Friday, June 08, 2012

Euro 2012 - Tim Pilihan

Sehari dua lagi kejohanan bola sepak terbesar di Eropah akan bermula. Ini juga merupakan 'demam bola' bagi peminat-peminat sukan bola sepak selain 'demam tak kebah-kebah' Kejohanan Piala Dunia.

Setiap orang ada tim/pasukan pilihan masing-masing. Aku? Macam biasalah tim pilihan aku tentulah England. Ini tim popular walaupun prestasi mereka belum tentu mereka dapat pergi jauh dalam kejohanan. Memilih England adalah sekadar pasukan popular untuk ditonton, samada mereka menang atau kalah, itu tak penting. Entah kenapa.

Tapi tim yang aku pilih untuk merangkul kejuaraan di Poland-Ukraine ini adalah pasukan Ayam Jantan, Perancis. Tim ni memang hebat dalam perjalanan sejarah mereka sejak dahulu sehingga kini. Ramai pemain hebat dunia datangnya dari pasukan negara ini. Walaupun prestasi mereka sejak akhir-akhir ni tidaklah memberangsangkan seperti ketika era Blanc, Deshamps, Zidane, Desaily, Petit, Djourkaef, Thuram dan Bartiez sehingga muncul juara Piala Dunia 1998 dan juara kejohanan ini pada tahun 2000, tetapi tim ini dilihat mampu pergi jauh.

Jadi, pilihan menjadi jura kejohanan Euro kali ini aku memilih Perancis. Sama-samalah kita tunggu dan lihat. Anda bagaimana?

Moshuchi Kata : suka dengar orang Perancis bercakap...

Thursday, June 07, 2012

WWW1 vs D7

Hai baru-baru ni kecoh pasal isu nombor pendaftaran kenderaan WWW1. Berani betul 'mamat' tu ye, sebelum ni ada kes dengan Sultan Perak, sekarang dengan Sultan Johor pulak. Okey lupakan pasal dia tu, tak nak campur.

Tapi apa yang aku nak cerita kat sini berkaitan dengan nombor pendaftaran kenderaan juga. Lagi hebat dari WWW1..iaitu D7. D ni merujuk kepada negeri Kelantan lah kan, manakala D7 pula adalah merujuk kepada Bahagian Kongsi Gelap/Perjudian/Maksiat, Jabatan Siasatan Jenayah PDRM. Jadi tentulah nombor ini juga hebat dan menjadi rebutan.

Kebanyakkan orang yang suka kumpul nombor pendaftaran unik akan masuk ke kampung-kampung, sebabnya orang kampung yang membeli kenderaan sekitar tahun 60-an atau 70-an dulu masih memiliki kenderaan tersebut. Lagipun orang kampung pakcik-pakcik ni mana tahu sangat pasal kelebihan di sebalik nombor-nombor unik ni kan.

Alkisahnya, ada la seorang pengumpul nombor pendaftaran unik ni pergi ke rumah sahabatnya yang berada di sebuah kampung pedalaman di Kelantan. Beberapa hari di sana, ternampaklah dia seorang pakcik dengan kapcai buruk Honda C70 berulang-alik ke kebun getah. Bila ternampak D7 kat motor buruk tu, wahh apa lagi berkobar-kobarlah hati dia. Gila..D7 siapa yang tak nak kan.

Suatu pagi, dia mengajaklah sahabatnya tu pergi ke rumah pakcik motor tu. Sahabatnya kenal orang tua tu, Pak Mail Kawe orang panggil dia. Maka pergilah mereka dengan tujuan untuk membeli nombor tersebut.

Lelaki : "Pakcik, saya ni pengumpul motor klasik, ada bengkel di KL. Saya suka cari motor-motor lama terutamanya Honda C70 ni, buat elok-elok balik dan jual semula. Tak sangka jumpa juga motor ni di kampung ni.."

Pak Mail Kawe : "Ohh..lagu tu ko. Pokcik pun suko motor ni jugok. Kuat ni mace gajoh, naik bukit turun bukit masuk hutan masuk kebun.."

Lelaki : "Pakcik juallah kat saya motor ni, beli yang baru. Lagi kuat takde rosak-rosak ke apa ke. Sekarang motor baru semua bagus-bagus..."

Pak Mail Kawe : "Kalu pokcik beli baru, nanti anok laki pokcik bawak gi rempit-rempit pulok..lagipun mano ado duit nak beli hok baru. Duit getah berapo yo..."

Lelaki : Takpe pakcik..pakcik jual kat sayalah. Saya beli cash RM5000. Esok pakcik boleh pergi beli motor baru. Macam mana?

