Thursday, December 04, 2008

Perihal Isu Sekolah Satu Sistem - Fikir-Fikirkan

...Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir menyarankan supaya sekolah vernakular ditutup. Sistem satu sekolah iaitu sekolah kebangsaan mesti diperkasakan. Ini bukanlah isu baru dan bukan mudah untuk menghapuskan sekolah vernakular yang telah menjadi agenda politik tuntut-menuntut dan ugut-mengugut.

Orang Cina akan menggunakan isu ini untuk mendapatkan political mileage dalam BN dan Pakatan Rakyat. BN dan Pakatan Rakyat terpaksa tunduk kepada ugutan ini demi survival politik.

Kebanyakkan pelajar vernakular tidak boleh berkomunikasi dalam bahasa Melayu, apatah lagi bahasa Inggeris. Akhirnya, mereka tidak bergaul dengan pelajar-pelajar Melayu dan seterusnya ketinggalan dalam pelajaran apabila sampai ke peringkat menengah.

Cubalah menyelidiki dan berkomunikasi dengan pelajar-pelajarnya. Saya berani beri jaminan bahawa sebahagian besar pelajar SJKC/T tidak dapat menguasai bahasa Melayu dengan baik. Ramai yang langsung tidak boleh berkomunikasi dalam bahasa kebangsaan.

Inilah akibatnya apabila sistem pendidikan diasing-asingkan dan dipolitikkan. Matlamat perpaduan nasional masih terlalu jauh untuk dicapai, apatah lagi untuk menanamkan semangat patriotik yang tinggi.

Justeru, sudah sampai masanya kita jangan terlalu berpolitik sesama sendiri sehingga melupakan kepentingan masa depan negara yang lebih besar.

* Dipetik daripada "Politik Tuntut-Menuntut" oleh Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah, Naib Presiden Persatuan Cina Muslim Malaysia, Utusan Malaysia, 4 Disember 2008.

4 comments:

Pengejar Masa said...

SUDAH TIBA MASANYA isu ini diperkatakan lagi. SUDAH TIBA MASANYA kita berfikir semula. SUDAH TIBA MASANYA perpaduan nasional diutamakan.

SUDAH TIBA MASANYA kau lawati sudahtibamasanya.blogspot.com

marmalade said...

hahahahah saya sokong hadi. sudah tiba masanya, hilmi keluar dari kepompong dan lihat dunia luar. lawatilah blog-blog rakan anda!!! hahahahahah

Badrulhafiz Hj. Sulaiman said...

Aku sokong kau shuko.. satu-satunya cara untuk memupuk perpaduan yg kian terhakis nie hanyalah melalui sekolah yg sama.. melentur buluh biarlah dari rebungnya.. aku ingat lagi masa aku sekolah dulu.. aku ramai gak kawan2 cina dan india.. siam pun ada.. tapi sekarang nie amat susah rasanya untuk jumpa pelajar cina dan india di sekolah kebangsaan.. sebenarnya KPM telah lama cuba untuk memperkasakan SK (sekolah kebangsaan).. namun begitu atas campur tangan beberapa pihak.. niat itu terpaksa ditangguhkan.. semoga ada perubahan yg bakal menjelma kelak

Pengejar Masa said...

shukO, sila apdet.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENGHARGAAN

Terima kasih kerana singgah di MOSHUCHI KATA. Selagi nafas bersarang di dada, selagi itu kita akan berkata-kata. Yang baik dijadikan pedoman, yang sebaliknya dijadikan sempadan. Komen-komen/kritikan membina yang ditinggalkan amat dihargai. Senyum-senyum selalu.