Thursday, December 04, 2008

Perihal Isu Ketuanan Melayu - Fikir-Fikirkan

Isu ketuanan Melayu bukanlah satu isu baru yang telah dibangkitkan oleh parti-parti politik Cina seperti MCA, Gerakan dan DAP. Ia adalah isu lama yang kerapkali digunakan sebagai senjata untuk mencari publisiti murahan dan pengaruh. Parti-parti politik Cina tidak pernah serik, malah semakin berani dan lantang serta sengaja membangkitkan isu-isu perkauman yang berkaitan sensitiviti orang Melayu. Ia sengaja dibangkitkan untuk menguji reaksi orang Melayu.

Apa yang dapat saya katakan, orang Cina tetap tidak rugi apa-apa samada berada dalam kerajaan Pakatan Rakyat mahupun Barisan Nasional. Mereka tetap menang samada berada dalam Kerajaan Pusat (BN) mahupun Kerajaan Negeri (Pakatan Rakyat).

Pada Soi Lek, ucapannya telah dipolitikkan. Setelah membaca sepenuhnya teks ucapan beliau bertajuk Change the Game, saya tidak nampak ucapan beliau dipolitikkan oleh media..

Soi Lek mahukan rakyat Malaysia berubah seperti mana rakyat Amerika Syarikat yang memilih Barack H. Obama, merentasi batasan bangsa dan warna kulit. Perubahan yang dimaksudkan beliau termasuklah ungkapan ketuanan Melayu.

Katanya; "The slogan/phrase of 'Ketuanan Melayu', of Master and Servant relationship becomes unacceptable...the younger generation of various races will not accept it. We accept Malay Leadership, but not Malay Supremacy. "We must change the concept of power sharing. We accept Malay Leadership but not Malay Supremacy".

Semua sedia maklum bahawa setiap negara yang dijadikan oleh Allah SWT ada tuan punya asal sesuatu bangsa. Dengan sebab itu, kita dapati bangsa-bangsa yang dijadikan Tuhan akan menjadi tuan di tempatnya. Misalnya, Ketuanan Melayu membentuk negara Melayu, Ketuanan Cina membentuk negara China, Ketuanan India membentuk negara India, Ketuanan Siam membentuk negara Siam (Thailand)...

Perlu diingatkan, penggunaan istilah ketuanan Melayu bukan perkara baru. Ia adalah bagi menggambarkan bahawa orang Melayu adalah etnik asal dan seharusnya mendapat hak-hak istimewa berbanding kaum lain seperti mana yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Saya fikir orang Cina faham makna sebenar ketuanan Melayu tetapi sengaja dipolitikkan untuk mendapatkan political mileage terutama kalangan pemimpin-pemimpin mereka. Persepsi yang mengatakan jika orang Melayu adalah tuan, maka hambanya orang Cina sengaja diada-adakan.

Orang Cina diingatkan supaya jangan mencipta musuh yang tiada dan jangan takut dengan bayang-bayang.

Apa juga alasan UMNO berhubung isu keris dan ketuanan Melayu, pemimpin-pemimpin Cina sengaja memutar-belitkan isu ini. Sejarah membuktikan bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang berakarkan bangsa Melayu (Comber, 2007).

...sejarah menunjukkan bahawa Malaysia yang berasal dari nama Tanah Melayu berakar umbikan bangsa Melayu. Sebab itu, dalam banyak perkara, bangsa Melayu mendapat lebih keistimewaan dan keutamaan berbanding yang lain. Ini dinyatakan secara jelas dalam Perlembagaan Persekutuan sejak awal-awal lagi (Hass, 1967).

Secara mudah, ketuanan Melayu merujuk kepada suatu keadaan yang mana orang Melayu dan warisan mereka diberikan kedudukan yang wajar selaras dengan status sebagai bangsa atau penduduk asal negara ini. Ia sering dikaitkan dengan kedudukan orang Melayu dalam politik dan pemerintahan; sebagai pengendali utama negara.

Saya fikir orang Cina menyedari maksud ketuanan Melayu...tetapi mereka sengaja mencari publisiti murahan ketika pengaruh MCA dan Gerakan mula merosot di kalangan kaum Cina yang telah beralih kepada DAP.

Kata-kata Soi Lek yang mahukan perubahan adalah satu pembohongan.

* Dipetik daripada "Politik Tuntut-Menuntut" oleh Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah, Naib Presiden Persatuan Cina Muslim Malaysia, Utusan Malaysia, 4 Disember 2008.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENGHARGAAN

Terima kasih kerana singgah di MOSHUCHI KATA. Selagi nafas bersarang di dada, selagi itu kita akan berkata-kata. Yang baik dijadikan pedoman, yang sebaliknya dijadikan sempadan. Komen-komen/kritikan membina yang ditinggalkan amat dihargai. Senyum-senyum selalu.