Tuesday, April 21, 2009

Jawapan Tertunggak...TAG

20 Mac 2009 lalu seseorang telah tag aku..ermm pasal gambar dan jawab itu ini. Tak kisahlah, aku sangat-sangat menghargainya sebab sebelum ni aku tak pernah ditag oleh sesiapa. Tapi aku kecewakan dia sebab baru hari ni nak menjawab..maaflah ye.

Aku dikehendaki melampirkan gambar yang aku paling suka dan menghuraikannya. Okay..inilah gambarnya hehehe.


Inilah gambar paling aku suka (semua gambar aku suka sebenarnya hehehe). Gambar ni dirakam ketika Modul PTD Unggul di INTIM, Kemaman pada Februari 2007. Mereka semua adalah sebahagian ahli Kumpulan 2..kumpulan aku la tu.

Kenapa aku suka gambar ni? Tu..tengok tu budak yang melutut kat tengah-tengah tu..macam mengada je. Muka pun macam budak 17 tahun je (padahal 27 tahun masa tu) kehkehkeh.

Jadi, itulah gambar paling aku suka. Terjawab sudah. Ermm aku rasa takmau tag sapa-sapa la. Boleh ke? Boleh la eh.

Tak Puas Hati Dengan Aku

Memang tak puas hati, sepatutnya entri ni dulu tersiar sebelum Perihal Kencing tu..camne ntah bleh silap teknikal, hampehh.

Ramai orang (ramai ke?) yang tak puas hati ngan aku kebelakangan ni. Alaa dah tu nak buat camne, nak puaskan hati semua orang memang susah.

1) Beberapa teman rapat tak puas hati sebab blog aku tak diupdate selepas Entri Terakhir...sori la, aku sibuk dan takde mood la nak menulis. Ohh korang rindu kat aku eh? Kehkehkeh...

2) Beberapa orang staff aku yang "Alaa Encik Shuko ni...(yang pompuan la)" selepas aku 'bambu' dorang dalam mesyuarat pengurusan dan kewangan jabatan. Hahh main-main lagi..hehehe demi kebaikkan.

3) Pakcik aku yang "Amboii hang ni sibukkk memanjang" bila asyik dia je yang kena jenguk Tok aku selepas Tokwan 'takdak'. Alaa rileks la Pakcik..tu pun nak berkira. Aku dan Tok saling memahami..cehh hehehe.

4) Aku sendiri yang tak puas hati dengan diri aku bilamana kadang-kadang aku lemah dan tidak berdaya kerana melakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya (tapi aku gembira).

Hahh..nape, masih tak puas hati ngan aku???

Perihal Kencing

Kencing. Kasar ke bunyinya? Atau buang air kecil baru sopan sikit? Betul la tu..yang penting tahu suasana dan ketika bila mengungkapkannya. Orang Kedah lagi senang, tak mau panjang-panjang.."Kencin" saja hehehe.

Teringat sorang teman rapat pernah bertanya adakah aku kencing berdiri. Uurrpp..camne tu nak jawab sebab teman tu pompuan huhuhu (kalau laki yang tanya buat jadah apa kan). Sambil gelak-gelak aku pun jawablah. Duduk dan kadang-kadang berdiri, tengok tempat juga la..kata/jawab aku. Lagipun lelaki memang camtu, berdiri lagi selesa kata aku lagi (sambil ketawa malu-malu).


Macam mana boleh terborak pasal tu aku pun tak tau, akhirnya ia tenggelam dalam bahak-bahak ketawa.

Sebut pasal kencing ni, orang Melayu atau orang tua-tua memang menyarankan supaya bila kencing hendaklah duduk kerana lebih sopan dan tertib bagi lelaki. Pompuan? pompuan memang la kena duduk, kalau berdiri..ermm camne eh? Bayangkan..bayangkan...hoiii!!!!. Bila berdiri ia menggambarkan perilaku yang kurang sopan/baik. Sebab itu adanya peribahasa "bapak kencing berdiri anak kencing berlari".

