Monday, June 08, 2009

10 Filem Terbaik

Di bawah ini adalah senarai atau ranking filem-filem luar negara yang menjadi kegemaran dan pilihan aku. Diulangi ya, kegemaran dan pilihan aku. Mungkin ada antara korang yang tidak setuju dengan pilihan aku. Tak mengapalah, hak masing-masing. Filem-filem ini dipilih dan berada dalam kelompok sepuluh terbaik (sebenarnya banyak lagi) adalah disebabkan beberapa kriteria (yang aku cipta sendiri-bagi pendapat aku). Antaranya; mesej yang ingin disampaikan, latar atau jalan cerita yang menarik, unsur pengajaran yang ingin diserapkan dan paling penting ia meninggalkan kesan yang mendalam kepada penonton. Mungkin ada di antara korang yang pernah menonton filem-filem ini dan terpulang samada korang bersetuju dengan aku atau tidak. Tapi kalau ada yang belum, boleh cuba cari filem-filem ini dan tontonilah (kalau tak percayakan aku la).

1. Life Is Beautiful - Filem Itali ni memang best. Sebuah filem komedi romantik berlatar belakangkan Perang Dunia Kedua yang berlaku di Itali. Mengisahkan bagaimana seorang lelaki periang dan sederhana meneruskan kehidupannya; memikat wanita (isterinya), menguruskan kerjayanya, menjadi bapa yang sangat baik, memberikan kasih sayangnya kepada keluarga dan paling menyentuh hati bagaimana dia mengajar anak lelakinya supaya berdikari, jangan berputus asa dan berani. Dia akhirnya mati ditembak oleh tentera Jerman tanpa diketahui oleh anak lelakinya.

2. K-19 The Widowmaker (Berdasarkan kisah benar) - Baru-baru ni filem ini ditayangkan di televisyen, TV2 kalau tak salah. Selepas aku terima tauliah dalam TLDM, filem-filem 'Navy' memang menjadi pilihan, maklumlah semangat tengah berkobar-kobar. Inilah filem Navy terbaik bagi aku. Mengisahkan angkatan tentera laut Rusia yang ingin menguji kapal selam nuklear terbesar mereka semasa era Perang Dingin yang diketuai oleh seorang Kapten yang sangat setia dan mempunyai semangat patriotik yang sangat tinggi kepada tanahairnya. Walaupun berada dalam keadaan genting, maruah negara tetap dijulang dan dipertahankan.

3. Malena - Sebuah lagi filem Itali yang berlatar Perang Dunia Kedua. Yeahh..Monica Belucci sememangnya hot. Tapi bukan sebab tu aku minat filem ni, sebab mesejnya yang kuat ditambah dengan latar cerita yang sangat menarik. Mengisahkan seorang wanita (isteri) yang sangat cantik, tinggal keseorangan setelah suaminya pergi berperang, tidak disukai penduduk setempat terutama wanita (sebenarnya mereka cemburukan kecantikannya), golongan lelaki sentiasa mengambil kesempatan ke atasnya, dia dicemuh, diseksa dan dikeji kerana dikatakan melacurkan diri kepada tentera-tentera Jerman. Tetapi dia sangat bersabar, tabah dan seorang isteri yang sangat setia kepada suaminya. Akhirnya suaminya pulang. Menariknya, kesetiaannya hanya diketahui oleh seorang budak lelaki (yang turut menggilainya). Latar kisah filem ini adalah dari perspektif budak lelaki tersebut.

4. Master And Commander - Juga sebuah filem Navy yang berlatar belakangkan kurun ke-17 di era penjelajahan kuasa-kuasa besar mencari dan menguasai tanah-tanah jajahan. Mengisahkan seorang Komander Tentera Laut British yang ditugaskan untuk memintas dan memusnahkan kapal perang Tentera Laut Perancis di Lautan Atlantik selatan. Memperlihatkan karisma seorang ketua yang bijak, tegas dan paling penting menjalankan tanggungjawab dengan penuh amanah serta mempunyai semangat taat setia dan patriotik yang tinggi kepada negara walaupun dalam keadaan genting. Filem patriotik sememangnya menekankan soal maruah dan martabat sesebuah negara. Filem-filem epik sememangnya menarik.

