Sunday, April 26, 2009

Jangan Tegur Sangap

Sabtu. Aku cuti. Korang pun cuti. Tapi esoknya Ahad aku keja korang masih boleh melingkar atas tilam. Dari tengahari sehingga lewat petang aku dok mengadap 'kuda besi' aku je; basuh, gosok-gosok biar berkilat, tacap sana tacap sini. Ohh sangapnya.
Housemate ada pun..oh takde takde dah balik Penang pun. Hahh..baik tengok wayang malam ni, taklah boring sangat biar pun sorang-sorang je. Gila sangap. Ok juga layan Fast N Furious ni. Aku pun pergi la Alor Setar Mall, punyalah bersemangat. Alih-alih cerita yang ada hanya Bohsia, Jangan Tegur dan Snipper (filem Cina) Ermm..bertambahlah sangaplah aku, hampeh. Akhirnya korang tau aku pilih cerita apa kan..Jangan Tegur. Dalam panggung cuma 9-10 orang saja penonton yang semuanya couple, diorang pun dah mula "naik hantu" termasuk couple Cina tak berapa jauh dari tempat duduk aku. Nasib baik tak melompat-lompat. Lantak koranglah, jangan tegur hehehe.
Akhirnya cerita pun habis. Seram? Ermm..bolehlah puji sikit, cerita biasa-biasa je cuma garapan audio/bunyi suspen tu yang ok, masyuk je. Sangap tak hilang, aku pandu kereta menuju ke 'stadium'...

Setan Merah Mengganas Di Kedai Mamak

Dalam kesangapan, aku memandu membelah angin di bandaraya Alor Setar yang telah lama tidur. Nasib baik takde hantu yang ikut aku atau terjun atas bumbung kereta aku macam dalam cerita Jangan Tegur tu. Kalau tak, habis pulak duit nak repair bumbung kereta. Sementara menunggu jam 12.00 tengah malam, aku pusing-pusing di dalam kota, kelibat tikus-tikus longkang yang besar macam kucing melintas tanpa bersopan. Binatang sial, kalau aku terlanggar habis kotor tayar kereta aku. Anak-anak muda yang berpakaian serba hitam masih berseronok di kaki lima pasaraya. Apalah nak jadi, baik jadi security guard ada juga faedah. Iyelah, kalau dah suka berjaga malam sangat.


Akhirnya aku pun memecut ke kedai mamak tempat selalu aku lepak. Kata budak-budak ni kedai mamak tu kira macam Old Trafford la kat Alor Setar ni, hampeh. Sampai je, para penyokong dah penuh. Nasib baik seat untuk aku dah ada hehehe..pas bermusim. Wisel sepak mula pun berbunyi. Maka hilanglah sangap-sangap aku kat panggung wayang tadi. Kedai mamak tu semakin nak pecah bilamana penyokong-penyokong fanatik Setan Merah mula meliar. Manakan tidak, separuh masa pertama dah ketinggalan 0-2 kepada Totthenham. Aku pun dalam hati "Allamakkk..." sambil menghisap Milo Ais.


Tetapi segalanya berubah. Separuh masa kedua, Setan Merah bukan saja mengamuk di Old Traffod, England malah juga di Old Trafford Alor Setar. Riuh tinggi (bukan riuh rendah dah) dan lompat-melompat, sorak-menyorak bagai nak pecah kedai mamak. Namun mamak tersenyum saja hehehe sambil berjalan mengutip bayaran. Akhirnya Setan Merah menang 5-2. Huhhh..memang perlawanan yang best. Sangap aku pun hilang entah ke mana.

Thursday, April 23, 2009

Pesta Mandi Buih Mat Bangla

Waktu kejadian
Kira-kira jam 6.20 petang. Sewaktu aku pulang dari ofis, ternampak kelibat sekumpulan Mat Bangla sedang berpesta. Aku singgah.

Tempat Kejadian
Di sebuah premis terbuka dengan keluasan kira-kira 70 kaki persegi di Jalan Langgar - Alor Setar.

Jumlah Pengunjung
Orang ramai/awam yang terlibat adalah seramai 12 orang termasuk aku manakala kumpulan Mat Bangla seramai 8 orang (semuanya lelaki).

Aktiviti
Mat Bangla - memandikan k***t* dengan buih, menggosok dan mengurut bumper, menyental, membersih, menjilat habuk dengan vakum dan banyak lagilah.
Orang ramai/awam - hanya melihat saja dan ada yang terkangkang, tertido dan bersabar menunggu giliran mendapat service.

* Aku pun terlibat sama.

Wednesday, April 22, 2009

Lelaki Juga Menangis

Lelaki juga menangis apabila berhadapan dengan situasi yang menyedihkan, mengharukan, menyentuh perasaan atau apabila terlalu gembira. Cuma bezanya, tangisan lelaki sentiasa disembunyikan dari pandangan ramai atau secara terbuka. Lelaki kebanyakkannya menangis di dalam hati sehingga adakalanya tiada siapa yang mengerti atau memahami. Adakah kerana lelaki ego? Mungkin betul dan mungkin juga tidak, tetapi kerana mereka adalah lelaki.

Lelaki juga hanya sanggup menangis atau mengalirkan air mata hanya kepada orang-orang yang mereka sayangi dan cintai saja seperti ibu, kakak atau kekasih yang sangat dicintai. Tetapi lelaki tidak pula sanggup menangis atau mengeluarkan air mata di depan ayah atau abang walaupun mereka sangat rapat, kerana mereka adalah lelaki. Lelaki yang kelihatan cool dan keras sebenarnya adalah lelaki yang mudah menangis tetapi tiada siapa yang tahu bilamasa dan di mana mereka menumpahkan titisan-titisan air mata.

Lelaki juga menangis.

Melalui Saat-Saat...

Sejak dilahirkan sehingga hari ini dan saat ini, kita telah melalui beribu-ribu malah berjuta-juta saat yang tak termampu dihitung. Sehinggalah sampai waktu dan ketika di mana kita sudah menjadi 'manusia' yang boleh menilai dan berfikir, kita telah melalui berbagai saat suka dan duka dalam hidup. Saat-saat yang menyedihkan pasti kita tidak mahu mengingatinya dan berharap ia tidak akan kembali/berulang lagi. Manakala saat-saat yang mengembirakan dan membahagiakan, kita akan cuba peliharanya supaya ia kekal berpanjangan. Tetapi percayalah, di dalam kedua-dua saat itu, ianya adalah campuran bermacam-macam perasaan; cinta, sedih, bimbang, gembira, suka, lemah, kesal dan menyesal, ghairah, rela, puas, rindu, sayang, curiga, yakin..macam-macamlah. Aku gembira dan bersyukur kerana aku sekarang melalui saat-saat yang kedua itu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENGHARGAAN

Terima kasih kerana singgah di MOSHUCHI KATA. Selagi nafas bersarang di dada, selagi itu kita akan berkata-kata. Yang baik dijadikan pedoman, yang sebaliknya dijadikan sempadan. Komen-komen/kritikan membina yang ditinggalkan amat dihargai. Senyum-senyum selalu.