerai terkebil-kebil.

4. Kemudian kereta terus bergerak dan Tun teringin untuk singgah di pasar malam. Tun berjalan-jalan berlaga bahu bersama orang awam. Ramai juga yang perasan dan rata-rata mereka seperti terkejut. Tidak menyangka barangkali. Tun singgah di gerai menjual durian. "Durian dari mana ni? Tanya Tun. "Semua durian ni mai dari Siam ni" Jawab penjual. Tun terus berlalu dan singgah pula di gerai menjual langsat. "Berapa sekilo buah ni? Tanya Tun. "Sekilo RM5" Jawab penjual. "Bagi kat saya sekilo" Kata Tun lagi. Tun terus berjalan. Singgah di gerai menjual langsat yang lain pula apabila tertarik melihat harga yang dipaparkan RM4.50 sekilo. "Awat di sini jual RM4.50 dan di sana jual RM5 sekilo? Tanya Tun. "Saya jual murah sikit daripada depa" Kata penjual tersebut. "Beli la buah langsat saya sekilo" Tambah penjual tu lagi. "Takpalah, saya dah beli dah tang gerai sana, lain kali pula la" Jawab Tun dan berlalu.

5. Ketika Tun melalui sebuah kedai menjual barangan kulit untuk ke kereta, Tun disapa oleh tuan kedai tersebut. Seorang Cina. Dengan nada gembira dan terkejut, sambil bersalaman Tun dipimpin ke kedai beliau. Tun menolak mulanya namun setelah melihat gelagat tuan kedai yang bersungguh-sungguh, Tun ikut juga. "Kalau Dato' Seri masuk kedai saya nanti kedai saya banyak ong" Katanya. Kemudian dia memanggil semua anak-beranak dan sedara-maranya yang berada di kedai untuk bergambar dengan Tun. Suka hati mereka semua. Dia juga menyuruh Tun memilih apa saja barang kulit yang Tun suka. Dia akan menghadiahkan kepada Tun sebagai kenang-kenangan. Tun mulanya menolak tetapi akhirnya memilih juga seutas tali pinggang. Tali pinggang kulit itu dibungkus dan dihadiahkan kepada Tun. Mereka seperti mahu Tun berada lama di kedai mereka.

6. Sampai di hotel, Tun Siti Hasmah setia menunggu kepulangan Tun. Tun disambut penuh kasih sayang seorang isteri kepada suaminya.

7. Begitulah ceritanya. Anda dapat mesej dari cerita di atas? Begitulah orang kita (ya orang kita, orang Melayu-walaupun pedih menerimanya tapi itulah kenyataannya). Kita tak pandai menghargai seorang pemimpin besar negara yang banyak berjasa kepada kita (khususnya orang-orang Langkawi). Aku percaya Tun sendiri pun bukan mahu dilayan secara besar-besaran, jika tidak masakan beliau mahu meluangkan masa santai begitu. Cuma kita tidak ada kesedaran dalaman. Kesedaran yang tidak diajar di mana-mana sekolah atau institusi pengajian tinggi tetapi lahir dari hati.

8. Apa salahnya jika : "Saya sangat berbesar hati Dato' Seri mai makan di kedai saya yang tak seberapa ni, banyak lagi kedai yang lebih elok tapi Dato' Seri mai juga ke kedai saya. Tak perlu bayar Dato' Seri. Dato' Seri mai sini sudah suatu penghargaan besar buat saya". Atau "Dato' Seri, ini buah langsat saya bagi kat Dato' Seri sebagai kenang-kenangan kerana singgah ke gerai saya, tak payah beli. Buah yang lain pun kalau Dato' Seri terasa nak makan, pilihlah". Atau "Ini buah durian saya hadiahkan kat Dato' Seri. Rasalah durian ni, saya kopek untuk Dato' Seri". Tapi semua-semua tu kita tak pandai buat, kita lemah. Kelemahan yang harus kita akui dan perbaiki.

