Tuesday, July 28, 2009

Petua Hari Ini

Selain ruangan Peribahasa Hari Ini, aku juga ingin mengelolakan ruangan petua iaitu Petua Hari Ini berdasarkan sumber-sumber rujukan yang ada pada aku ni. Bukan apa, orang kita (Melayu) ni banyak petua yang diperturunkan sejak zaman-berzaman. Kadang-kadang ia masih sesuai dan mujarab untuk dipraktikkan sehingga ke hari ini. Kepada sesiapa yang berkenaan, bolehlah mencuba petua-petua ini ya. Ia bukan direka-reka. Selamat mencuba. Aku juga teringin nak mengulas petua-petua tersebut. Kalau nak ikut, ikutlah. Kalau tak sekadar berkongsi maklumat.

1. Menghalau Nyamuk - Tumbuklah beberapa helai daun limau (bagus kalau limau purut), kemudian diletakkan dalam piring/pinggan. Letaklah piring tersebut pada tempat yang banyak nyamuk terutama di tempat yang gelap. Ulasan : Kaedah yang sama tapi gunalah lingkaran Fumakilla. Tak pun semburlah menggunakan Readset atau Sheltox.

2. Lesung Pipit - Ambil daun betik yang tua dan tumbuk hingga lumat. Perah hingga keluar air. Ambil hampasnya dan sapukan pada pipi (tandakan terlebih dulu). Ulasan : Kalau dah takde lesung pipit, takdelah. Bila diadakan mungkin hodoh jadinya.

3. Kempis Perut - Minumlah air limau nipis yang telah dicampur dengan teh tanpa gula setiap hari. Petua ini untuk orang yang tiada mengidap sebarang penyakit. Perut yang buncit boleh menjadi kempis. Ulasan : Sit-up je 10 kali sebelum tidur dan 10 kali selepas bangun tidur. (Hadi, apa lagi..amalkanlah hehe)

4. Lentik & Lebatkan Bulu Mata dan Kening - Gunakan lendir pokok lidah buaya dan sapukan pada bulu mata dan bulu kening. Lakukan berulang kali setiap masa untuk hasil terbaik. Ulasan : Makan sup lidah buaya. Kalau takde, sup lidah biri-biri pun boleh. Nanti bulu kening lebat macam bulu biri-biri.

5. Kutu Babi - Petik daun sirih bersama tangkainya dan titiskan getah sirih tersebut ke atas kutu babi yang melekat pada kulit tubuh. Ia akan menjadi senang untuk dicabut. Ulasan : Tembak je babi tu. Jangan lupa samak. ???

6. Menegangkan Payu Dara - Layurkan daun sirih yang telah disapukan dengan minyak zaitun di atas api yang sederhana atau menggunakan lilin. Apabila daun terasa suam dan agak layu, tekapkanya ke atas kedua-dua payu dara dan biarkan seketika. Lakukan dua atau tiga kali seminggu. Ulasan : Ermmm...tiada

.....bersambung

Dengar Cakap Ibu

Semalam (malam tadi), sebelum mata terlelap, aku membelek-belek sebuah majalah lelaki, tapi yang lama punya..Mac 2009. Belek punya belek, aku tertarik dengan madah ini. Bunyinya ;

"Kejarlah cita-cita sebelum cinta. Apabila tercapainya cita-cita, maka dengan sendirinya cinta itu akan hadir. Raihlah ilmu dengan belajar untuk tenang dan sabar".

Teringat kembali kata-kata emak kira-kira sepuluh sebelas tahun dulu. "Kita ni orang susah, takdak harta, takdak rupa..belajarlah sungguh-sungguh, itulah harta hang. Esok-esok nak berkawan dengan orang (bercinta) pun takpalah, nak minta anak orang (kahwin) pun senang sikit...". Begitulah lebih kurang bunyinya.

Diam tak diam sebenarnya aku mentaati kata-kata emak tu. Bukan aku saja, malah adik-adik lelaki aku juga begitu. Sekarang bila sudah ada kerjaya tetap dan bagus, barulah nampak kesungguhan mereka ke arah itu (bercinta). Dan sekarang masanya untuk aku bercinta dengan sebetul-betulnya cinta. Cinta yang akan memberi makna untuk sepanjang hidup aku. Dan cinta itu telahpun aku temui.

