Sunday, April 26, 2009

Setan Merah Mengganas Di Kedai Mamak

Dalam kesangapan, aku memandu membelah angin di bandaraya Alor Setar yang telah lama tidur. Nasib baik takde hantu yang ikut aku atau terjun atas bumbung kereta aku macam dalam cerita Jangan Tegur tu. Kalau tak, habis pulak duit nak repair bumbung kereta. Sementara menunggu jam 12.00 tengah malam, aku pusing-pusing di dalam kota, kelibat tikus-tikus longkang yang besar macam kucing melintas tanpa bersopan. Binatang sial, kalau aku terlanggar habis kotor tayar kereta aku. Anak-anak muda yang berpakaian serba hitam masih berseronok di kaki lima pasaraya. Apalah nak jadi, baik jadi security guard ada juga faedah. Iyelah, kalau dah suka berjaga malam sangat.


Akhirnya aku pun memecut ke kedai mamak tempat selalu aku lepak. Kata budak-budak ni kedai mamak tu kira macam Old Trafford la kat Alor Setar ni, hampeh. Sampai je, para penyokong dah penuh. Nasib baik seat untuk aku dah ada hehehe..pas bermusim. Wisel sepak mula pun berbunyi. Maka hilanglah sangap-sangap aku kat panggung wayang tadi. Kedai mamak tu semakin nak pecah bilamana penyokong-penyokong fanatik Setan Merah mula meliar. Manakan tidak, separuh masa pertama dah ketinggalan 0-2 kepada Totthenham. Aku pun dalam hati "Allamakkk..." sambil menghisap Milo Ais.


Tetapi segalanya berubah. Separuh masa kedua, Setan Merah bukan saja mengamuk di Old Traffod, England malah juga di Old Trafford Alor Setar. Riuh tinggi (bukan riuh rendah dah) dan lompat-melompat, sorak-menyorak bagai nak pecah kedai mamak. Namun mamak tersenyum saja hehehe sambil berjalan mengutip bayaran. Akhirnya Setan Merah menang 5-2. Huhhh..memang perlawanan yang best. Sangap aku pun hilang entah ke mana.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENGHARGAAN

Terima kasih kerana singgah di MOSHUCHI KATA. Selagi nafas bersarang di dada, selagi itu kita akan berkata-kata. Yang baik dijadikan pedoman, yang sebaliknya dijadikan sempadan. Komen-komen/kritikan membina yang ditinggalkan amat dihargai. Senyum-senyum selalu.