9. Tertinggal satu lagi cerita. Tetapi cerita di waktu yang lain. Cerita ketika Tun meninjau-ninjau kawasan di waktu musim pilihan raya. Waktu begini, Tun memang suka meninjau kawasan di waktu malam, melihat-lihat penyokong memasang bendera dan sebagainya. Sampai di suatu kawasan, terlihat oleh Tun budak-budak sedang memasang bendera parti. Tun ke situ. Cermin kereta dibuka. Tun menegur. Budak-budak terkejut dan terkesima. "Nah duit buat makan mee goreng dan air kopi lepas siap semua ni no" Ucap Tun dengan senyuman. Seorang budak mewakili kawan-kawannya mengambil not RM50 yang dihulurkan Tun.

Sunday, October 11, 2009

Cukuplah Sekali Potong

Walau apapun pertikaian atau perselisihan yang berlaku, janganlah sampai terjadi semacam ini ya. Hisshh ngilu rasanya hehe. Bukan tidak ada kes si isteri berlagak nak jadi Tok Mudim kali kedua untuk si suami. Janganlah sampai ke tahap tu.

Ada kes yang potong masa si suami tengah tidur..sedar-sedar dah hilang burung huhu..

Think, Decide, Enjoy

1. Aku masih berpegang pada kata-kata hikmat (hikmat ke hehe?) yang aku cipta sendiri. Ingat, ini adalah kata-kata aku, bukan diciplak dari mana-mana kata orang lain. Ini Moshuchi punya kata. Apa katanya? Think-Decide-Enjoy : Think properly and deeply, deside only the best one and enjoy it with thankfully especially to God.

2. Begitulah juga dalam kehidupan kita. Kehidupan senantiasa dipenuhi dengan dugaan dan cabaran selagi mana nafas masih bersama kita. Malah untuk beroleh kegembiraan atau kejayaan pun kita tetap harus berfikir dan membuat keputusan yang betul. Jadi, dalam apa perkara sekalipun yang memerlukan tindakan serta keputusan kita, inilah caranya.




Suka dan duka, gembira dan sedih, cabaran dan dugaan dalam hidup adalah lumrah. Setiap daripada kita akan menghadapinya. Biasalah tu...



oleh itu kita perlu berfikir dan menilai sedalam-dalamnya, dengan waras, sempurna dan teliti, mengkaji baik buruk, bermuhasabah diri dan merujuk mencari petunjuk...



untuk mendapatkan keputusan yang terbaik, memilih jalan yang sempurna, bertindak dengan betul...




kerana dengan keputusan itu akan membuatkan kita gembira, berasa lega, lapang, tenteram, aman, bersemangat dan segala-galanya dengan tidak melupakan untuk bersyukur kepada Tuhan yang telah memberikan jalan keluar dalam membuat keputusan/tindakan.




Hidup mesti pakai otak dan otak di sini ya.

3. Hah begitulah. Kenapa pula gambar Tun M sebagai latar? Itulah keputusan aku setelah berfikir dan menilai, beliaulah yang layak sebagai melambangkan seorang pemikir ulung Melayu dan negarawan tersohor Malaysia (walaupun ada lagi beberapa tokoh lain). Pada aku, beliau adalah contoh terbaik seorang pemikir berpandangan jauh. Hidup dan menjadi dewasa dalam zaman legasinya sepanjang 22 tahun beliau menjadi PM sangat mencambahkan pemikiran untuk berfikir dan terus berfikir.

4. Teringat kata Tun, "saya dah lama dah, orang pun dah tak suka, jadi eloklah saya berhenti".

Perihal Merogol dan Dirogol

1. Setiap hari ada saja laporan mengenai kes rogol di dada-dada akhbar. Macam-macam ragam; datuk rogol cucu, bapa atau bapa saudara rogol anak, lelaki berumur rogol kanak-kanak, gadis dirogol beramai-ramai/bergilir-gilir, tok bomoh rogol pesakit dan ada juga satu kes tidak lama dulu, wanita yang dah mengandung pun dirogol. Bergegar janin di dalam perut tu, MasyaAllah.

