Sunday, July 05, 2009

Siot La Mamat Ni

Siot betul. Memalukan. Mencemarkan imej Islam dan Melayu. Dah tua tapi kaki ekor. Muka tak tahu malu. Aduuhh..ada juga manusia bahalolll macam ni.

Manusia itu tidak sempurna, betul. Adakah ini juga dikategorikan sebagai tidak sempurna? Tak sempurnakah akal dan fikiran dia? Kesian. Tapi macam s**l.

Layan Notting Hill Kat Ofis

Hari ini, Ahad. Aku bekerja dan korang kebanyakkannya bercuti, lepak-lepak kat rumah, santai, keluar jalan-jalan. Takpelah. Tapi hari ni seronok juga sebab dapat layan filem favourite aku hehe..Notting Hill. Tak sangka plak TV2 tayangkan cerita ni pukul 3.00 petang tadi. Aku pun kat ofis tadi layanlah. Semua kerja aku petang tadi tetap berjalan macam biasa, cumanya ia dilakukan di bilik sumber hehehe..bilik di mana TV ofis aku berada. Ermm seronok sangat layan, maklumlah agak lama tak tengok balik. Pasti ada antara korang yang tengok kan? Macam mana, betul tak pendapat aku tentang filem ni (rujuk entri 10 Filem Kegemaran Aku)..best kan? Kalau tak setuju, lantak koranglah. Aku suka tengok watak Spike. Sangat kelakar dan gila-gila. Tapi dia seorang kawan yang baik.

Babak yang sangat menyentuh hati. Antara dialog "...walaupun terkenal, saya tetap seorang perempuan..berdiri di hadapan seorang lelaki..minta diri untuk dicintai". Ermm camtu la lebih kurang.


Happy Ending akhirnya.


Hahaha...Spike, sangat kelakar. Busuk, comot, stail baju singkat nampak perut..hehehe

Gila dan romantik. Pakai baju ni nak pegi dating hehehe. Yeahhh..aku setuju. You're the most beautiful women in the world.


"Errrr..i'm just checking" Hahaha...kelakar la mamat ni.


Spike yang sebenar.



The Travel Book Co., antara latar dalam filem ini. Ia menjadi terkenal selepas filem Notting Hill.

Saturday, July 04, 2009

Anda Tidak Keseorangan (You Are Not Alone)

Entri ni memang ada kaitan dengan lagu tema (waktu ini) blog aku. Tapi lagu tu bukan semata-mata nak mengenangkan MJ cuma terasa sesuai pulak dengan suasana dan keadaan sekarang ni. Kalau MJ tak mati sekalipun, lagu ini akan aku pilih untuk letak dalam blog. Itulah kebetulan. Apapun harap semoga MJ pergi dan disempurnakan sebagai seorang Muslim, diterima olehNya sebagai seorang Muslim.

Anda tidak keseorangan, aku tidak keseorangan dan kita tidak keseorangan. Ada masanya, setiap daripada kita akan berada dalam suatu keadaan yang seolah-olah hanya kita seorang sahaja yang ada. Kita sendirian, kita keseorangan, kita kesunyian, kita ketakutan, kita kerisauan dan seumpamanya (cikgu BM aku mesti dah ketuk kepala kalau tengok diulang banyak kali perkataan 'kita' tu..hehe cerita lama).

Kalau kita berasa keseorangan, sebenarnya kita masih ada orang di sekeliling kita. Kita ada ahli keluarga; ibu ayah serta adik-beradik, rakan-rakan dan yang paling penting adalah sahabat-rakan yang paling rapat; yang selalu bersama kita, mengambil tahu pasal kita dan bersama-sama kita suka atau duka. Cuma soalnya bagaimana hubungan kita serta tahap kemesraan atau keakraban kita dengan mereka. Ada sesetengah orang lebih akrab bersama teman-teman berbanding keluarga/adik-beradik dan begitu juga sebaliknya. Manakala bonus kepada mereka yang sangat rapat atau mesra dengan kedua-duanya.

Mesra dan akrab di sini ialah suatu keadaan di mana kita boleh berkongsi berbagai cerita bersama, keluh-resah, masalah, minta pandangan, pertolongan dan sebagainya. Kita tidak merasakan adanya suatu tembok yang boleh menghalang untuk kita berinteraksi bersama, rasa ketidakselesaan itu tidak wujud. Malah ada ketikanya kita boleh berkongsi sesuatu walaupun ia suatu kerahsiaan kepada kita. Kunci utamanya dalam apa jua bentuk hubungan adalah adanya rasa saling hormat-menghormati dan saling mempercayai (respect and trust).

Ada teman-teman yang akan berasa keseorangan oleh berbagai sebab; soal kerja (outstation/oversea, kesibukan yang terlampau), masalah peribadi, masalah keluarga, masalah ekonomi dan sebagainya. Sebenarnya kita tidak keseorangan. Masih ada orang lain, terutama sekelompok teman-teman rapat yang boleh memberi perhatian kepada kita. Dengan sebab itu, hubungan bersama teman-teman rapat perlu dijaga sebaik mungkin. Ada ketikanya, kuasa seorang kawan lebih besar daripada orang lain walaupun saudara sendiri. Cukup senang untuk mencari kawan, tetapi untuk mencari yang sanggup susah senang atau 'sanggup mati kerana kawan' bukanlah mudah.

