Monday, December 05, 2011

Jawapan Kepada Mata Kucing

Korang suka makan buah mata kucing? Sedap kan? Aku pun suka.
Tapi pernahkah kita terfikir bagaimana buah ini mendapat namanya? Mungkin pernah terfikir tapi tak tahu jawapannya. Atau malas nak fikir, makan saja.

Tapi rata-rata daripada kita tentu mengatakan bahawa buah ini mendapat nama sebab rupa bentuknya yang seperti mata kucing. Betul ke? Mungkin. Aku pun beranggapan begitu. Tapi cuba tengok gambar di bawah, ada ke rupanya macam mata kucing? Bolehlah asalkan bulat kan. Mata kita pun bulat juga hehehe. Biasanya kita malas nak fikir dalam-dalam, kita makan saja.

Tapi baru-baru ni aku dah temui jawapan mengapa ia dipanggil buah mata kucing, dan aku mengakuinya. Semuanya bermula bilamana isteri aku minta tolong kupaskan buah mata kucing banyak-banyak dan simpan dalam peti ais seketika sebelum dimakan. Cara begitu lebih sedap katanya. Ketika inilah aku mulai perasan ada benarnya mengapa ia dipanggil buah mata kucing. Cuba lihat gambar di bawah. Bagaimana?


Malah bila dah dimakan dan tinggal biji-biji saja, ia masih lagi menyerupai mata kucing. Jadi benarlah, orang-orang lama dahulu memang hebat dalam memberikan nama. Bukan saja-saja main letak/sebut saja tapi ia dilakukan setelah melalui proses 'penyelidikan'. Memang hebat.


Buah mata kucing sekarang sekilo Rm7 - RM9 mengikut saiz. Jom beli.


Moshuchi Kata : ..mencari jawapan 'biru mata hitamku'..

Thursday, December 01, 2011

Minum Pati Buah-Buahan Keluarga Berri

Tentu korang pernah dengar tentang nama Monavie ni kan? Ia adalah sejenis produk berupa minuman kesihatan yang diperbuat daripada campuran pelbagai jenis buah-buahan terutama dari keluarga berri.

Dah lama aku terbaca tentang produk ni selain dah melihat sendiri beberapa testimoni yang menunjukkan khasiatnya. Jadi apa salahnya mencuba kan..cuma beli dan minum. Macam kita beli produk Ribena atau Sunquick kat pasaraya juga.

Untuk pertama kali ni aku beli jenis Pulse yang warna merah ni. Monavie Pulse ni mengandungi jus yang dicampur dengan 18 jenis buah yang penuh khasiat, iaitu Epal, Acerola, Aronia, Kranberi, Blueberi, Delima, Camu Camu, Bilberi, anggur Concord, Nanas, Prickly Pear, Elderberi, Yumberi, Blackberi, Cheri, Raspberi, Strawberi dan Cupuacu.


Antara khasiat utama Monavie Pulse adalah :

• Menurunkan kadar kolesterol secara semulajadi
• Melindungi jantung dan sistem kardiovaskular
• Membantu mengekalkan level kolesterol yang baik
• Melawan kerosakan oksidatif dan penuaan
• Memberi kesihatan jantung yang sihat dari plant sterois dari tumbuhan, resveratrol dan asid lemak Omega 3
• Diformulakan secara saintifik dengan jantung sebagai sasaran
• Sumber antioksidan yang hebat

Monavie Pulse ni amat baik untuk kesihatan jantung. Ia sesuai digunakan untuk merawat sakit jantung, darah tinggi, kanser, gout, diabetis, dan strok. Ia boleh diminum oleh semua peringkat umur. Kalau terbukti ia berkhasiat dan bagus, aku bercadang nak beli untuk mak ayah dan mak abah di kampung pula.

Banyak maklumat boleh didapati melalui laman-laman web berkaitan Monavie.

Moshuchi Kata : 'Berri Hitam' pun ada juga hehehe..

Monday, November 28, 2011

Orang Baru Sedang Menuju

Alhamdulillah syukur kepada Allah.

InsyaAllah Aidilfitri tahun depan aku dan isteri akan menyambutnya bersama ahli keluarga baru. Sekarang ni baru nak memasuki bulan kedua.