2. Namun yang kerap didengari ialah kes rogol oleh lelaki dewasa yang peringkat umurnya melepasi satu abad terhadap kanak-kanak perempuan yang di bawah umur. Mangsa biasanya adalah ahli keluarga terdekat. Inilah yang dikatakan "harapkan pagar, pagar makan padi" atau "harapkan tin, tin makan biskut". Perkara begini memang sukar untuk diterima. Aku juga sama sekali tidak boleh terima, sama sekali tidak boleh.

3. Apakah setiap lelaki yang menjadi pemangsa tu sakit secara psikologinya? Mungkin ya. Pakar Seksologi atau Psikologi Dewasa mungkin ada jawapannya. Tapi bagi kita (lelaki) yang waras ni tentulah itu semua perbuatan gila. Bayangkan apa yang boleh kita dapat (kepuasan) terhadap kanak-kanak perempuan yang berumur 9 tahun atau 10 atau 11 tahun. Secara logiknya, berbaloikah melakukan hubungan seks dengan kanak-kanak sekecil itu?

4. Kadang-kadang terfikir juga, banyak lagi cara kalau dah ketagih atau kuat seks yang terlampau. Pelacur-pelacur sedia memberi khidmat. Hentamlah puas-puas. Tapi kenapa itu tidak dibuat? Atau pun apakah si isteri di rumah itu sudah tidak berguna (bagi isteri yang masih muda)? Ini tidak, kanak-kanak perempuan yang farajnya masih lagi putik hendak ditojoh dengan zakar sebesar lengan. Memang tak boleh diterima langsung. Maaf sedikit kasar di situ.

5. Jadi memang patutlah pesalah rogol ini bukan saja dihukum penjara tapi juga disebat di punggung mereka. Patutnya 'tibai' sekali batang zakar yang jahat tu. Aku pernah melihat rakaman hukuman sebat dijalankan. Sayu saja bila melihatnya. Tapi itulah habuan yang patut diterima. Sekali sebat, menggelupur jadinya. Bayangkan pula kalau sekali sesi 3 atau 4 sebatan. Ada juga sampai terberak terkencing. Bersembur tahi keluar. Terimalah.

6. Sebenarnya banyak sebab mengapa kanak-kanak perempuan selalu menjadi mangsa. Mungkin kerana mereka mudah diperdaya ataupun mudah ditewaskan dalam pergelutan. Tapi yang pasti, mereka tentunya tidak mendedahkan bentuk tubuh yang mengiurkan, tidak membangkitkan syahwat lelaki, tidak berpakaian menjolok mata ataupun tidak menimbulkan dendam terhadap lelaki-lelaki jahat. Berbeza dengan perempuan dewasa yang menjadi mangsa.

7. Banyak jenis rogol kalau hendak dikupas lanjut. Aku cuma ingin memberi perhatian terhadap kes merogol kanak-kanal saja. Yang lain-lain tu mungkin di lain entri aku tulis. Merogol kanak-kanak sememangnya tidak boleh diterima walau apa juga alasannya kerana tiada faktor 'menarik dan menolak'. Hanya faktor sebelah pihak saja iaitu perogol. Berbeza dengan wanita dewasa, mereka mungkin mewujudkan faktor-faktor 'menarik' sehinggakan mereka dirogol.

8. Kepada lelaki, jadilah lelaki yang sebenar dan yang baik. Jangan jadi lelaki 'gila'. Jangan ada sekelumit pun nafsu terhadap kanak-kanak perempuan. Kalau 'kuat' sangat, minta izin isteri kahwin lagi. Ada banyak cara yang baik untuk lelaki yang ingin menjadi baik. Kepada wanita pula, berhati-hatilah. Kadangkala kita sendiri yang menjadi sebab/faktor mengapa kita diperlakukan begitu (dirogol/dicabul).