5. Notting Hill - Sebuah filem romantik komedi yang sangat sweet di samping himpunan lagu-lagu soundtrack yang sangat best. Mengisahkan seorang lelaki Inggeris yang serba sederhana dan biasa-biasa saja yang jatuh cinta dengan seorang selebriti (pelakon) terkenal dari Amerika. Kisah berlatar belakangkan Notting Hill, sebuah kawasan yang indah dan nyaman di England. Memaparkan konflik jiwa dan delima seorang lelaki biasa yang sangat menyintai wanita idaman namun menyedari kekurangan diri tetapi tetap mencuba. Akhirnya cinta yang tulus tetap akan bersatu. Menampilkan watak-watak pembantu yang menarik serta loghat British yang sangat pekat.

6. City Of Angels - Sebuah lagi paparan kisah cinta yang hebat antara dua alam; alam manusia dan alam malaikat (gila ahh hehe). Mengisahkan seorang malaikat yang jatuh hati kepada seorang wanita (manusia). Demi cinta, dia sanggup melakukan apa saja walaupun terpaksa melepaskan segala keistimewaan dan kelebihan diri. Namun, cinta suci terhalang jua akibat kematian wanita dikasihi. Dia sanggup untuk tampil di alam manusia tetapi sebaliknya orang yang dicintai memasuki alam malaikat selepas kematian. Filem ini juga memaparkan konflik jiwa yang sangat menguji kekuatan hati seorang lelaki.

7. Apocalypto - Sebuah filem epik etnik yang sangat menarik dan segar (mungkin berlatarkan kehijauan hutan hujan hehe). Jalan ceritanya sangat ringkas namun digarap dengan penuh suspen dan menghiburkan. Mengisahkan seorang lelaki muda puak asli di hutan Amazon yang cuba menyelamatkan diri dari dibunuh oleh puak lain (jahat) selain ingin menyelamatkan isteri dan anaknya. Demi kasih sayangnya kepada keluarga (isteri yang sarat mengandung serta anak yang masih kecil), dia sanggup menghadapi bermacam cabaran dan rintangan selain menampilkan kehebatannya di dalam hutan. Menariknya filem ini menggunakan bahasa asal puak berkenaan, pelakon-pelakon puak asli dan tak perlu kostum cantik-cantik. Babak paling menarik ialah semasa isterinya melahirkan anak mereka di dalam air. Namun mesej yang ingin Mel Gibson sampaikan ialah bermulanya kedatangan agama Kristian di benua Amerika Selatan (aku tak peduli dengan mesej tu, mesej pada aku adalah yang diboldkan).

8. Night At The Museum - Walaupun aku meminati pelakon Jim Carey, namun filem ini yang menjadi pilihan bagi genre komedi. Kenapa? Sebab muzium. Muzium adalah sebuah gedung yang menyimpan pelbagai kisah dan ilmu. Perjalanan kisah dalam filem ini sememangnya mencuit hati melalui paparan artifak-artifak, barang-barang di dalam muzium yang boleh hidup (bernyawa). Menonton filem ini secara tak langsung membolehkan kita mengetahui tentang sejarah melalui artifak-artifak yang diwatakkan. Mungkin sesetengah orang cakap, mana betul benda-benda dalam muzium boleh hidup, itu cuma filem. Tapi aku percaya kerana aku pernah bekerja di muzium hihihi.

