Monday, November 30, 2009

'Belalai Anu' Telah Dipotong

1. Lucah ke tajuk entri aku tu? Ermm..tak kan? Apapun itulah ungkapan yang aku suka sebagai entri. Berkhatan, Masuk Jawi, Bersunat tu dah biasa sangat hehe. Tengahari tadi, upacara berkhatan beramai-ramai dan salah seorang dari budak-budak (yang muka masing-masing kecutt je) tu adalah anak buah aku, si Wan. Dia ni kategori lasak budaknya. Bila kena berkhatan..haa ambik kau muka dah macam itik nila sedut racun rumpai. Tahu takut. Tapi aku dok bagi semangat kat dia tak putus-putus. Dia okay (pada mulanya je).


2. Biasalah musim-musim cuti sekolah ni, selain abang-abang dan kakak-kakak (yang telah lama berkhatan) nak 'bersatu', budak-budak berusia seawal 10 tahun ni juga kebanyakkannya akan dikorbankan 'belalai anu' mereka. Menariknya majlis ni ialah ia upacara berkhatan secara tradisi..menggunakan Tok Mudim. Lepas tu ada marhaban dan takbir selawat ke atas Nabi lagi. Teringat zaman aku menjadi 'mangsa' dulu hehe..tapi masa tu aku cuma berdua saja, dengan sorang kawan. Majlis tadi pula hampir 40 orang budak. Dua orang lari dekat-dekat kawasan situ je dan seorang lagi lari sangat jauh. Tapi semuanya berjaya ditangkap dan dipotongkan 'belalai' mereka hehe.


3. Taktau dah nak tulis apa. Kepada budak-budak tadi, juga Wan..selamat datang ke dunia lelaki..cehhh hahaha. Mereka sudahpun melepasi satu proses untuk menjadi lelaki yang sebenar, bersedia untuk proses kedewasaan kerana selepas akil baligh (tentulah 'belalai anu' juga telah dipotong) tumbesaran mereka akan cepat/mendadak.


Wan, anak buah aku. Muka toyaa je (kecut perut sebenar tu..hehe) sebelum majlis dimulakan.


Tu dia..yang sudah dipotong, bergantungan. Aku dulu camtu gak. Pastu ada pula yang datang dok selak tengok2..siap komen itu ini lagi. Yang buat merah muka tu, kawan2 kakak aku pun tengok juga..hampehh betul.


Wan (kiri) sedang menunggu giliran. Muka makin cuak bila ada budak2 lain yang mula meraung..lari dan sebagainya.

Aahahahaa..akhirnya. Terputuslah 'belalai anu' kau Wan oiii. Selesai sudah.

Hahahahaa...menangis konon.


Moshuchi Kata : Masih tersilau cahaya pisau lipat Tok Mudim masa nak potong 'belalai' aku dulu. Boleh juga baca http://moshuchikata.blogspot.com/2009/02/kisah-burung.html

Wednesday, November 25, 2009

Perasaan...

Selepas seminggu berpening kepala dengan kursus berkaitan keganasan, pengurusan krisis dan ketenteraman awam kat Air Keroh, aku tak terus balik ke Kedah kerana emak dan ayah akan sampai dari Pahang untuk menghadiri upacara tamat latihan Harry kat Sungai Besi. Cerita pasal Harry akan aku tulis di lain entri sebab gambar-gambar berkaitannya belum dapat lagi (Cik Gobu tentu tengah menilai satu persatu agaknya...).

Ahad malam, aku meninggalkan Kuala Lumpur untuk pulang ke Alor Setar. Kekasih hati juga ditinggalkan buat sementara waktu. Pertemuan kali ini menciptakan beberapa episod menarik yang hanya kami berdua saja yang tahu hehe..jangan marah. Cukup manis.

Isnin pagi, masuk je ofis..fuhhh bertimbun kerja yang tak nampak timbunnya. Masa banjir sibuk dengan Bilik Gerakan Negeri, selepas banjir sibuk pula nak bagi bantuan kepada rakyat. Yang ni yang kadang-kadang buat poning kepala. Apapun, Rakyat Didahulukan... Takpe, sabar pakcik, makcik, abang kakak, bantuan tetap ada..semua dapat ya. Apapun semuanya hanya cabaran dalam kerja. Berkhidmat Untuk Negara..juga untuk rakyat.

Lepas tu ada Menteri pulak yang nak 'turun'..Datuk itu Dato' ini dan macam-macam lagi. Namun semuanya berjalan lancar, semuanya dalam 'suasana bencana'. Walaupun letih juga dibuatnya, tapi hati tetap puas. Namun kerja masih banyak. Untuk esok masih ada..juga lusa, tulat, kulat, mulat... Hal kerja sampai mati pun tak habis. Kerja kerana Allah, insyaAllah semuanya baik-baik saja nanti.