Thursday, October 08, 2009

Cerita Hari Raya Aidilfitri

1. Hari Raya Aidilfitri tahun ni biasa-biasa je. Tapi tetap disambut meriah dan gembira. Cuti pun tak dapat panjang macam tahun lepas. Cuma dua hari saja. Raya ke-4 aku dah balik Alor Setar kerana raya ke-5 dah masuk bertugas. Tapi bagus juga, selain dapat beraya di kampung halaman di Pahang, dapat juga beraya di sekitar Kedah. Masih ramai sanak-saudara kat sini.

2. Beraya di kampung, ketupat daun palas memang special. Wajib tu. Pastu ada pulak laksa. Menu special orang utara la tu. Yang lain-lain tu macam lemang, ketupat nasi dan macam-macam lagi yang bukan kepakaran mak aku pun ada juga. Semua tu kakak-kakak ipar 'orang Pahang' aku yang sediakan. Belum campur segala macam lauk tradisi Pahang lagi. Mak aku rileks je, biar menantu-menantu yang 'berperang' kat dapur.

3. Balik kampung memang best. Jumpa orang-orang kampung yang boleh menceritakan perihal kita semasa kita kecil atau zaman-zaman nakal, sehinggalah kita besar. Seronok bila dengar dari perspektif orang kampung. Laut di depan rumah cantik menghijau. Ombak-ombak kecil melibas pantai yang luas tu. Aku teringin nak mandi seperti dulu. Tapi terpaksa biarkan dulu. Nanti 'terbakar' pulak badan ni, dah nak raya pulak tu hehe. Takpe, tak kemana pun pantai tu. Nanti aku boleh mandi puas-puas.

4. Tengok pantai dan laut tu, pokok-pokok ru yang melampai tu, teringat aku kepadanya. Dia juga pasti teringatkan saat-saat itu. Sungguh indah. Walaupun bersama Asyraff waktu itu, tapi tentu sekali Asyraff tidak mengerti apa-apa. Ermm Aysraff tahun ni beraya sakan. Entah berapa pasang baju yang dia pakai. Tapi baju Melayu biru itu yang paling cantik bagi aku. Baju Melayu lengkap bersamping, walau siapapun yang memakainya pasti anggun. Paling suka tengok Tan Sri P.Ramlee pakai baju Melayu.

5. Aku balik beraya bersama kakak yang tinggal di Alor Setar. Penuh la satu kereta dengan anak-anak buah. Suami dia tak balik sama, kena kerja. Balik dari Pahang tu sempat la aku singgah Suria KLCC sebab nak beli barang sikit. Barang yang dah lama aku 'peram' untuk dihadiahkan kepadanya. Sambil-sambil tu nak penuhi juga permintaan anak buah yang kecik tu, nak tengok KLCC dari dekat katanya. Maklumlah, kalau tengok/naik Menara Alor Setar tu biasalah diorang.

6. Di Alor Setar aku sambung beraya pula di rumah sedara-mara dan rumah staff aku sorang dua. Juga beraya di rumahnya dan sanak-saudara disebelahnya. Seronok beraya bersamanya. Dan apabila memegang beg plastik merah tu, sememangnya mengejutkan. Terukir senyum di bibir. Hari raya ini cukup indah walaupun serba sederhana.

Asyraff (anak buah aku)..baik budak ni.


Bergaya tak ingat tu, 'ciwi' baju Melayu baru la tu..


Di rumah aku yang masih belum siap sepenuhnya..Harry, Harris, Mak dan BangLong


Kakak dan anak-anak di Suria KLCC

Wednesday, October 07, 2009

Setelah Sekian Lama...