9. In Hell - Filem aksi yang penuh dengan pertarungan, biasalah kalau hero di atas yang berlakon kan. Mengisahkan kehidupan seorang lelaki Amerika yang hidup penuh cabaran di dalam sebuah penjara (neraka) paling sadis di Soviet Union (Rusia). Bermula apabila isteri tercinta dirogol dan dibunuh kejam oleh seorang lelaki, akhirnya dibebaskan oleh mahkamah akibat sogokan. Dia nekad menembak beberapa das ke kepala lelaki tersebut dan akhirnya dihantar ke sebuah 'neraka' di Rusia. Di sana dia berjaya mewujudkan perdamaian, semangat setiakawan dan semangat hormat-menghormati di kalangan bantuan yang super duper jahatnya walaupun melalui pertarungan demi pertarungan. Semangat kasih sayang dan cinta kepada isterinya memberi kekuatan untuknya bertahan.

10. Cool Running - Yeahh..filem genre komedi ni memang cool. Sesuai untuk tayangan menaikkan semangat sebelum sesuatu kejohanan sukan dilangsungkan. Pertama kali filem ni aku tengok ialah semasa latihan intensif pasukan Universiti Malaya sebelum kejohanan olahraga MASUM 2003. Mengisahkan sekumpulan pelari jarak jauh Jamaica membuat persediaan ke sukan Olimpik. Akibat beberapa masalah seperti kecederaan, hasrat mereka terkubur. Oleh kerana keinginan untuk beraksi di Olimpik sangat tinggi, Olimpik Musim Sejuk pun jadilah. Bukan berlari jarak jauh tetapi sebagai sebuah pasukan ski ais. Mereka dicemuh, diketawakan dan dipandang rendah oleh orang Eropah berkulit putih. Akhirnya dengan semangat kesukanan yang tinggi, tidak berputus asa, berusaha dan berusaha maka kejayaan menjadi milik mereka dan dihormati lawan. (MASUM 2003 aku menang emas acara Dekathlon)

12 comments:

j.e.j.a.r.i. said...

yg no 10 tu i pun suka.
mereka sgt gigih.

marmalade said...

eiiii apa nih tiru 10 best yati =p anyway, city of angels lagu iris sangat masyuk. begitu juga dengan angel by sarah mclahlan. notting hill bukanlah di england, tapi di london sebenarnyeh =) pintu biru dalam filem tuh dah jadi semacam maskot untuk filem tuh so tourist suka amik gambar depan rumah tuh, membuatkan tuan rumah jadi fed-up dan cat pintu rumah dia jadi hitam. hahahahahahaha.

Panglima Hilmi said...

jejari - 'yes man' hehe. walau di mana mereka, identiti Jamaica tetap dibawa bersama dan bangga...kalaulah orang2 kita begitu..

hayati - abg suka kedai buku dia, nampak bersepah tapi cantik. pastu housemate dia adoiii..pengotor gile tapi sangat baik hati..kawan sejati hehe.

Pengejar Masa said...

Aku berazam untuk buat senarai filem gak. Versi sickos hahhahha

j.e.j.a.r.i. said...

PM - kalau versi sickos harussss la ntah apa2 tu

Panglima Hilmi said...

PM - huhh lu memang beb...apa kata lu bikin filem ayam jantan ayam betina plak pasni, teater yg diangkat ke filem plak (watak hero bg kat aku k).

Pengejar Masa said...

ah, kau jadi hero dalam "konserto terakhir" sudah.

Phoebus Athenos said...

night at the museum 2 amat mengecewakan...

jay jamil said...

ayam jantan ayam betina jadi filem?

confirm naz@ kadir sangat teruja.

ntah macam mana aku rasa dia ada aura saiful apek lar. confirm pecah panggung!

lizabaik said...

Apocalypto tu mmg bes

IkraamTorres said...

i vote for Apocalypto!

Anonymous said...

malena.. terbaek..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENGHARGAAN

Terima kasih kerana singgah di MOSHUCHI KATA. Selagi nafas bersarang di dada, selagi itu kita akan berkata-kata. Yang baik dijadikan pedoman, yang sebaliknya dijadikan sempadan. Komen-komen/kritikan membina yang ditinggalkan amat dihargai. Senyum-senyum selalu.