Tuesday, June 26, 2012

Super GT 2012 : Sempat Berjumpa Jaguh Dunia Zulfahmi Khairuddin


Tak sangka..ketika mata asyik melayan kereta-kereta dan motor-motor (usha model pun ada gak sikit2 hahaha..) semasa Affin Bank Motorshow 2012 tu, berjumpa pula dengan jaguh motorsikal negara kita yang semakin meningkat maju ni..si Zulfahmi Khairuddin. Terkejut juga dia pun ada kat sini. Apa lagi, kasi 'tangkap' itu gambar satu kali la.

Aku memang minat (bangga) la dengan si Zulfahmi ni, dia buat masa ini adalah pelumba terbaik negara dalam ranking sukan permotoran (motorsikal) paling berprestij dunia iaitu MotoGP. Prestasi dia pun semakin meningkat dan berharap tak lama lagi akan menaiki podium. Tak sabar juga nak berjumpa dengan dia di perlumbaan MotoGP 2012 di Sepang bulan Oktober nanti.

Okey buat Zulfahmi, selamat maju jaya. Kecik je budak ni rupanya hehehe.

Moshuchi Kata : Motor dia je yang real, Zulfahmi tak real..sebab tu cuma playwood "Zulfahmi playwood promotion" hehehehe...

Super GT 2012 : Antara Motorsikal Yang Gagah Perkasa

Dalam entri sebelumnya, aku ada bagitau yang Affin Bank Motorshow 2012 turut diadakan bagi memeriahkan perlumbaan Super GT Malaysia 2012. Dalam pameran tersebut, selain kereta turut dipamerkan juga beberapa jenis motorsikal dari jenama-jenama terkenal. Haihhh bila tengok motor-motor ni memang meruntun jiwa betullah. Okey ini antara beberapa jenis motor yang dipamerkan. Layannn.

Bro Hadi memang jatuh cinta dengan model ni...













Moshuchi Kata : Nak kata apa lagi...memang meleleh-leleh ayaq lioq tengok motor-motor ni...

Monday, June 25, 2012

Super GT 2012 : Koleksi Kereta-Kereta Menawan

Kita bersambung lagi tentang kemeriahan perlumbaan Super GT 2012 di Sepang awal bulan hari tu. Kali ni aku nak tunjukkan gambar kereta-kereta yang cantik setelah dimake-up, juga kereta yang mahal dan jarang-jarang kita dapat lihat di jalan raya.

Sebenarnya sempena perlumbaan tu juga, turut diadakan Affin Bank Motorshow 2012. Jadi di pameran motorshow ni banyaklah dipamerkan kereta-kereta dan motorsikal yang cantik-cantik dan tentunya mahal. Boleh layan mata jelah kan. Jom layan kereta dulu (nanti aku upload motorsikal pula).




















Moshuchi Kata : Honda City putih tu menawan kan..? hehehe...

Peribahasa Bulan Ini : Perumpamaan

Bulan Jun ni dalam ruangan Peribahasa kita akan melihat lagi beberapa peribahasa dari kategori perumpamaan. Apa itu perumpamaan?

Perumpamaan ialah perbandingan makna yang sangat jelas kerana ia didahului oleh perkataan seolah-olah, bak, seperti, umpama, laksana, bagai, ibarat dan macam. Istilah pinjaman Inggeris bagi perumpamaan ialah Simili. Antara perumpamaan bulan ini adalah seperti berikut;

Bagai anak dara sudah berlaki
Gadis tidak pemalu, pemalas lagi pengotor.

Bagai ikan lampam di air jamban
Anak yang sihat, lekas besar; makan hasil perbuatan maksiat.

Ibarat gasing; berpaku tetap berpusing, tak berpaku merayau
Lelaki yang sudah beristeri, ke mana pergi tentu pulang ke rumah.

Laksana asam dengan garam
Kalau jodoh bertemu juga, walaupun jauh.

Laksana janda baru bangun tidur
Perempuan yang mengghairahkan laki-laki.

Macam kapal tiga tiang
Rupawan dan anggun.

Macam datin-datin
Tidak bergelar datin tapi berlagak seperti isteri orang ternama.

Umpama minyak setitik, di laut sekalipun timbul jua
Orang yang baik, walau di mana dimuliakan juga.

