Tuesday, March 30, 2010
Mas (Abang) Lombok
Seks
Wahh..tajuknya sudah cukup menarik untuk korang singgah atau membaca entri ni hehe. Sebenarnya aku ingin membicarakan perihal cadangan pendidikan seks di sekolah..soal seks juga kan? Isu ini dah lama dibangkitkan, dibahaskan..tenggelam timbul tenggelam, dan sekarang timbul balik. Pada aku, pendidikan seks diperingkat sekolah perlu dilaksanakan sesuai dengan peredaran zaman serta perubahan cara hidup masyarakat yang semakin maju dan konsep keterbukaan sering dipraktikkan dalam kehidupan.Justeru itu, pendidikan seks kepada golongan muda/murid-murid sekolah dirasakan perlu/wajar kerana ia penting bagi melahirkan golongan muda yang memahami seks; tahu akan baik buruk hubungan seks, sistem reproduksi, gangguan seksual, jenayah seksual dan sebagainya yang berkaitan. Elemen seksual/naluri seks sebenarnya telah sedia ada dalam diri setiap individu dan ia memerlukan didikan yang baik untuk mengawalnya. Di peringkat awal remaja/kanak-kanak, pendidikan seks terutama berkaitan sistem reproduksi tubuh sangat penting sesuai dengan perubahan mereka untuk menjadi dewasa.
Ibubapa adalah guru yang terbaik untuk mendidik soal seksualiti di rumah. Ayah memberi tumpuan kepada anak lelaki dan ibu kepada anak perempuan. Tetapi tidak semua ibubapa berupaya melaksanakannya kerana ibubapa sendiri mungkin tidak pernah mengalami pengalaman didikan begitu oleh ibubapa mereka dahulu. Akhirnya anak-anak mendapat didikan seksualiti melalui rakan-rakan, bahan bacaan, video dan sebagainya. Tanggapan bahawa pendidikan seks kepada pelajar sekolah akan membuka ruang yang lebih luas (galakan) kepada mereka untuk melakukan salah laku seks adalah suatu tanggapan yang cetek/singkat.
Pendidikan seks di sekolah sangat bagus tetapi; pertama ia mestilah berlandaskan ajaran dan syariat Islam dan keduanya tugas ini mestilah dipertanggungjawabkan kepada guru-guru yang telah terlatih, mempunyai kepakaran, kelayakan dan kemahiran dalam bidang ini. Guru-guru terlatih ini perlu disediakan segera. Apa saja untuk kebaikkan jangka panjang wajar disokong.
Moshuchi Kata : Dulu semasa di universiti, pernah mengambil kertas Psikologi Seksualiti..bagus. Bidang Seksologi perlu diperkenalkan di universiti-universiti tempatan..
Monday, March 29, 2010
Yang Sempat Layan

Bulan Mac ni banyak juga filem yang best-best ditayangkan, tapi cuma ini je yang sempat aku layan. Nak dapatkan tiket untuk Alice In Wonderland pun beratur berpusing-pusing barisannya. Tapi dapat juga layan filem yang dijangka meletop tu. Nak juga layan filem Up To The Air lakonan George Clooney tu tapi belum berkesempatan lagi. Begitu juga filem terbaru lakonan Mel Gibson tu..apa ntah tajuknya. Tengoklah hujung minggu ni kalau sempat tengok filem-filem di atas.Monday, March 01, 2010
Tali Di Leher Lelaki
Semasa di zaman sekolah, bila tengok cikgu lelaki pakai tali leher..wahh bestnya. Mula la bercita-cita nak pakai juga. Tup tup bila dah senior sikit dan berkelakuan terpuji, dilantik menjadi pengawas perpustakaan. Dapat pakai tali leher. Seronok tak terkira walaupun tali leher tu tidaklah cantik warnanya dan tercongok seketul logo sekolah yang besar. Tapi tetap seronok.Sekarang bila dah bekerja (bidang ni), umpama cita-cita zaman kecil untuk memakai tali leher seperti dalam filem-filem P.Ramlee telah tercapai. Hahh..tiap-tiap hari bekerja kena pakai. Apatah lagi kalau menghadiri mesyuarat atau program/aktiviti rasmi yang lain..memang wajib pakai. Kadang-kadang sampai terasa rimas dan tak selesa pula jadinya. Sebab tu ada masanya, belum sampai tengahari tali leher sudah berpisah dari bawah lipatan kolar baju.
Tapi bila mengenakan tali leher yang tepat kombinasinya dengan warna baju, dipakai dengan kemas ditambah pula bersama blazer yang sedondon, wahh memang terasa segak dan bergaya sekali. Sebab itu kombinasi tali leher dan warna baju sangat penting, bukan main redah saja. Dan walaupun aku dah ada berbelas tali leher dan berbagai warna serta corak, rasa macam tak cukup saja..nak tambah lagi. Mulalah bercita-cita nak simpan koleksi tali leher yang ada sekarang sehingga berumur 58 tahun (pencen), berapa agaknya tali leher yang ada.Moshuchi kata : Dalam banyak-banyak tali leher, yang berwarna maroon lembut jalur-jalur yang paling cantik...


