Sunday, May 17, 2009

Perihal Peluk, Pegang Tangan & Cium

Situasi 1
Pasangan kekasih yang sangat intim dan saling merindui. Apabila bertemu setelah sekian lama dan di tempat awam umpamanya, si perempuan mengharapkan kekasih hati memeluknya, memberikan sedikit ciuman dan merangkul tangannya. Tetapi si lelaki tidak bertindak begitu dan ia membuatkan si perempuan terasa hati. Timbul persoalan adakah kekasihnya betul-betul mencintainya?


Situasi 2
Sepasang sahabat baik tetapi bukan pasangan kekasih. Si lelaki tanpa isyarat atau alasan kukuh memeluk atau memegang tangan sahabat perempuannya. Walaupun hubungan persahabatan yang terjalin rapat, tetapi ia akan membuatkan perempuan merasa janggal dan keliru. Timbul persoalan kenapa si lelaki bertindak begitu, aku bukan kekasihnya.


Situasi 3
Lelaki yang telah berkahwin dilihat jarang memegang tangan isterinya kecuali apabila situasi memerlukan. Begitu juga seorang anak terutama lelaki jarang untuk memegang tangan ibunya sewaktu melintas jalan dan sebagainya. Persoalannya mengapa begitu?


Ya, persoalannya mengapa begitu? Bagi ketiga-tiga situasi di atas. Perihal dan persoalan ini lebih menjurus kepada tingkah laku lelaki. Mengapa lelaki begitu dan begini dalam hal berpegangan tangan, memeluk atau memberi ciuman. Beberapa andaian secara peribadi boleh dibuat.

Dalam situasi 1 misalnya, kita tidak boleh mengatakan bahawa seseorang lelaki dingin terhadap kekasihnya. Beberapa faktor boleh dikenalpasti misalnya kadangkala lelaki akan diselubungi perasaan gementar atau malu apabila berhadapan dengan pasangannya terutama pasangan yang masih baru dalam perhubungan. Lelaki pastinya ingin bertindak seperti seorang kekasih sejati yang sangat penyanyang kepada kekasihnya, namun segalanya menjadi gugup dan kelu sesudah kekasihnya berada di depan mata. Lelaki begini sentiasa berasa setiap pertemuan dengan kekasih hati adalah pertemuan pertama mereka. Perasaan cinta dan kasih dalam hati baginya sentiasa segar. Lelaki begini perlukan masa untuk membiasakan diri selain masih menitikberatkan pandangan masyarakat. Namun bagi lelaki yang telah lama terbiasa dengan perlakuan ini, mereka tidak menghadapi masalah untuk melakukannya.

Manakala dalam situasi 2 pula, perlakuan lelaki sebegitu seperti ingin menunjukkan sikap ambil beratnya terhadap sahabatnya. Namun ia perlu dilihat dalam beberapa situasi. Perlakuan memeluk sebagai tanda kemesraan atau 'big hug' sebagaimana dilakukan kebanyakkan orang adalah sesuatu yang baik dalam sesebuah hubungan persahabatan. Namun jika hanya kawan baik atau sahabat sahaja, perlakuan memeluk seperti pasangan kekasih tentulah agak menjanggalkan. Begitu juga merangkul tangan tanpa sebab tertentu juga boleh merimaskan. Samada lelaki atau perempuan, bertindak begitu sedangkan mereka adalah sahabat/rakan, tentulah ada maksud disebaliknya. Kemungkinan pertama, ada menaruh hati atau kemungkinan kedua ingin mengambil kesempatan atas kelemahan rakan. Jika ingin mengambil kesempatan, haruslah ia dielakkan kerana jika diteruskan pasti hubungan sahabat yang terjalin itu tidak akan kekal lama.

Bagi situasi 3 pula, ia adalah pemandangan biasa kebanyakkan lelaki Malaysia terutama lelaki Melayu. Berjalan berpegangan tangan suami isteri jarang-jarang dapat dilihat tetapi bukan tidak ada. Beberapa faktor menjadi penyebab antaranya peningkatan usia. Apabila usia semakin meningkat/tua, ramai beranggapan masa 'berpegangan tangan' mereka telah tamat, lelaki mahupun perempuan. Mereka lebih selesa begitu kerana pada mereka 'begitulah orang tua'. Faktor seterusnya ialah penerimaan yang tidak sekata iaitu jika suami ingin memeluk, memegang tangan atau mencium, si isteri akan menolak dan begitu juga sebaliknya apabila isteri ingin, suami menolak. Seterusnya ialah faktor ingin memberi contoh yang sopan dari sudut budaya Timur kepada anak-anak atau golongan muda. Manakala anak-anak lelaki pula lebih rela dan sanggup menjadi perisai kepada ibu mereka apabila melintas jalan daripada memegang tangan ibu.

