Monday, November 28, 2011

Orang Baru Sedang Menuju

Alhamdulillah syukur kepada Allah.

InsyaAllah Aidilfitri tahun depan aku dan isteri akan menyambutnya bersama ahli keluarga baru. Sekarang ni baru nak memasuki bulan kedua.

Alhamdulillah kerana Dia menganugerahkan anugerah ini kepada kami dengan cepat kerana kami baru sahaja menamatkan tempoh merancang beberapa bulan lalu. Berita ini sangat mengembirakan aku dan isteri serta kedua-dua belah ahli keluarga terutama keluarga sebelah isteri. Kedua orang mertua begitu gembira kerana akan menyambut kedatangan cucu yang ke-3 manakala emak dan ayah aku pula akan mendapat cucu yang ke-29 hehehe...baka Pak Ngah memang hebat-hebat belaka.

Isteri aku paling gembira. Sekarang ni berseri-seri sentiasa. Dah tak bertekanan lagi dah, maklumlah sebelum-sebelum ni selalu berhadapan dengan soalan "bila lagi..bila lagi?" Orang dok ingat dah setahun lebih kahwin tapi belum 'berisi'..tapi orang tak tahu yang kami 'tangguh' dahulu. Lagipun, yang nak sibuk-sibuk tu kenapa kan. Biarlah nak cepat ke, lambat ke..semua tu anugerah Tuhan. Dia lebih mengetahui bila masa dan ketika Dia nak beri. Okay tinggalkan bab itu.

Sekarang ni kami dah mula melakukan banyak persediaan..itu ini yang mana bersangkutan bukan sahaja untuk kebaikan ibu tapi juga si orang baru. Yang pasti persediaan tu tentulah semakin kompleks dari bulan ke bulan. Apapun inilah pengalaman buat kami untuk bergelar ibu dan bapa. Tentu suatu pengalaman yang hebat nanti kan?

Masih terlalu awal lagi untuk bercerita lanjut tentang perkara ini. Entri ini cuma sekadar memaklumkan kepada rakan-rakan mengenai berita gembira ini saja..tak lama lagi kalian akan mendapat anak sedara baru hehehe.

Tak sabar pulak rasanya hehehe...

moshuchi kata : alhamdulillah...

Kolestrol Tinggi

Awal bulan haritu, aku pergi klinik dan buat ujian kesihatan. Tak sakit apa pun, cuma agak lama tak buat 'medical check-up'. Sepatutnya kita kena buat selang setahun ke setidak-tidaknya kan..atau pun 6 bulan. Sanggup ke nak buat 6 bulan sekali kalau sekali buat pun dah RM245 hehehe. Tapi kalau hospital/klinik kerajaan percuma la kot. Aku je yang gatal pergi klinik swasta. Takpelah..

Jadi darah pun diambil, air kencing pun diambil dan macam-macam lagi ujian lain (di badan). Darah dan air kencing dihantar ke makmal, keputusan seminggu baru siap.

Keputusannya..alhamdulillah semuanya okey, semuanya (jantung, gula, buah pinggang, darah) berada pada kedudukan/tahap/paras/fungsi yang normal. Cumanya kandungan kolestrol saja yang sedikit lebih. Kolestrol? Hehehe..macam tak percaya. Kata doktor, parasnya tak tinggi/bahaya cuma jangan dibiarkan. Tambahnya lagi, kena kurangkan makan makanan laut..(alahhh), pastu kena banyak bersenam. Hehehe yang tu aku setuju la, memang aku dah tak seaktif dulu. Mungkin sebab tu kolestrol dalam badan tu tak pecah urai.

Apapun aku bersyukur semuanya baik-baik saja. Bab kolestrol tu tahulah aku nak buat nanti, insyaAllah sekejap saja tu, kembali ke paras normal la nanti. Dengan ketinggian 183cm dan berat 71kg (idealnya 75-80kg), alhamdulillah dah steady dah ni. Perut pun tak memboroi..hehehe penting tu kena jaga.

moshuchi kata : ayuh ketahui tahap kesihatan anda..