Bila tanya seorang teman ni pula, katanya orang tua-tua sarankan begitu bukan apa supaya seluar tak kotor kena lelehan air kencing bila kencing duduk. Tambahnya lagi, orang dulu-dulu selalu pakai kain pelikat je, sebab tu kena duduk bila kencing. Ermm macam-macam.

Kalau tengok kat tandas awam plak, lelaki-lelaki Melayu jarang yang kencing di mangkuk kencing tetapi sanggup tunggu giliran untuk masuk ke tandas/bilik. Padahal dalam tu tetap juga kencing berdiri. Cuma masih bersopan dan ada adab serta perasaan malu. Baguslah.

Tapi kencing berdiri memang suatu keselesaan kepada lelaki. Mungkin sebab tu juga kejadian organ sulit lelaki begitu..terarah ke luar hehehe. Teringat pula nasihat sorang teman paling rapat supaya jangan biarkan minyak kereta sampai kering, nanti kena kencing sorang sikit hehehe. Aku jawab "Lelaki takpe, sebab memang dah macam hodzel pam minyak pun" kehkeh.

Monday, April 13, 2009

Tok Mat Chai Dalam Kenangan

Al-Fatihah.

8hb. April...tugas aku di sebuah bukit telah selesai. Balik ke Alor Setar terus ke rumah Tokwan sebab dia sedang sakit (kompilasi jantung, jangkitan paru-paru ditambah sakit tua..umur dah 91 tahun pun). Malam tu sempat aku bersama ayah dan Pakcik (adik ayah) memandikan Tokwan.

9hb. April...di pejabat lebih kurang jam 3.15 petang, sedang aku enak mendengar ucapan PM sebelum pengumuman Kabinet baru, Pakcik telefon. "Balik kaihh, Tokwan hang takdak dah" berbunyi di hujung talian.

Setelah berbincang kaum kerabat tertinggi, kami putuskan untuk simpan Tokwan pada hari tu juga. Aku juga turut memandikan arwah, mengkafankan arwah (ilmu pengurusan jenazah semasa di DPA sedikit-sebanyak dapat digunapakai). Arwah disembahyangkan oleh lebih 200 orang, sesuatu yang sangat diluar jangkaan.

Sebelah paginya hujan turun mencurah-curah seperti biasa kerana Alor Setar sekarang sentiasa dimandikan hujan. Namun pada petang itu, awan-awan yang sarat dengan air hanya menahan diri dari terjun sehinggalah Tokwan selesai disimpan. Rahmat yang Maha Kuasa.

Kira-kira jam 6.20 petang, talkin pun dibacakan. Sebelum itu, aku juga bersama-sama menurunkan arwah ke dalam liang lahad, mengiringkannya, menyendal tubuhnya dengan ketulan-ketulan tanah liat dan merungkaikan tali kafannya.

Walaupun suasana pilu masih menyelubungi, namun pemergian Tokwan begitu mudah dan tenang sekali. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Al-Fatihah.

* simpan - bermaksud dikebumikan bagi orang Kedah.

Kembali...

Aku kembali...

Kembali selepas lama tak mengadap blog ni, menulis sesuatu dan berkongsi sesuatu. Selepas 8hb. April...aku cuma sekadar membelek-belek dan membaca blog-blog korang, tapi aku sendiri belum ada mood nak menulis..rasa seperti tak tahu menulis dan tak tahu nak bercerita.

Kepala masih bengong-bengong dengan tugasan yang baru selesai..tugasan yang menuntut batang tubuh, biji mata dan kepala otak bekerja dalam suasana tegang dan menyongsang. Tak perlulah korang tahu semua tu.

Tapi bila buka blog Hadi senak perut aku asyik tergelak dan tersenyum. Well done Brokos (Brother Sickos) hehe...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENGHARGAAN

Terima kasih kerana singgah di MOSHUCHI KATA. Selagi nafas bersarang di dada, selagi itu kita akan berkata-kata. Yang baik dijadikan pedoman, yang sebaliknya dijadikan sempadan. Komen-komen/kritikan membina yang ditinggalkan amat dihargai. Senyum-senyum selalu.