Friday, May 08, 2009

Peragut..Apalah Nak Jadi.

Surat khabar semalam memaparkan banyak laporan dan kes-kes ragut. Turut termuat kes yang mengakibatkan kematian dua orang mangsa; seorang isteri yang sedang hamil dan seorang lagi nenek tua yang dipukul setelah diragut. Kejadian ini sangat-sangat membimbangkan bukan saja kepada golongan wanita, tetapi juga lelaki seperti aku ni. Sebabnya, aku ada orang-orang perempuan yang disayangi, aku ada ramai kenalan perempuan dan paling penting sebagai warganegara yang baik, tentulah aku geram dengan situasi ini.

Cuma bermain di kepala aku ni, siapakah golongan yang meragut ni? Adakah mereka 'mat dadeh' dan juga 'mat rempit'? Kalau mat dadeh, kita tau mengapa mereka meragut..nak beli dadeh kan. Kalau mat rempit pula, takkan nak isi minyak motor penuh tangki untuk merempit? Atau memang ada kaitan kedua-duanya; mat dadeh merangkap perempit atau mat rempit yang perlukan dadeh untuk merempit? Apa pendapat korang? Tapi kalau kejadian meragut berlaku di depan mata aku, aku pasti akan membantu sedaya yang boleh. Itu azam aku.

Kawan-kawan pompuan, berhati-hatilah ye. Dalam beg tangan tu serba mak nenek ada; yang penting dan tak berapa penting. Tapi penting juga sebab ada dalam beg tangan kan. Kepada kawan lelaki, kalau nampak kejadian macam ni berlaku, kalau rasa mampu menghalang, lakukanlah. Bukan nak jadi hero tapi membantu orang yang dalam kesusahan. Budaya orang kita sekarang, "biarlah bukan aku yang kena". Memang la, esok bila kau yang kena baru padan muka.

1 comment:

papaYA said...

Tapi setakat ni, kejadian nak membantu mengundang bala pada mereka buat, orang lain takut nak membantu.
Dulu orang ragut orang yang berjalan, peragut lari, ok lagi if orang ramai nak bantu, tapi sekarang melibatkan moto dan jalan raya, orang sume pikir 2x nak bantu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENGHARGAAN

Terima kasih kerana singgah di MOSHUCHI KATA. Selagi nafas bersarang di dada, selagi itu kita akan berkata-kata. Yang baik dijadikan pedoman, yang sebaliknya dijadikan sempadan. Komen-komen/kritikan membina yang ditinggalkan amat dihargai. Senyum-senyum selalu.