Thursday, December 01, 2011

Minum Pati Buah-Buahan Keluarga Berri

Tentu korang pernah dengar tentang nama Monavie ni kan? Ia adalah sejenis produk berupa minuman kesihatan yang diperbuat daripada campuran pelbagai jenis buah-buahan terutama dari keluarga berri.

Dah lama aku terbaca tentang produk ni selain dah melihat sendiri beberapa testimoni yang menunjukkan khasiatnya. Jadi apa salahnya mencuba kan..cuma beli dan minum. Macam kita beli produk Ribena atau Sunquick kat pasaraya juga.

Untuk pertama kali ni aku beli jenis Pulse yang warna merah ni. Monavie Pulse ni mengandungi jus yang dicampur dengan 18 jenis buah yang penuh khasiat, iaitu Epal, Acerola, Aronia, Kranberi, Blueberi, Delima, Camu Camu, Bilberi, anggur Concord, Nanas, Prickly Pear, Elderberi, Yumberi, Blackberi, Cheri, Raspberi, Strawberi dan Cupuacu.


Antara khasiat utama Monavie Pulse adalah :

• Menurunkan kadar kolesterol secara semulajadi
• Melindungi jantung dan sistem kardiovaskular
• Membantu mengekalkan level kolesterol yang baik
• Melawan kerosakan oksidatif dan penuaan
• Memberi kesihatan jantung yang sihat dari plant sterois dari tumbuhan, resveratrol dan asid lemak Omega 3
• Diformulakan secara saintifik dengan jantung sebagai sasaran
• Sumber antioksidan yang hebat

Monavie Pulse ni amat baik untuk kesihatan jantung. Ia sesuai digunakan untuk merawat sakit jantung, darah tinggi, kanser, gout, diabetis, dan strok. Ia boleh diminum oleh semua peringkat umur. Kalau terbukti ia berkhasiat dan bagus, aku bercadang nak beli untuk mak ayah dan mak abah di kampung pula.

Banyak maklumat boleh didapati melalui laman-laman web berkaitan Monavie.

Moshuchi Kata : 'Berri Hitam' pun ada juga hehehe..

7 comments:

marmalade said...

beli kat mana ni bang? and berapa ringgit?
macam mana nak minum nih, just bancuh ke or can drink straight away?

but nih bukan mcm ribena kan? because ribena tuh kandungan gula dia tinggi.

Encik Moshuchi said...

beli kat kawan ofis ni, suami dia pengedar. harga rm85 je. tapi kalau harga pasaran (bukan melalui pengedar) dlm seratus lebih..rm120-rm150 camtu.

malam tadi abang mula minum. panduannya; minum 2 kali sehari, pagi petang atau siang malam ke pun boleh. ia adalah pati buah original, boleh diminum macam tu terus je, tak perlu bancuh ke apa. dah disediakan cawan kecil sebagai panduan minum, sikit je. rasanya okey, rasa2 buah.

kalau baca testimoni orang2 yg dah sihat/pulih mmg banyak, tapi kita tak kenal dorang. cuma satu contoh yg kita kenal ialah pelakon normala omar isteri pelakon zulkifli zain tu, dia kan dulu hampir buta sebab masalah mata. sekarang dah pulih sepenuhnya malah jadi duta pun. tapi yg menguatkan hati abang ialah masa balik raya haji lepas, jumpa sendiri dgn orang yg minum monavie, memang berkesan dan terbukti berkhasiat. dalam masa 3 minggu dah menunjukkan hasil.

monavie ni mudah je cuma minum saja macam minum air setiap hari. ia sesuai utk semua lapisan umur dan khasiatnya meliputi pelbagai jenis penyakit. malah orang yg tak sakit pun boleh je minum, bukan nak tunggu sakit baru minum. mudah je kan..

abang rasa mungkin bapak boleh cuba minum monavie ni kan. monavie yg kaler hijau tu adalah dikhususkan untuk golongan yang berusia (mungkin kandungannya disesuaikan dgn pelbagai penyakit golongan berumur).

tapi apapun kita boleh cari maklumat/baca/kaji dll tentangnya sebelum mencuba. pada abang, abang rasa oke dan tak perlu tunggu bila sakit baru nak minum/cari ubat.
tak salah cuba.

isshhhhh macam promoter plak aku nih kehkehkeh...

marmalade said...

hahaha tulah! panjang benar balasan komen nih. hihihi. bapak susah sikit bab makan. sebab dia ada banyak medication and tak semua benda dia boleh amik. kena jaga diet dia. kalau yati nak try, macam mana?

Encik Moshuchi said...

oh ye ke..takpelah asalkan dia sihat2 je.
kalau yati nak try oke je. boleh cuba yg kaler purple tu, kawan abang cakap yg purple tu nipis2 je hehe..pastu merah, kuning n lastly hijau.
botol dia pun cantek hehehe..

Al Hadi said...

teringin gak aku nak merasa blekberi tuh. aku nak order sebotol.

Encik Moshuchi said...

hadi - rasa oke manis2 buah je blekberi tu hehehe. oke bila nak nanti roger aku..confirm balik.

Penjejak cinta Arasi said...

wahh...murah la bang...rm85.. sebab setahu sy harga yg saya pnh jumpa sbl0m ni....rm150 je semua..hu3..agak2 kl sy nak harga murah jg b0leh ke? heheee... =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENGHARGAAN

Terima kasih kerana singgah di MOSHUCHI KATA. Selagi nafas bersarang di dada, selagi itu kita akan berkata-kata. Yang baik dijadikan pedoman, yang sebaliknya dijadikan sempadan. Komen-komen/kritikan membina yang ditinggalkan amat dihargai. Senyum-senyum selalu.