Kalaulah ada adik-adik atau anak-anak yang membaca blog ni, pertama : taati kata ibu kerana kata-kata ibu membawa berkat dan kedua : belajarlah bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-cita. Lepas tu barulah bercinta.

Saturday, July 25, 2009

Touching Your Souls

A kiss of night
A tender of your touch
The feeling of eternity
I fear the night witout you
The vulnerability you given me
As I completely falling in your love

I though of love...
And I though of you
How can I, forgetting you
That every moment of your smile
Angel touch, your souls of mine
Capture my every heart...

As I will always love you...

Kisah-Kisah Lelaki Budiman

Semasa berada di ibu negara hari tu, sempat juga la aku melayan beberapa buah filem terbaru. Walaupun banyak filem baru, tapi pemilihan filem yang dibuat ketika itu pada aku adalah yang terbaik kerana rasa tak rugi menonton..rasa terhibur. Tentulah akan rasa lebih terhibur dan bahagia bila menonton bersama si dia. Pilih punya pilih, akhirnya kami sepakat menonton filem Public Enemies lakonan 'boyfriend' si dia (tak jeles pun) dan juga Obsessed. Tapi pada hari dan waktu yang berlainan la.

Public Enemies memang best. Latar cerita tahun 1930-an mengisahkan sekumpulan perompak bank yang mempunyai semangat setiakawan yang tinggi serta amat licik untuk ditewaskan terutama 'kepala'nya siapa lagi kalau bukan Johny Depp. Biarpun memegang watak jahat, dia tetap hero paling best, menampilkan gaya lakonan yang sungguh berkesan. Walaupun melakukan aktiviti jenayah, dia ada prinsip yang kuat; tak akan libatkan/cederakan orang awam serta seorang yang setia pada kekasih. Memang seronok. Sape yang belum tengok, tengoklah cepat.

Obsessed pula. Cite ni pun best. Plot dan jalan cerita agak simple tapi mesej sangat jelas. Heronya; Idris Elba agak menarik perhatian. Sekali-sekala ketengahkan muka baru okay juga. Ni first time tengok aktor kulit hitam ni. Mengisahkan seorang lelaki yang berjaya; ada kerjaya bagus, keluarga yang harmoni dan isteri yang cantik. Pendek kata semua serba lengkap. Biasalah, ada je dugaan yang datang. Si suami diganggu oleh seorang perempuan yang sakit mental sehingga menghancurkan keluarganya. Namun disebabkan kesetiaan seorang suami terhadap isteri dan keluarga serta kecekalan seorang isteri untuk melindungi keluarganya, akhirnya masalah selesai. Sesuai untuk tontonan lelaki yang bergelar suami, ayah atau pun kalangan lelaki yang akan menuju ke status tersebut.

Sorry Moshuchi Kata

Agak lama aku tak update blog ni. Sepanjang Julai ni tak banyak waktu di pejabat. Bermula 7 & 8 haribulan aku berada di ibupejabat di Putrajaya atas beberapa urusan rasmi dan penting. Kemudian pada 13 & 14 haribulan ada lagi urusan penting lain tetapi masih juga di ibupejabat di bangunan berkubah hijau tepi tasik tu. Manakala waktu-waktu senggang di antaranya aku ambil cuti rehat.

Tak bercuti ke mana-mana pun. Cuma berpusing sekitar Kuala Lumpur sahaja bersama kekasih hati. Perancangan awal nak ke Bandaraya Bersejarah Melaka terbantut atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Lain kali sajalah. Hampir dua minggu aku di Kuala Lumpur dan setiap masa dikhaskan bersamanya. Inilah masa yang boleh 'curi-curi' untuk bersama. Namun kini aku kembali merinduinya.

Kat KL hari tu boleh je nak update blog, kat cc atau kat kedai-kedai yg ada wifi. Tapi aku je malas, rasa macam tak selesa plak. Sori ya Moshuchi Kata.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENGHARGAAN

Terima kasih kerana singgah di MOSHUCHI KATA. Selagi nafas bersarang di dada, selagi itu kita akan berkata-kata. Yang baik dijadikan pedoman, yang sebaliknya dijadikan sempadan. Komen-komen/kritikan membina yang ditinggalkan amat dihargai. Senyum-senyum selalu.