Thursday, September 27, 2012

Asian Wave 2012, Syabas Shila Hamzah


SEPANG, 26 Sept (Bernama) -- Shila Amzah mengharumkan nama Malaysia apabila menjuarai pertandingan nyanyian Asian Wave 2012 di Shanghai, China, Khamis lepas.
Tetapi, perkara yang lebih membanggakan seluruh rakyat negara ini ialah apabila pemilik nama Nur Shahila Amir Amzah ini berjaya menonjolkan konsep 1Malaysia pada peringkat akhir pertandingan itu dengan mempersembahkan lagu dalam tiga bahasa yang berjudul Gemilang, nyanyian asal Jaclyn Victor, Grenade oleh Bruno Mars dan ''Zheng Fu'' oleh Na Ying. Berita lanjut di http://my.entertainment.yahoo.com/news/shila-amzah-bangga-dapat-tonjol-1malaysia-kepada-dunia.html.
Banyak perkara yang boleh dibanggakan dengan kemenangan Shila Hamzah ni. Beliau berjaya menunjukkan sebuah persembahan yang mantap dengan suara yang juga mantap, penampilan dan imej yang Islamik, penguasaan bahasa asing yang baik serta menzahirkan sikap atau cara orang Malaysia (Melayu) yang sentiasa berbudi bahasa dan merendah diri. Dia membuktikan Malaysia Boleh.
Reaksi daripada juri-juri membuktikan bahawa Shila Hamzah begitu memukau mereka semua sehinggakan ada juri yang merasakan bahawa bulu romanya telah mencacak bila mendengar nyanyian Shila. Bila menyanyikan lagu Mandarin pula, tentunya Shila berjaya menyanyikannya dengan baik hinggakan ada antara juri yang ikut menyanyi bersamanya. Syabas buat Shila.
Syabas juga kepada si cantik manis ini kerana telah 'berhijrah', lebih cantik dan manis dari dahulu. Boleh saksikan video penuh persembahan Shila di sini http://www.youtube.com/watch?v=DFwaeK6CWPg&feature=related

Kalau orang kata Shila penyanyi yang bagus, betul..inilah buktinya.
Moshuchi Kata : Harap Shila tak muncul di pentas-pentas ceramah politik pula ye kehkehkeh...

Monday, September 24, 2012

Hadiah Buat Isteri

 

iPhone 4s, hadiah buat isteri tercinta sebagai tanda terima kasih kerana melahirkan seorang bayi perempuan kami yang comel, Ammara Nageena. Namun apalah sangat gadjet ini jika dibandingkan dengan kesusahan dan pengorbanan yang ditanggung isteri sepanjang 9 bulan mengandung hingga melahirkan anak kami. Selain ungkapan yang keluar dari hati dan mulut sebagai menghargai isteri, inilah hadiah buatnya.

Selain itu, ia juga adalah hadiah sempena hari ulangtahun pernikahan kami yang ke-2 pada 16 September lalu. 

Ada rakan mengatakan Samsung Galaxy S III lagi cun dan cantik. Tapi aku tetap merasakan iPhone 4s yang lagi cantik dan terbaik. Dari survey yang dibuat ke atas isteri secara tidak langsung juga menunjukkan bahawa dia sukakan iPhone 4s. Sebab tu aku pilih jenama Apple ni. 



Ermmm...fahamlah sekarang kenapa rakan aku tu kata Samsung Galaxy S III lagi cantik. Memang cantik pun hehehe. Tapi apapun, iPhone 4s aku tu tetaplah yang tercantik.

Moshuchi Kata : Aku tetap setia dengan 'Cik Norkiah' yang super lasak tu...

