Tuesday, May 05, 2009

Peribahasa Hari Ini...'Ayam'

Yeayy anak-anak (kawan-kawan), kita bertemu lagi hari ini untuk mempelajari peribahasa. Bagaimana dengan pelajaran/peribahasa yang lepas, masih ingat? Takpe, hari ini kita belajar peribahasa baru yang menarik, peribahasa tentang ayam atau yang berhubungkait dengan ayam. Jom.

1. Ayam sb - Pelacur

2. Ayam Bertanda sb - Keturunan berani

3. Ayam bertelur di atas padi ppt - Hidup mewah

4. Ayam didik sb - Orang yang dilatih untuk menjadi pengganti kepada pemimpin berkenaan

5. Ayam ditambat disambar helang ppt - Isteri dilarikan orang besar

6. Ayam jalak sb - Orang yang berani

7. Ayam kinantan sb - Pemuda yang lebih dari yang lain-lain

8. Ayam lepas tangan bercirit ppt - Berbuat jahat akhirnya malu

9. Ayam mati di atas padi ppt - Miskin di tempat makmur

10. Ayam patuk anaknya sb - Marah anak untuk mengajar

11. Ayam seekor bertambang dua ppt - Dua pemuda meminati gadis yang satu

12. Ayam tak patuk, itik tak sudu ppt - Sama-sama tidak sudi

* sb = simpulan bahasa
* ppt = pepatah

Selamat belajar semua, jumpa lagi.

bersambung...

5 comments:

frankie said...

ayam brand - jenama yg selalu kita bawak time camping (sardin,beans)

marmalade said...

HADI, dia dah start balik dah entri-entri mcm nih! hahahahahahahah

Pengejar Masa said...

Fariq - Ayam Brand adalah jenama sardin yang shuko suka makan. Ayam Siam adalah ayam yang memberi kegembiraan setiap kali ShukO gi Danok.


Mala - nak kena la dia ni...

Panglima Hilmi said...

frakie - minumlah ayam brand utk kesihatan badan kehkeh...

hayati - utk kongsi ilmu je, bukan rekaan tetapi betul..

PM - woihh lu penah tengok ke ayam siam macam mana? ayam betul betul la, bukan ayam yg satu lagi tu...

Pengejar Masa said...

cheh, nak berdalih la plak...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENGHARGAAN

Terima kasih kerana singgah di MOSHUCHI KATA. Selagi nafas bersarang di dada, selagi itu kita akan berkata-kata. Yang baik dijadikan pedoman, yang sebaliknya dijadikan sempadan. Komen-komen/kritikan membina yang ditinggalkan amat dihargai. Senyum-senyum selalu.