Jangan bebankan emosi dan minda. Kita tidak keseorangan. Kita perlukan perhatian, kita perlukan teman dan kawan-kawan. Menurut ilmu Sosiologi Barat, manusia itu adalah haiwan (mamalia) yang perlu hidup secara berkelompok (bersosial), bermasyarakat, perlu saling bergantung antara satu sama lain, jika hidup bersendirian mereka akan mati. Tokoh Sosiologi Islam Ibn Khaldum pula menegaskan bahawa manusia itu adalah insan yang perlu mempunyai hubungan yang rapat sesama mereka dan juga hubungan yang rapat dengan Penciptanya.

Sebenarnya ramai orang yang memberi perhatian kepada kita walaupun di waktu itu kita merasakan keseorangan. Sayangilah keluarga dan rakan-rakan terutama teman-teman rapat, peliharalah hubungan itu sebaiknya, selamanya. You Are Not Alone.

Friday, July 03, 2009

Terasa Sunyi

Tak pelik kalau aku terasa sunyi. Kerana dari kecil aku biasa sunyi dan tersunyi. Bila aku tak dapat seperti apa yang kanak-kanak lain dapat, aku terasa sunyi. Itulah sunyi aku..kerana senyuman di bibir tidak terukir dan meriah bermain-main seperti mereka.

Soal hati dan perasaan juga, aku telah lama terasa sunyi. Sunyi yang amat sangat sehingga menyamai separuh daripada usia. Tapi kesunyian itu kini telah terubat.

Tapi pelik juga kalau aku terasa sunyi kerana aku dikelilingi rakan-rakan yang sukar untuk membuatkan aku berasa sunyi. Hari-hari dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti yang tidak menyunyikan. Tapi betul, manusia itu kadang-kadang tetap terasa sunyi walaupun berada di tengah-tengah jutaan manusia lain. Sejak ketiadaan Lelabu, malam-malam aku terasa juga sunyinya.

Namun tiga empat hari ini, terasa sunyi sangat. Malamnya. Aku tidak suka. Aku tahu ia hanya sementara.

Wednesday, July 01, 2009

Membuka Pintu Julai

Takde apa nak tulis. Takde idea. Kepala sakit. Banyak kerja. Buka blog cuma nak baca bahan-bahan yang kawan tulis. Tapi kawan-kawan pun sama juga, mungkin bukan masanya berghairah menulis. Semuanya kesibukan barangkali. Bila bersiap-siap untuk balik dan meninggalkan pejabat, teringat hari ni 1 Julai. Apa salahnya tulis satu entri sebagai membuka pintu Julai. Ermmm memaksa walaupun badan agak letih.

Puas aku berfikir, apakah yang istimewanya bulan Julai dalam hidup aku atau yang bersangkutan dengan aku. Ermm takde sangat. Hari-harinya semuanya berlalu seperti biasa, mencukupkan kitaran sebelum Ogos mengambil alih tugas. Julai punya pasal ada satu cerita. Cerita lama kira-kira 22 tahun yang lalu. Aku sendiri sudah tidak ingat adakah peristiwa ini berlaku di bulan Julai. Kecil sangat lagi masa tu. Kecil-kecil pun akulah yang paling tinggi dan berani di kalangan kawan-kawan aku waktu itu.

Kisahnya, aku terjatuh dari julai pokok Keriang Dot sewaktu sedang leka memetik buah-buahnya yang hitam berkilat dan meranum. Agak tinggi juga. Tapi nasib baik aku tidak mengalami kecederaan atau kepatahan tulang-temulang. Tetapi kejadian itu tetap meninggalkan sedikit parut di badan aku. Begitu juga satu lagi peristiwa di mana aku disengat oleh 22 ekor tebuan sehingga dimasukkan ke Hospital Alor Setar. Waktu itu umur aku baru berusia 8 tahun. 2 hari 1 malam juga bercuti di katil hospital. Apa yang terjadi? Ermm, aku dan kawan-kawan berlawan UFO iaitu membaling secara menyereng kulit kepah (UFO kami panggil) yang nipis supaya mengenai sarang tebuan di julai pokok asam jawa. Akhirnya UFO mengena dan kami pun terkena. Padan muka, buas sangat.

Budak-budak kampung sewaktu kecil memang cergas dan lincah. Orang kampung kata buas. Masuk hutan itu, naik bukit ini, terjun paya sana, mandi sungai ini..semua dibuatnya, diterokainya. Berbeza dengan budak bandar, memanjat pokok pun tak pandai apatah lagi nak sampai ke pucuk kelapa atau merangkak ke dasar sungai. Tapi itulah, tidak salah walau di mana kita membesar. Yang penting adakah peristiwa atau pengalaman-pengalaman sewaktu zaman kanak-kanak itu membantu mendewasakan kita. Kadangkala kehidupan yang sukar di waktu kecil memberi kekuatan untuk terus melangkah sehingga hari ini. Namun kadangkala keselesaan sewaktu kecil tidak cukup memberi kekuatan tambahan untuk berdiri teguh apabila dewasa. Orang Melayu lama telah menciptakan sebuah peribahasa yang cukup bermakna, "dibuang ke hutan menjadi gunung, dicampak ke laut menjadi pulau". Itulah yang kita inginkan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENGHARGAAN

Terima kasih kerana singgah di MOSHUCHI KATA. Selagi nafas bersarang di dada, selagi itu kita akan berkata-kata. Yang baik dijadikan pedoman, yang sebaliknya dijadikan sempadan. Komen-komen/kritikan membina yang ditinggalkan amat dihargai. Senyum-senyum selalu.