Tuesday, July 28, 2009

Petua Hari Ini

Selain ruangan Peribahasa Hari Ini, aku juga ingin mengelolakan ruangan petua iaitu Petua Hari Ini berdasarkan sumber-sumber rujukan yang ada pada aku ni. Bukan apa, orang kita (Melayu) ni banyak petua yang diperturunkan sejak zaman-berzaman. Kadang-kadang ia masih sesuai dan mujarab untuk dipraktikkan sehingga ke hari ini. Kepada sesiapa yang berkenaan, bolehlah mencuba petua-petua ini ya. Ia bukan direka-reka. Selamat mencuba. Aku juga teringin nak mengulas petua-petua tersebut. Kalau nak ikut, ikutlah. Kalau tak sekadar berkongsi maklumat.

1. Menghalau Nyamuk - Tumbuklah beberapa helai daun limau (bagus kalau limau purut), kemudian diletakkan dalam piring/pinggan. Letaklah piring tersebut pada tempat yang banyak nyamuk terutama di tempat yang gelap. Ulasan : Kaedah yang sama tapi gunalah lingkaran Fumakilla. Tak pun semburlah menggunakan Readset atau Sheltox.

2. Lesung Pipit - Ambil daun betik yang tua dan tumbuk hingga lumat. Perah hingga keluar air. Ambil hampasnya dan sapukan pada pipi (tandakan terlebih dulu). Ulasan : Kalau dah takde lesung pipit, takdelah. Bila diadakan mungkin hodoh jadinya.

3. Kempis Perut - Minumlah air limau nipis yang telah dicampur dengan teh tanpa gula setiap hari. Petua ini untuk orang yang tiada mengidap sebarang penyakit. Perut yang buncit boleh menjadi kempis. Ulasan : Sit-up je 10 kali sebelum tidur dan 10 kali selepas bangun tidur. (Hadi, apa lagi..amalkanlah hehe)

4. Lentik & Lebatkan Bulu Mata dan Kening - Gunakan lendir pokok lidah buaya dan sapukan pada bulu mata dan bulu kening. Lakukan berulang kali setiap masa untuk hasil terbaik. Ulasan : Makan sup lidah buaya. Kalau takde, sup lidah biri-biri pun boleh. Nanti bulu kening lebat macam bulu biri-biri.

5. Kutu Babi - Petik daun sirih bersama tangkainya dan titiskan getah sirih tersebut ke atas kutu babi yang melekat pada kulit tubuh. Ia akan menjadi senang untuk dicabut. Ulasan : Tembak je babi tu. Jangan lupa samak. ???

6. Menegangkan Payu Dara - Layurkan daun sirih yang telah disapukan dengan minyak zaitun di atas api yang sederhana atau menggunakan lilin. Apabila daun terasa suam dan agak layu, tekapkanya ke atas kedua-dua payu dara dan biarkan seketika. Lakukan dua atau tiga kali seminggu. Ulasan : Ermmm...tiada

.....bersambung

7 comments:

marmalade said...

abang patut try yang nombor 6 tuh. nanti kasi tau yati results dia.

tulis benda macam nih pun mesti ada unsur-unsur payu dara. tolonglah! hahahahahahahah

rizal del tapairo said...

ade sesape ke nak guna perkhidmatan menekap bagi petua no 6? sila hubungi geng2 puaka..ekeke..

frankie said...

no 6 tu aku tau ko ada ulasan dia..tp ko segan nak letak kan? ahhahaha

puwawawakah said...

aku nak nengok payudara hadi lebih tegang lepas tips nih...

Encik Moshuchi said...

sis marmalade - abg guna dumble besi 5kg je nak besarkan dada hehe...

tapai & hadi - korang pun bleh cuba no.6 tu..tp bukan tekap kat korang la hihi..

frankie - betul no comment..

puwaka - dah lama ko terliur kat hadi eh..

Al Hadi said...

kenapa la bab camni mesti geng puaka mesti dikaitkan???

kami insan jujur....

Encik Moshuchi said...

yeahh insan jujur..setuju

biasalah tu, kalau tak..tak meriahlah geng puaka tu..

tak sangka lu pun busy awal ogos ni kan...tak banyak entri terpapar.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENGHARGAAN

Terima kasih kerana singgah di MOSHUCHI KATA. Selagi nafas bersarang di dada, selagi itu kita akan berkata-kata. Yang baik dijadikan pedoman, yang sebaliknya dijadikan sempadan. Komen-komen/kritikan membina yang ditinggalkan amat dihargai. Senyum-senyum selalu.