Dan kerana itu juga aku berkorban. Aidiladha disambut di sini, di Alor Setar. Cuti tidak disentuh. Cukup harinya, masuk kerja seperti biasa. Tak mengapalah. Tangan mak dan ayah telahpun aku sembah kucup. Mungkin juga tidak terasa kesyahduannya kerana pertama; Aidiladha tidak semeriah Aidilfitri, keduanya hati turut berbunga sebab dapat beraya dengan kekasih hati di sini. Malam ni dia bertolak balik. Semoga selamat sampai.

Perasaan aku ketika ini? Apa yang aku rasa...letih, pening kepala, syahdu. Dalam masa yang sama juga lega..dan gembira. Hidup kenalah gembira kan..carilah kegembiraan.

Wednesday, November 18, 2009

Diulik Puteri

Sekarang ni, hujan renyai-renyai di luar. Aku di bilik PM. Acer nya jugalah aku rampas dan tekan-tekankan untuk siapkan entri ni. Kami diulik puteri di sini. Oh bestnya. Masih tinggal dua hari untuk selesaikan kursus penting ni. Sabar sajalah. Demi masa depan dan keselamatan negara. Uppsss...abaikan.

Aku di Puteri Resort, Air Keroh Melaka kerana menghadiri satu kursus penting. Keadaan banjir di Kedah yang masih belum pulih-pulih juga merisaukan aku. Di sana tanggungjawab di sini juga tanggungjawab. Jadi, sepanjang berada di sini, entri-entri baru mungkin terlewat untuk keluar. Nanti PM kejar aku pulak sebab asyik membelai-belai Acer dia.

Habis kursus ni aku akan ke Sungai Besi pulak untuk melihat gagahnya Kapten Harry berjalan sambil memberi hormat. Mak ayah dan sedikit keluarga dari bumi Pahang juga akan sampai nanti untuk upacara tersebut. Mesti gugup 'tak sangga' ayah bila duduk semeja dengan Panglima Tentera Darat nanti. Aku tak tahu. Semuanya Kapten Harry yang punya pasal.

Tapi seronoknya juga bila dapat bersama dengan si dia, puteri hati. Dalam kesibukan masing-masing, masa yang terluang haruslah diisi sepenuhnya. Untuk entri seterusnya, jumpa lagi di Alor Setar nanti.

Saturday, November 14, 2009

Cinta

Cinta tidak pernah meminta
ia sentiasa memberi.

Cinta membawa penderitaan
tetapi tidak pernah berdendam
tidak pernah membalas dendam.

Di mana ada cinta
di situ ada kehidupan
manakala kebencian
membawa kepada kemusnahan.

- Mahatma Ghandi

Monday, November 09, 2009

Banjiro..Banjiro..Banjiro

1. Ketika keringat para pemain Negeri Sembilan dan Kelantan sedang mencurah-curah di Stadium Nasional Bukit Jalil, hujan lebat juga mencurah-curah di kawasan pedalaman Kedah di Daerah Padang Terap. Jabatan Meteorologi mengatakan bahawa hujan lebat tersebut adalah lebihan/tempiasan dari Kelantan yang dibawa laju oleh tiupan angin monsun. Ada benarnya kerana Kelantan sekarang sedang mengalami banjir besar dan hujan berpanjangan. Mungkin juga hujan semakin lebat setelah pasukan Kelantan tewas kepada N9 3-0 malam tadi (jangan marah Rosli, jangan ko senyum Deham).

2. Semalam, Ahad hari pertama kerja. Jam 8.00 pagi terus buka Bilik Gerakan Negeri kerana banjir sudah merebak ke Daerah Kubang Pasu. Awal-awal pagi lagi suara merdu halus dah 'mengacum' yang rumahnya sudahpun dinaiki air. Di Daerah Kubang Pasu, air senyap-senyap memasuki rumah seawal jam 12.00 tengah malam. Maka sehingga subuhlah para penduduk berhempas-pulas menyelamatkan barang-barang/perabot ke tempat yang selamat/tinggi. Banyak jalan yang terputus dan dinaiki air. Banyak juga motor2 yang aku tengok tersadai kat tepi jalan. Enjin lemas.

3. Tengahari, aku turun padang melawat kawasan bencana. Aku ke kampung-kampung di Daerah Kubang Pasu. Sempat bertanya itu ini dan mendengar keluhan penduduk-penduduk. Kemudian balik ke Bilik Gerakan Negeri yang beroperasi 24 jam. Setiap 4 jam, laporan terkini akan dihantar ke Putrajaya. Jadual bertugas telah aku keluarkan. Giliran aku bertugas dari jam 4.00 petang hingga 12.00 malam. Tapi atas beberapa sebab, aku masih bertugas. Ayat yang terakhir aku tulis ini kira-kira jam 7.15 pagi, 9 November 2009 dan apabila pukul 8.00 pagi nanti, genaplah 24 jam aku kerja, tak tidur lagi, mata dah merah saga..huhuhu.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENGHARGAAN

Terima kasih kerana singgah di MOSHUCHI KATA. Selagi nafas bersarang di dada, selagi itu kita akan berkata-kata. Yang baik dijadikan pedoman, yang sebaliknya dijadikan sempadan. Komen-komen/kritikan membina yang ditinggalkan amat dihargai. Senyum-senyum selalu.