Pok Mail Kawe : "Hehehehe...(kemudian menghirup kopi). Mace ni lah anok weii...pokcik tahu pasa apo mu ni nak beli motor pokcik, bukan nak ke motor tu sangat tapi mu nak ke nombo plate tu jo...guana, betoo? Ni pokcik nak ghoyak la ni yo..sebenarnya nombor tu pokcik saja-saja letak yo, pokcik pun suko jugok nombor D7 tu hehehe..."

Lelaki : "Hahh..."

Pak Mail Kawe : ..."motor tu guno bawaok gi kebun getah yo..lagipun ni dale kampung ni mano ado polis ko JPJ ko nak kacau...lo ni pokcik suko D7, esok-esok kalu pokcik rajin nak buat WWW1 pulok hehehe. Haa jemput minum air kopi tu..minum minum hehehehe".

Lelaki : (hampehhhh).

Selingan : TS Muhyiddin melawat penduduk kampung dengan membonceng motosikal.

Moshuchi Kata : no. plate kereta saya pernah berada di tempat pertama 4D hahaha...

Tuesday, June 05, 2012

Aku Sudah 32

Hari ini genap usia aku 32 tahun. Dah tua kan?

Alhamdulillah, syukur kerana masih dipanjangkan umur olehNya. Bila pula Dia nak ambil semula, aku tak tahu..tiada siapa pun yang tahu.

Setiap tahun, aku tidak mengharapkan apa-apa hadiah pun dari sesiapa pun, termasuklah dari isteri tercinta. Kalau ada yang ingat, adalah. Kalau tak ada, aku tak pernah kisah pun.

Tapi tahun ini, ada hadiah yang sangat bermakna akan aku dapat. InsyaAllah dalam sebulan lebih lagi aku akan menjadi seorang bapa. Seorang anak..itulah hadiah terbaik dan terbesar tahun ini, yang dianugerahkan olehNya.

Terima kasih juga kepada isteri. I love you.

Moshuchi Kata : ..saya sayang emak saya, dialah hadiah saya.

Friday, June 01, 2012

Solat Jumaat dan PM Kita

Tengahari tadi bersolat jumaat di Masjid Putra. Bawa bapa mertua bersolat di sini. Sebelum2 ni bawa dia solat jumaat di Masjid Besi (Masjid Sultan Mizan) saja.
DS Najib PM kita pun bersolat jumaat di sini juga. Masa berjalan keluar selepas selesai solat, sempat la suruh bapa mertua pergi bersalam dengan DS. Seronok dia. Yelah, orang kampung dapat bersalam dengan PM memanglah sesuatu yang sangat bermakna.
Mengimbau kembali tentang PM bersolat jumaat ni, paling terkesan di jiwa kita ialah sewaktu Tun M bersolat jumaat. Tun M biasanya tidak berada di barisan2 hadapan sebaliknya selesa bersama-sama rakyat di sudut-sudut lain masjid. Kadangkala orang pun tak perasan bahawa yang bersolat di sebelah/berhampirannya adalah orang no. 1 negara.
Moshuchi Kata : sangat menghormati Tun M...

Kawan Baru

27hb Mei lepas, aku berada di Felda Tementi, Bera kerana menghadiri majlis kenduri kahwin seorang sepupu sebelah isteri. Suasana meriah la dengan orang ramai termasuk saudara-mara sebelah isteri.

Tak sangka pula kat sana aku akan mendapat seorang kawan baru. Masa aku tengah lepak sambil minum sorang2 kat bawah khemah kenduri tu sementara menunggu isteri, ibu dan ayah mertua siap2 nak balik, datang la kawan baru ni minum air juga dan duduk berdekatan aku. Bila tengok dia je aku terus perasan dan cam yang dia ni 'somebody'..cuma tak ingat siapa dia, tengok kat mana, apa dia buat... Akhirnya baru dapat 'tangkap', baru datang jawapan2 tu.

Rupanya dia orang situ juga..rumah keluarga dia selang sebuah saja dengan rumah sepupu (mak saudara) aku tu. Dia balik kampung ziarah keluarga dan kebetulan ada kenduri juga. Kami berborak banyak juga walaupun baru kenal hehehe.

Di kesempatan ini nak ucapkan sekali lagi tahniah kepada kawan baru ni sebab telah mendapat cahaya mata baru beberapa hari lalu.
Inilah kawan baru saya, Suhaimi (bekas anggota kumpulan nasyid InTeam)
Moshuchi Kata : suara dia sedap hehehe...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENGHARGAAN

Terima kasih kerana singgah di MOSHUCHI KATA. Selagi nafas bersarang di dada, selagi itu kita akan berkata-kata. Yang baik dijadikan pedoman, yang sebaliknya dijadikan sempadan. Komen-komen/kritikan membina yang ditinggalkan amat dihargai. Senyum-senyum selalu.