Merdeka Raya 2012

Salam,

Masih lagi entri pasal raya (aiii lambat betul kemaskini..) walaupun Syawal sudah berlalu. Peristiwa ni (11 September 2012 / 24 Syawal 1433) semasa menyambut majlis jamuan hari raya jabatan aku yang bertemakan Merdeka Raya 2012; Syawal Dirai Kemerdekaan Dihayati. Ini kerana selain kita menyambut Aidilfitri, kita juga telah menyambut Hari Kebangsaan ke-55 pada 31 Ogos lalu. Selain itu, kita juga akan menyambut Hari Malaysia pada 16 September setiap tahun. Jadi bertepatanlah majlis tersebut disekalikan selain menjimatkan masa dan perbelanjaan. Namun yang paling penting ialah semangat kita dalam menjiwai sesuatu hari perayaan samada yang berkaitan dengan agama atau negara bangsa..semangat mesti kuat dan mendalam.


Bersama Bro Hadi. Baju kau buat mata aku bersilau-silau la bro hehehe...

Pada majlis itu juga, aku dan seorang lagi rakan (Ilyana) dipertanggungjawabkan untuk menjadi pengacara majlis. Kalau nak pelawa diri memang taklah kot, tapi bila dah 'dipetik' pihak atasan, alahai redah ajelah. Orang dah bagi kepercayaan kita jalankanlah tanggungjawab sedaya mampu. Alhamdulillah majlis berjalan lancar (sebab majlis yang tak banyak protokol/santai senang sikit nak handle hehehe).



Bro Hadi dan Cik Hasina...kedua-duanya adalah pemenang bertuah acara Cabutan Bertuah. 

Dah dalam entri bau-bau raya ni, sekali lagi aku nak berayalah..menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf kepada semua rakan taulan yang mana mengenali andai ada salah silap sebelum ni. Kosong kosong lah eh...dan biarlah kosong kosong tu sampai bila-bila.

Moshuchi Kata : Tak sempat nak makan..tapi terasa kenyang.

Tuesday, September 11, 2012

Di Mana Anda Pada 11 September 2001?

Ketika kejadian yang dianggap maha dahsyat (bagi sesetengah orang/pihak) ini berlaku 11 tahun lalu, aku sedang bersantai-santaian dengan teman-teman di hostel, aras 1 blok E Kolej Kediaman Kelima (Dayasari) Universiti Malaya. Selepas berita tersebut tersebar, melompat kami semua untuk mengetahui kejadian sebenar yang berlaku. Pantas rakan sebilik aku 'on' TV dalam bilik kami (hehe ada TV dalam bilik hostel). Setiap saluran menayangkan berita yang sama siap dengan visualnya sekali. Memang terlopong dan terdiam kami ramai-ramai waktu itu. Terdengar juga bunyi jeritan-jeritan (ada juga bunyi seperti sorakan) kedengaran dari aras-aras lain. Tidak berapa lama selepas itu, keadaan di hostel kembali seperti biasa, tidak ada riuh-rendah lagi. Sebelum masing-masing meninggalkan bilik aku, terdengar berbagai pendapat yang keluar dari mulut mereka..

"Aku tak terkejut, eloklah diorang terima padahnya".
"Hebat..macam filem-filem yang diorang buat sendiri".
"Ermm...betul ke ni orang Islam yang buat?"
"Semua tektik diorang ni, tengoklah apa perancangan diorang lepas ni..habislah Islam"

Memang pun, kejadian itu telah menimbulkan pelbagai reaksi di seluruh dunia, apatah lagi pelbagai persepsi turut mula tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Peratusan paling tinggi tentulah kesalahan dan tanggungjawab tersebut terhumban ke atas bahu Islam. Ekoran kejadian tersebut, Amerika mendapat tiket percuma untuk memusnahkan Afghanistan (kemudiannya Iraq..termasuk situasi tegang di seluruh tanah Arab kini).

Malah sehingga kini banyak kajian dan siasatan berkenaan hancurnya dua tiang Amerika itu menunjukkan dua perspektif atau jawapan yang berbeza. Tiada satu jawapan yang super total. Mungkin pengganas Islam yang bertanggungjawab, tetapi tidak mustahil juga Amerika sendiri sanggup memusnahkan sedikit 'rumahnya' bagi membolehkan mereka 'menguasai tanah-tanah' baru. Aku sendiri tiada jawapan, tetapi melalui pembacaan dan kajian kita boleh memahami sedikit-sebanyak hubungkait dan pertalian ekoran kejadian ini. Apa pandangan anda semua?