Alhamdulillah kerana Dia menganugerahkan anugerah ini kepada kami dengan cepat kerana kami baru sahaja menamatkan tempoh merancang beberapa bulan lalu. Berita ini sangat mengembirakan aku dan isteri serta kedua-dua belah ahli keluarga terutama keluarga sebelah isteri. Kedua orang mertua begitu gembira kerana akan menyambut kedatangan cucu yang ke-3 manakala emak dan ayah aku pula akan mendapat cucu yang ke-29 hehehe...baka Pak Ngah memang hebat-hebat belaka.

Isteri aku paling gembira. Sekarang ni berseri-seri sentiasa. Dah tak bertekanan lagi dah, maklumlah sebelum-sebelum ni selalu berhadapan dengan soalan "bila lagi..bila lagi?" Orang dok ingat dah setahun lebih kahwin tapi belum 'berisi'..tapi orang tak tahu yang kami 'tangguh' dahulu. Lagipun, yang nak sibuk-sibuk tu kenapa kan. Biarlah nak cepat ke, lambat ke..semua tu anugerah Tuhan. Dia lebih mengetahui bila masa dan ketika Dia nak beri. Okay tinggalkan bab itu.

Sekarang ni kami dah mula melakukan banyak persediaan..itu ini yang mana bersangkutan bukan sahaja untuk kebaikan ibu tapi juga si orang baru. Yang pasti persediaan tu tentulah semakin kompleks dari bulan ke bulan. Apapun inilah pengalaman buat kami untuk bergelar ibu dan bapa. Tentu suatu pengalaman yang hebat nanti kan?

Masih terlalu awal lagi untuk bercerita lanjut tentang perkara ini. Entri ini cuma sekadar memaklumkan kepada rakan-rakan mengenai berita gembira ini saja..tak lama lagi kalian akan mendapat anak sedara baru hehehe.

Tak sabar pulak rasanya hehehe...

moshuchi kata : alhamdulillah...

Kolestrol Tinggi

Awal bulan haritu, aku pergi klinik dan buat ujian kesihatan. Tak sakit apa pun, cuma agak lama tak buat 'medical check-up'. Sepatutnya kita kena buat selang setahun ke setidak-tidaknya kan..atau pun 6 bulan. Sanggup ke nak buat 6 bulan sekali kalau sekali buat pun dah RM245 hehehe. Tapi kalau hospital/klinik kerajaan percuma la kot. Aku je yang gatal pergi klinik swasta. Takpelah..

Jadi darah pun diambil, air kencing pun diambil dan macam-macam lagi ujian lain (di badan). Darah dan air kencing dihantar ke makmal, keputusan seminggu baru siap.

Keputusannya..alhamdulillah semuanya okey, semuanya (jantung, gula, buah pinggang, darah) berada pada kedudukan/tahap/paras/fungsi yang normal. Cumanya kandungan kolestrol saja yang sedikit lebih. Kolestrol? Hehehe..macam tak percaya. Kata doktor, parasnya tak tinggi/bahaya cuma jangan dibiarkan. Tambahnya lagi, kena kurangkan makan makanan laut..(alahhh), pastu kena banyak bersenam. Hehehe yang tu aku setuju la, memang aku dah tak seaktif dulu. Mungkin sebab tu kolestrol dalam badan tu tak pecah urai.

Apapun aku bersyukur semuanya baik-baik saja. Bab kolestrol tu tahulah aku nak buat nanti, insyaAllah sekejap saja tu, kembali ke paras normal la nanti. Dengan ketinggian 183cm dan berat 71kg (idealnya 75-80kg), alhamdulillah dah steady dah ni. Perut pun tak memboroi..hehehe penting tu kena jaga.

moshuchi kata : ayuh ketahui tahap kesihatan anda..

Wednesday, November 02, 2011

Oktober Yang Kosong

bulan oktober langsung takde entri huhuhuhu...kosong.
bukan takde cerita atau peristiwa, tapi tak berkesempatan.
sibukkah sangat?
yaaa...(macamlah dia tu PM)
sori oktober...ko takde dalam list kat sebelah tu huhuhu.

Moshuchi Kata : tak tau nak kata apa...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENGHARGAAN

Terima kasih kerana singgah di MOSHUCHI KATA. Selagi nafas bersarang di dada, selagi itu kita akan berkata-kata. Yang baik dijadikan pedoman, yang sebaliknya dijadikan sempadan. Komen-komen/kritikan membina yang ditinggalkan amat dihargai. Senyum-senyum selalu.