Wednesday, June 16, 2010

Demam Piala Dunia

Demam bolasepak piala dunia kembali lagi. Perlawanan pusingan pertama peringkat kumpulan pun belum selesai sepenuhnya lagi, menyaksikan ada pasukan yang menepati ramalan menang dan ada juga yang tersasar dari harapan peminat-peminat. Namun setakat ke hari ini, hari keenam kejohanan, perlawanan masih biasa-biasa. Mungkin belum memasuki pusingan kedua 16 pasukan, jadi bahang perlawanan masih belum terasa dan demamnya pun masih belum panas. Namun mata-mata membengkak, zombie dan manusia-manusia lalok sudah ramai di mana-mana; di pejabat, di sekolah, di dewan kuliah dan sebagainya. Aku tidak terkecuali hehehe.

Kali pertama aku mengikuti kejohanan piala dunia ialah semasa edisi 1994 yang diadakan di Amerika Syarikat. Waktu itu aku berusia 14 tahun. Kejohanan itu menyaksikan Brazil juara; adanya Dunga (jurulatih Brazil sekarang), Romario, Bebeto 'dodoi anak' dan Ronaldo masih remaja dan memanaskan bangku simpanan. Sejak itu aku mengikuti piala dunia setiap empat tahun sehinggalah kini. Cuma untuk menyaksikan secara 'live' tu entah tahun bila, cuma boleh berangan-angan sajalah dulu. Begitulah, lelaki dan bolasepak memang 'cinta gila'.

Pasukan pilihan aku edisi kali ini tidak jelas sebenarnya, namun aku menyokong semua pasukan Asia; Korea Selatan, Korea Utara, Jepun dan Australia. Masing-masing telah menunjukkan kehebatan kecuali 'Kangaroo' saja yang diratah-ratah. Untuk sebulan ini, setiap hari akan ada perlawanan dan setiap hari juga aku akan cuba menontonnya, beramai-ramai di kedai mamak atau pun sorang-sorang di rumah. Layan saja.

Moshuchi Kata : Ramal Brazil juara edisi 2010 ni (walaupun bukan peminat Brazil).

2 comments:

Sen's Station said...

Roberto baggio...pujaanku ;)
Piala dunie memang membawa kenangan bermakna...

Encik Moshuchi said...

ya..aku juga sukakan r.baggio...gayanya fuhhh dengan rambut berekor tu haha...piala dunia 1994 dialah yg paling menyerlah dan handsome dalam team itali...tapi final sepak penalti tak masuk hahaha...kalahlah itali dalam final tahun 1994 tu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENGHARGAAN

Terima kasih kerana singgah di MOSHUCHI KATA. Selagi nafas bersarang di dada, selagi itu kita akan berkata-kata. Yang baik dijadikan pedoman, yang sebaliknya dijadikan sempadan. Komen-komen/kritikan membina yang ditinggalkan amat dihargai. Senyum-senyum selalu.