Walau bagaimanapun, kejadian tersebut tidak terlalu membuatkan kami 'gila' waktu itu. Reaksi kami masih biasa-biasa saja di hostel. Berbanding dengan kejadian Dewan Tunku Canselor (DTC) terbakar pada tahun yang sama juga kalau aku tak silap, kami melompat terus ke DTC untuk melihat kejadian yang sebenar serta membantu bersama-sama Pasukan Bomba bagi menyelamatkan dewan agung universiti kami. Kami menjadi ramai datang dari berbagai kolej yang ada dalam universiti. Kemusnahan dewan DTC (bahagian dalaman saja) memang membuatkan kami sedih dan sayu. Ada juga yang menangis seperti kehilangan ibu tercinta. Betapa sayangnya kami kepada universiti. Kejadian ini betul-betul menyentuh hati sanubari kami (aku).

Satu lagi kejadian yang menyentuh hati sanubari aku, juga ketika di universiti dalam tahun 2003. Waktu itu kami sedang menikmati makan tengahari di dewan makan sambil setiap TV yang terpasang di dewan makan menyiarkan suatu perhimpunan besar. Apabila kejadian tersebut belaku, kami masing-masing terdiam dan menumpukan sepenuh perhatian. Akhirnya terbayang perasaan sedih dan sayu, juga perasaan kehilangan terpancar di setiap wajah kami. Hati sanubari kami (aku) tersentuh lagi bilamana Perdana Menteri yang disegani menangis seperti budak kecil di atas pentas sambil 'mengundurkan diri'.

Tetapi kejadian 11 September 2001, kami hanya biasa-biasa saja. Di mana anda ketika tarikh dan waktu itu? Perasaan anda bagaimana?

Moshuchi Kata : Amerika dan Israel tidak jauh beribu-ribu batu, hanya berada di selatan tanahair saja...

Thursday, September 06, 2012

Aidilfitri, Dahulu Berdua Sekarang Bertiga

Masih belum lewat rasanya untuk aku mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua rakan/sahabat. Kepada sesiapa yang mengenali aku, aku ingin memohon ampun dan maaf andai selama ini ada perkara-perkara yang hadir daripada diri aku yang tidak mengembirakan kalian semua. Sesungguhnya aku hanya manusia biasa yang mudah tersilap. Maafkanlah aku. Jangan disimpan dalam hati sehingga membengkak menjadi dendam. Maafkanlah..sesungguhnya maaf itu ubat segala penyakit hati.

Juga dari isteriku, dia juga ingin memohon ampun dan maaf kepada semua rakan taulan (rakan-rakannya juga rakan-rakanku) yang mengenalinya jika ada kekhilafan yang tidak disedari atau kesilapan-kesilapan lalu. Mohon dimaafkan. Maafkan kami berdua. Sesungguhnya kami juga telah memaafkan malah melupakan segala perkara yang tidak mengembirakan kita semua.

Kita seharusnya hidup dalam suasana yang penuh harmoni dan gembira tanpa menyelitkan bersama kita perasaan-perasaan yang tidak enak; dendam, busuk hati, dengki khianat, cemburu dan sebagainya. Semoga kita semua sentiasa gembira dan bahagia.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin dari kami sekeluarga.


Aidilfitri 2011; Bila berdua sangat indah...


Aidilfitri 2012; Sekarang sudah bertiga. Rupanya bila bertiga lagi lebih indah. (Apatah lagi kalau berempat, berlima...kan?)

Moshuchi Kata : Alhamdulillah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENGHARGAAN

Terima kasih kerana singgah di MOSHUCHI KATA. Selagi nafas bersarang di dada, selagi itu kita akan berkata-kata. Yang baik dijadikan pedoman, yang sebaliknya dijadikan sempadan. Komen-komen/kritikan membina yang ditinggalkan amat dihargai. Senyum-senyum selalu.