Ya, agak lama aku tidak 'menyentuh' blog ni. Sejak sebelum Hari Raya..sejak entri terakhir, lama tuh. Raya pun dah lepas, September pun dah berganti Oktober. Alasan? Tiada alasan melainkan tak berkesempatan nak duduk dan fokus untuk menulis di blog. Sampai macam tu ke? Ermm..aku la. Korang entahlah macam mana kan. Tapi aku ni, mak aiii keja hakiki ni bertimbunan..dari sebelum raya sampailah dah lepas raya ni pun. Tapi takpe, ni dah mula menulis ni..harap akan kembali balik la momentem menulis tu hehe. Hidup kena menulis wooo..selain membaca. Cauu...

Wednesday, September 16, 2009

Salam Lebaran


Kepada semua rakan dan kenalan atau sesiapa saja..sekiranya ada salah dan silap, terkasar perbuatan dan bahasa atau apa saja dari diri ini samada sedar atau tidak, mohon dimaafkan. Tidak ada perbuatan yang sangat mulia melainkan memohon maaf serta menerima kemaafan. Sesunggunya manusia itu tidak sempurna.

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.

Monday, September 14, 2009

Tunggu Dan Lihat

Bila kaki melangkah masuk ke ruang legar/lobi Suria KLCC, kagum melihat sebuah rumah tradisional Melayu tersergam indah. Hati juga berbangga apabila karya kartunis besar negara, Dato' Lat diabadikan sebagai latar untuk promosi sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri nanti. Ia menggambarkan suasana sibuk membuat persiapan di sebuah rumah menjelang hari raya. Apa pun hanya itu sahaja yang ada. Begitu juga ketika kaki sempat ke Mid Valley, ruang legarnya juga berkonsepkan yang sama namun jauh lebih suram berbanding di KLCC. Tetapi karya Dato' Lat tidak digunapakai seperti di KLCC. Pasti anda semua akan perasan jika berkunjung ke sana.

Kita tunggu dan lihat sajalah, apakah pula yang akan berlaku apabila menjelangnya musim perayaan Hari Krismas atau Tahun Baru Cina nanti. Tunggu dan lihat sajalah nanti, selepas itu kita kembali berkomen.

Biar saya tolong makcik kacau dodol ya...hehehe

Kita tunggu dan lihat sajalah nanti bagaimana.

KebesaranNya

Aku teringat suatu kisah yang diceritakan oleh Ustaz semasa di sekolah rendah dahulu. Kisah tentang Rasulallah dan para sahabat dalam satu perjalanan yang jauh dan memenatkan. Mengharungi padang pasir yang maha luas serta panas terik memaksa para sahabat meminta Rasulallah memohon perlindungan dan kekuatan daripada Allah S.W.T. Permohonan baginda diperkenankan. Sekumpulan awan tebal yang menghalang terik matahari mengiringi mereka di sepanjang perjalanan. Begitulah lebih kurang kisahnya.

Beberapa hari lalu ketika aku dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, melalui lebuh raya Utara-Selatan, melalui Daerah Pendang, di kiri kanan lebuh raya terbentang sawah padi yang maha luas dan langit cerah membiru tanpa sekepul awan pun. Namun mata aku menangkap suatu pemandangan; sekumpulan awan putih tebal seolah-olah berlegar-legar di suatu tempat sahaja. Di bawahnya kelihatan sepulau kampung (atau mungkin sebuah rumah) di tengah-tengah sawah. Lama aku perhatikan, awan itu tidak bergerak-gerak. Teringat kembali kepada cerita Ustaz dulu.

Sesungguhnya Allah Maha Besar.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENGHARGAAN

Terima kasih kerana singgah di MOSHUCHI KATA. Selagi nafas bersarang di dada, selagi itu kita akan berkata-kata. Yang baik dijadikan pedoman, yang sebaliknya dijadikan sempadan. Komen-komen/kritikan membina yang ditinggalkan amat dihargai. Senyum-senyum selalu.