Umpama pucuk dan umbut, tiada lauk baru dibaham
Apabila tiada pilihan yang lain, baru digunakan.

Moshuchi Kata : umpama batang pinang..sayalah tu hehehe.

Euro 2012 : Badi Penalti Terus Menghantui England

Igauan buruk penalti masih lagi menghantui pasukan bola sepak England dalam kejohanan-kejohanan besar seperti Piala Dunia dan juga Piala Eropah. Akibat kegagalan dalam sepakan penalti, pasukan England acap kali longlai di peringkat suku akhir. Kejohanan Euro 2012 kali ini mereka pulang awal lagi akibat gagal dalam penentuan sepakan penalti 2-4 kepada pasukan Itali setelah seri 0-0 dalam 120 minit permainan sebenar (termasuk masa tambahan). Akibatnya, mereka gagal melangkah ke peringkat separuh akhir kejohanan kali ini.



Akibat seringkali gagal dalam penentuan sepakan penalti oleh pasukan England, sepasukan pengkaji di England telah membuat kajian bahawa kedudukan punggung semasa melakukan sepakan adalah penentu ke arah mana bola akan ditendang. Ini tentu boleh menjadi bahan latihan tambahan bagi penjaga-penjaga gol. Tetapi kenapa penjaga gol England masih gagal mempelajarinya?

Nampaknya, pasukan pilihan aku iaitu Perancis dan England kedua-duanya telah 'bungkus' dari Euro 2012.

Moshuchi Kata : suka arah kiri penjaga gol ketika tendang penalti...

Thursday, June 21, 2012

Super GT International Series Malaysia 2012

Baru-baru ni aku berkesempatanlah merasai bagaimana hebatnya (katanya) perlumbaan kereta yang terkenal dari Jepun ni iaitu Super GT. Itu pun member baik Al-Hadi yang punya tiket lebih dan kami sama-sama (pertama kalinya) menyaksikan perlumbaan ni. Kalau F1 tu memang aku dah banyak kali pergi tengok, tapi untuk Super GT ini pertama kali.

Perlumbaan pada 10hb Jun lepas walaupun pada 8hb dan 9hb tu pun banyak juga acara sampingannya (macam F1 juga). Super GT ni hanya diadakan di Jepun sahaja dan Malaysia adalah satu-satunya negara di luar Jepun yang diberi penghormatan untuk turut menganjurkan Super GT. Ia sebenarnya bukan saja perlumbaan jentera/kereta tetapi adalah perlumbaan antara jenama pengeluar kereta (semuanya jenama terkenal dunia) untuk melihat siapa yang lebih hebat dalam memanipulasi enjin kereta keluaran mereka mengikut kepakaran teknologi permotoran dan sumber manusia (jurutera) masing-masing.

Dalam Super GT ni ada dua kategori perlumbaan iaitu GT500 melibatkan kereta Honda, Nissan dan Lexus manakala GT300 pula melibatkan kereta Audi, Ferrari, Lamborghini, Porsche, Subaru, BMW, Toyota dan banyak lagi. Bagi mereka-mereka yang suka make-up kereta, di Super GT adalah tempat untuk mencari idea bagaimana nak mencantikkan kereta seperti kereta lumba ini.

Di bawah ni banyak gambar semasa perlumbaan Super GT. Layan.




















Kami tak tunggu hingga perlumbaan selesai, tak tengok pun upacara penyampaian hadiah. Ini yang berbeza antara Super GT dengan F1. Kalau dalam F1, kita ada pasukan kesukaan masing-masing dan nak tengok pasukan kita menang. Super GT pula mungkin lebih kepada nak tengok cantiknya kereta-kereta yang telah diubahsuai dan betapa lajunya kereta tersebut di litar berbanding di jalan raya.

Moshuchi Kata : banyak yang cantik-cantik semasa Super GT ni...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENGHARGAAN

Terima kasih kerana singgah di MOSHUCHI KATA. Selagi nafas bersarang di dada, selagi itu kita akan berkata-kata. Yang baik dijadikan pedoman, yang sebaliknya dijadikan sempadan. Komen-komen/kritikan membina yang ditinggalkan amat dihargai. Senyum-senyum selalu.