Perlakuan memeluk, memegang tangan atau mencium adalah tindakbalas manusia untuk menyatakan perasaan, perasaan kasih dan sayang, gembira dan ceria. Ia boleh mengeratkan sesebuah hubungan tetapi juga boleh merosakkan sesebuah hubungan jika disalahgunakan. Dari sudut psikologi misalnya pasangan suami isteri digalakkan berperlakuan begini tetapi tidak semua melakukannya kecuali apabila ingin bersenggama sahaja. Begitu juga dari sudut agama, ia digalakkan supaya rumahtangga menjadi harmoni. Dari sudut psikologi juga, pasangan kekasih juga digalakkan bertindak demikian tetapi tidak dari sudut agama. Walau bagaimanapun, perlakuan-perlakuan ini digalakkan untuk mengeratkan sesebuah hubungan. Namun jika terdapat unsur-unsur seperti ingin mengambil kesempatan untuk kepuasan peribadi, ia perlulah dihindari.

Apakah kaum lelaki susah hendak menunjukkan sikap kasih sayang dan mesra mereka walaupun mereka sangat menyintai dan menyayangi pasangan? Secara peribadi, jawapannya adalah ya dan tidak.

13 comments:

frankie said...

aku kalo pompuan tu nak pegang dulu aku tak kesah..tp kalo nak aku start dulu, agak susah ar..

marmalade said...

aih, penulisan yang baik =)

Al Hadi said...

aku suka memeluk dan mencium.


tapi aku rasa ko dah tau bab tu :P

Encik Moshuchi said...

frankie - ehh..apasal kita cam sama je..patut la aku mimpikan ko kehkeh

hayati - dr. zainol abidin lagi baik kalau menulis bab2 ni hehehe...

brokos - yeahh aku tau kegemaranmu..tp bira di tempat yg betul kehkeh...

j.e.j.a.r.i. said...

taktau nk komen apa...
err..tumpang lalu ye

Encik Moshuchi said...

pembetulan:
hayati - dr. asri zainol abidin daa..
brokos - biar di tempat yg betul..bira tu ada maksud ke? hehehe

jejari - lalulah. emm bleh lalu tak tu? tak bleh eh? meh i pimpin..(sambil memegang tangan) hehehe...

IkraamSuarez said...

jangan terkezut kalau dipegang...huhu

frankie said...

aduh panglima..kenapa kau declare kat sini? mampos kita kene kutuk sama pengejarmasa sama marmalade..ahahahaahha :P

Encik Moshuchi said...

saja nak bagi dorang jealous kehkehkeh...

Al Hadi said...

rilek bro, aku tak kutuk. aku cuma akan buat entri bergambar je pasal ni

HAHAHHAHAHAHHHHHAAAA

jay jamil said...

ntahla shuko. akak pun dah confius. kenkadang kalau perempuan peluk perempuan tu ok jer. tapi kalau nampak laki peluk laki, kan kata gay.

peluk bukan muhrim? kita buat mcm tu tak rasa macam salah, tapi kalau kita tengok orang buat macam tu pulak rasa macam salahkan?

terpulanglah.

papaYA said...

Tapi kenapa kite tengok pasangan suami isteri mat saleh boleh je pimpin tangan mase jalan same2 tapi yang Melayu ni susah bebenor nak dapat tengok sorang?

Anyway, ade ke lelaki yang menolak bile ade pempuan nak peluk, pegang tangan or cium?? hihihihihi

Encik Moshuchi said...

jj - ermm betul tu. kita rasa benda tu salah sebab kita tak/jarang amalkan, kalau budaya peluk cium tu amalan kita, takdelah nak rasa salah walaupun bukan muhrim..kan?

papaya - berbalik pada budaya dan amalan masyarakat kita, tak sama cam diorang.
ermmm..ntah, ada kot. Kucing mmg susah nak lepaskan ikan, tp ada juga kucing yg tak makan ikan hehehe.

* banyak kali digoda oleh lelaki (gay ke diorang ni?)..eeiii.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENGHARGAAN

Terima kasih kerana singgah di MOSHUCHI KATA. Selagi nafas bersarang di dada, selagi itu kita akan berkata-kata. Yang baik dijadikan pedoman, yang sebaliknya dijadikan sempadan. Komen-komen/kritikan membina yang ditinggalkan amat dihargai. Senyum-senyum selalu.