Thursday, May 07, 2009

Lompat...Tepuk Lalat

Tepuk lalat, senaman paling mudah dan menyeronokkan. Ia berfungsi meregangkan seluruh anggota badan dari hujung kaki sampai ke hujung kepala dengan syarat ia dilakukan tanpa mengelat hehehe. Ia merupakan senaman kecergasan yang sering menjadi pilih utama. Untuk memaksimumkan pergerakannya, gerak lompatannya telah dikira dengan "3 kiraan 1" iaitu bermakna lompatan yang keempat adalah bersamaan 1. Bijak bijak. Tapi seronok kan.

Korang tentu merindui saat-saat di INTAN semasa DPA dulu kan? Lompatan ni dah jadi rutin, 30 kali, 40 kali atau 50 kali. Tapi aku merindui saat-saat di Pangkalan TLDM Lumut, 200 kali, 300 kali dan kadang-kadang 500 kali adalah rutin. Kami panggil tepuk bintang sebab bintang tu kan cantik dan jauh. Lagipun semua nak jadi bintang hehehe. Tepuk lalat apa kes. Selepas DPA tentu ada yang dah tak pernah lompat dah kan? Mesti ada punyalah. Sekali sekala lompatlah, 10 kali pun jadilah di halaman rumah hehehe.

* Brokos, gua rindu kat jurulatih masa kat INTENGAH la kehkeh..lu?

3 comments:

Al Hadi said...

Ya, aku rindu masa berpeluh tu. At least darah berjalan pantas. Skang ni kena buat aktiviti lain utk buat darah bergerak :)

Encik Moshuchi said...

hehehe..aktiviti yang apabila darah memenuhi pembuluh darah tu ke? kehkeh..bravo..bravo..

papaYA said...

Aku pun pelik diorang panggil tepuk lalat sebab aku tak pernah tepuk bile tangan aku kat posisi atas tu..

Aku rindu pada senam aerobik En.Azmi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENGHARGAAN

Terima kasih kerana singgah di MOSHUCHI KATA. Selagi nafas bersarang di dada, selagi itu kita akan berkata-kata. Yang baik dijadikan pedoman, yang sebaliknya dijadikan sempadan. Komen-komen/kritikan membina yang ditinggalkan amat dihargai. Senyum-senyum selalu.