Wednesday, November 02, 2011

Oktober Yang Kosong

bulan oktober langsung takde entri huhuhuhu...kosong.
bukan takde cerita atau peristiwa, tapi tak berkesempatan.
sibukkah sangat?
yaaa...(macamlah dia tu PM)
sori oktober...ko takde dalam list kat sebelah tu huhuhu.

Moshuchi Kata : tak tau nak kata apa...

Thursday, September 15, 2011

Bali Aku Datang

bali. tunggu aku datang hujung minggu ni. ada orang cakap kau best, patut pegi. ada orang cakap kau tak berapa best sangat. takpa aku tetap akan pergi juga. nanti barulah aku sendiri yang bagi pandangan tentang kau; best ke tak best.

oasis hotel kuta pulak, kau tunggu ya. aku nak datang menginap di situ. kau pun nampak best dan cantik je menerusi gambar. apapun kita berjumpa nanti, barulah aku boleh kenal kau macam mana.


aku dan isteri akan ke bali sempena menyambut ulangtahun perkahwinan kami yang pertama, merangkap bercuti berbulan madu hehehe. sebagai permulaan, bali kira okeylah. tahun-tahun mendatang ke tempat lain pulak.

apa-apa pun balik dari bali nanti aku ceritakan lagi pengalaman di sana.

moshuchi kata : limau bali rasanya manis-manis pahit...tak suka sangat.

Wednesday, September 07, 2011

Hantu Ketam Di Sabah

sebenarnya entri ni aku nak tulis awal lagi selepas je balik dari sabah. tapi keadaan masa tak mengizinkan pulak. entri yang patutnya ada dalam bulan ogos, menyibuk pulak dalam bulan september ni hehehe.

sebenarnya aku ada tugasan khas yang diarahkan oleh pengurusan tertinggi di sabah pada 18 hingga 20 ogos lepas. aku terima tanpa banyak soal. pertamanya, aku faham sangat tentang tugasan tersebut. aku berpengalaman mengendalikannya sebelum-sebelum ni (mungkin salah satu sebab aku dipilih). keduanya, inilah peluang aku untuk menjejaki kaki buat pertama kalinya ke negeri di bawah bayu.

aku bukan nak bercerita pasal tugasan tersebut. korang tak payah tahu. cumanya sekadar nak berkongsi pengalaman singkat aku kat sana saja.

pukul 7.30 pagi pesawat berlepas dari klia. semasa pesawat nak mendarat di kkia, keadaan agak mencabar maklumlah hujan agak lebat, landasan basah dan pesawat berlegar-legar dulu (kalau pilot boleh hisap rokok macam pilot bas mini, kira habiskan sebatang rokok dulu la) sebelum mendarat. aku ni yang jarang-jarang naik kapal terbang, biasalah macam-macam dalam hati kan. akhirnya selamat. kkia cantik, tepi laut berbanding klia dalam ladang kelapa sawit (tapi cantik juga hehehe).

dari lapangan terbang kkia bergerak ke pejabat MKN Sabah. lepak, borak, bincang, ketawa, serius apa patut (nak makan tak boleh), lebih kurang pukul 2 petang kami (bersama pegawai-pegawai MKN Sabah) bergerak ke pitas dengan 4x4. masa/jarak lebih kurang 4 jam. jalannya pula makk oiii...memang patut la bung mokhtar dok bangkitkan selalu kat parlimen supaya jalan-jalan di sabah ditambahbaikan. akhirnya lewat petang sampai juga kat bandar kudat.

selepas daftar masuk hotel ala-ala asrama kat kudat, kami pergi tepi laut cari restoren makanan laut untuk berbuka. tapi kebanyakkannya tutup. memandangkan waktu berbuka dah dekat (kat sabah pukul 6 lebih dah berbuka hehehe...kiranya aku puasa pendek la hari tu, sahur lambat berbuka pula awal), kami berbuka la kat satu gerai yang bolehlah sekadar alas perut. apapun alhamdulillah.

keesokkannya, selesaikan tugas. selesai.

