Akhirnya, Manchester United juara lagi Liga Perdana Inggeris apabila perlawanan kedua terakhir semalam mengesahkan kejuaraan liga terhebat dunia itu masih menjadi milik mereka. Keputusan seri menentang Arsenal sudah cukup bagi United untuk mengumpul 11 kejuaraan liga sepanjang Sir Alex Ferguson memimpin kelab terkaya dunia ini pada 1990.Semalam, stadium Old Trafford kat Alor Setar ni penuh sesak dengan para penyokong MU selain sekelompok penyokong Arsenal dan juga Liverpool. Penyokong Liverpool kerap kali membuat provokasi mengalahkan penyokong Arsenal untuk memberi tekanan kepada penyokong United. Namun akhirnya mereka pulang dengan hampa. Terima kasih kepada Liverpool yang memberi saingan hingga ke penghujung liga dan para penyokongnya di Alor Setar juga 'boleh tahan' dalam memberi tekanan.
Selepas perlawanan, kami raikannya beramai-ramai..pakat pekena nasi kandar. Ok la tu kan. Kalau kat Manchester tu tak tau la macam mana kan, tentu penuh pub-pub, bar-bar dengan arak dan sebagainya kan..di jalanan. Kita kat sini tak perlulah begitu, nasi kandar dah cukup. Mamak pun tersenyum lebar je.
Manakala tidak jauh dari stadium Old Trafford, Stadium Darulaman masih bergegar kerana perlawanan antara Kedah dan Perak masih berlangsung. Kedah menang 3-1 mengatasi Perak dan melonjak ke tangga ketiga liga. Liga tempatan pun kena sokong..bolasepak tempatan pun kena ambil berat. Tahniah untuk MU dan juga Kedah.Kepada penyokong lain-lain pasukan, musim depan kita jumpa lagi. Bluueekkkk...hehehe.

Dari ruang pejabat ini, aku boleh menikmati pemandangan yang indah
Kawan-kawan pompuan, berhati-hatilah ye. Dalam beg tangan tu serba mak nenek ada; yang penting dan tak berapa penting. Tapi penting juga sebab ada dalam beg tangan kan. Kepada kawan lelaki, kalau nampak kejadian macam ni berlaku, kalau rasa mampu menghalang, lakukanlah. Bukan nak jadi hero tapi membantu orang yang dalam kesusahan. Budaya orang kita sekarang, "biarlah bukan aku yang kena". Memang la, esok bila kau yang kena baru padan muka. 