Musim baru Liga Perdana Inggeris (EPL) 2010/2011 akan bermula tak lama lagi. Nampaknya pasukan kegemaran aku dah bertukar penaja untuk musim baru nanti. Harapnya saingan musim baru nanti lebih sengit dengan kehadiran pemain-pemain baru dalam pasukan dan piala kejuaraan kembali ke Old Trafford semula.Thursday, July 22, 2010
Musim Baru
 Musim baru Liga Perdana Inggeris (EPL) 2010/2011 akan bermula tak lama lagi. Nampaknya pasukan kegemaran aku dah bertukar penaja untuk musim baru nanti. Harapnya saingan musim baru nanti lebih sengit dengan kehadiran pemain-pemain baru dalam pasukan dan piala kejuaraan kembali ke Old Trafford semula.Sunday, July 18, 2010
Bas Ekspres Sani
Sani Ekspress (SE) boleh dikatakan sebuah syarikat yang masih baru dalam dunia pengendalian pengangkutan bas ekspres. Menariknya ia diusahakan oleh seorang anak muda, Wan Mohamad Sani (sekarang Datuk) yang dahulunya berkecimpung dalam dunia glamor artis. Pernah menubuhkan kumpulan trio bersama Norman Hakim dan Eizlan Yusof, Impression kalau tak silap nama kumpulan depa ni. Tapi tak lama bertahan, lepas tu hilang lesap entah ke mana. Sani pun lesap manakala dua lagi kawannya masih bergiat aktif sebagai pelakon hingga kini. 
Bagi aku, sejak aku mengenali SE dan beberapa kali menaikinya, bas SE adalah pilihan aku kalau hendak ke Kuala Lumpur. Malah semasa suasana orang ramai seperti memboikot atau bimbang menaiki bas SE, aku tetap memilih bas SE. Jika dari Alor Setar ke Kuala Lumpur, tambangnya adalah RM40 iaitu RM1 lebih mahal dari harga tiket bas ekspres syarikat-syarikat lain. Namun begitu aku suka memilih bas SE kerana keselesaan dan mutu perkhidmatan yang disediakan amat berbaloi.
Perjalanan lima ke enam jam tak akan terasa letih dan memenatkan badan malah rasa seronok dan selesa. Kita boleh tidur dengan nyenyak. Bas SE adalah bas berenjin Scania yang baru dan mempunyai ciri-ciri keselamatan yang lengkap. Bagi aku yang paling penting ialah mutu perkhidmatan yang disediakan. Di SE, mutu perkhidmatan yang baik dan bersistematik bermula ketika di kaunter membeli tiket lagi. Layanan pekerja kaunter yang mesra dan mereka semua termasuk pemandu-pemandu sangat kemas dan bersikap membantu. Keadaan bas terutama dalaman bas seperti kusyen dan ruang begitu selesa. Perkara inilah yang aku utamakan kerana perjalanan yang jauh sehingga lima ke enam jam, kita perlukan keselesaan dan keselamatan yang sempurna.
Berdasarkan pemerhatian aku, sekarang ini penerimaan orang ramai terhadap SE semakin baik. Penumpang-penumpang SE semakin banyak. Baguslah. Kita perlu mempunyai pemikiran yang positif. Ajal dan maut di tangan Tuhan dan di mana-mana sekalipun jika sudah sampai ajal kita, kita tak boleh mengelak. Sebab itu dalam suasana fobia terhadap SE, aku tetap memilih SE. Menaiki bas SE tak jauh bezanya dengan menaiki pesawat MAS Kelas Ekonomi, malah mungkin lebih baik/selesa dari itu.
Moshuchi Kata : SE kena bagi diskaun kat aku nih...buat promotion plak hehehe...
Cerita lebih menarik/lanjut baca kat sini (terima kasih zermye adnan) :-http://zermyeadnan.blogspot.com/2009/12/siapa-itu-tuan-punyer-wisma-datuk-sani.html