selepas selesai menunaikan solat jumaat kat masjid kampung pinggan di pitas, kami bergerak balik semula ke kota kinabalu. sepanjang perjalanan, di kiri kanan tak banyak jauh bezanya dengan kawasan pedalaman di semenanjung, cumanya di sini banjaran gunung-ganangnya banyak kelihatan. malah hajat nak tengok gunung kinabalu juga tak tercapai sebab hanya nampak 'separuh pinggang' saja. selebihnya hingga puncak tak kelihatan kerana diselaputi awan putih.

lewat petang juga baru sampai kk. daftar masuk di hotel grand borneo. wahh hotel ni best juga. terletak di 'bandar kedua', satu kawasan baru dibangunkan (nak wujudkan bandar satelit la ni) bagi mengurangkan kepadatan bandaraya kk. di kawasan ni ada pasaraya besar/pusat membeli-belah dan rangkaian hotel-hotel besar yang lain. malah hotel grand borneo ni juga sebangunan dengan pusat membeli-belah. kiranya tempat ni akan menjadi tumpuan utama budak-budak ums la.

aku berbuka ala kadar saja, beberapa ketul kuih sama air soya cincau di sebuah kafe dalam pusat membeli-belah. balik bilik mandi-manda (macam dalam akuarium plak) hehehe. bilik hotel kat sini okay. berbaloi la dengan kelayakan aku. semuanya selesa. kalau datang lagi ke kk, aku akan ke hotel ni lagi kerana kemudahan semuanya ada di sekeliling berdekatan.

akhirnya masa yang ditunggu, hantu ketam akan mengganas hehehe. datang kk kalau tak makan hasil lautnya tak syiokk la kan. bila aku utarakan hajat nak makan ketam je, rakan setugas kata okeh takde masalah, dia belanja semua. wahhh..apa lagi kan (tak malu hehehe). malam tu kami pekena ketam sama udang kapas di sebuah restoren (apa nama, lupa pulak). bestnya boleh pilih ketam-ketam yang masih segar/hidup untuk dijadikan korban..nak yang ni..yang ni..yang ni..

malam tu memang aku melantak tak hengat..siap dengan penukul kecik lagi di tangan tak lepas-lepas. puas makan ketam, udang, ikan sambil diselang-seli dengan kailan ikan masin. memang kenyang sangat malam tu. terima kasih banyak-banyak kepada rakan setugas. tebal juga la dia keluarkan malam tu. haii semua pelaburan tu, dia balik sini aku la pulak kena layan huhuhu. apapun terima kasih kepada mereka.

malam tidur mati, mimpi pun tak berani lintas. sahur pun tak terbangun (tentu marah staf hotel yang buat panggilan kejut sahur..sah tidur mati katanya mungkin). pagi-pagi lagi aku cabut ke lapangan terbang kkia. jam 8.00 pagi pesawat berlepas ke klia. mata asyik memandang bawah ke laut china selatan saja...(ermm taknak fikir yang bukan-bukan).


'akuarium' di bilik hotel

katil yang best


tv skrin rata melekat kat dinding


inilah dia...haiihhh terbaikkk


ermmm...


pusingan pertama....


akhirnya....


penghujung/tanduk pulau borneo di mana bertembungnya laut china selatan dan laut sulu.


inilah yang menjadi ralat tapi memberi motivasi untuk datang semula ke sabah. aku tak berkesempatan nak datang ke sini kerana kekangan masa. kata orang kalau datang sabah tak ke sini umpama tak datang sabah je. ya..aku terima dan setuju. tapi tunggulah, aku akan sampai juga ke sini nanti, insyaallah.


moshuchi kata : aku akan kembali...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENGHARGAAN

Terima kasih kerana singgah di MOSHUCHI KATA. Selagi nafas bersarang di dada, selagi itu kita akan berkata-kata. Yang baik dijadikan pedoman, yang sebaliknya dijadikan sempadan. Komen-komen/kritikan membina yang ditinggalkan amat dihargai. Senyum-senyum selalu.